Thursday, May 27, 2010

Masyarakat pluralistik



PENGENALAN...

Pluralism: Idealogi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

Pluraliti : Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi. Cth: Masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Cth: era penjajahan British.

SEJARAH MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA...
Pluralisme Alam Melayu
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian
semula jadi tanpa paksaan.
- Alam Melayu menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.
- Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kerajaan Melaka.

Selepas Kedatangan penjajah...
Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama, ‘negara kolonial sekular’.

Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan , manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan. (konsep epistemologi).

Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu: Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan

Hal ini mengubah senario pluraliti masyarakat di Alam Melayu sebelum itu meskipun masih wujudnya masyarakat majmuk yang lebih ramai.

Zaman penjajahan British – 3 peringkat
Pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.
Sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Terdapat juga sekolah agama dan mengaji Quran. Tiada sekolah menengah
Sekolah vernakular Cina dan India.

POLITIK
- Konsep raja dan kerajaan – Hindu
- Konsep negeri atau negara – perkataan Sanskrit
- Pelantikan para pegawai kerajaan awal dalam Alam Melayu secara berangka; Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua – Astrologi Hindu
- Penggunaan gelaran Raja – kepercayaan Hinduisme
- Perubahan sistem politik ‘kerajaan’ – British

EKONOMI

Wujud hubungan dua hala dalam bidang ekonomi sesama masyarakat yang berbilang kaum. Contoh: Masyarakat Melaka.

Agihan kerja mengikut etnik (British)
- Melayu – tradisonal, petani
- Cina – perlombongan dan perniagaan
- India – lading getah dan kelapa sawit

KESAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA:

PENDIDIKAN
- Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan – dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 dan Rahman Abdul Talib 1960.

- 13 Mei 1969, UMNO menegaskan pendidikan harus dipertingkatkan untuk meperkasakan orang Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.

- Kerajaan memperbanyak penubuhan institut pengajian tinggi.

- Sekolah Cina masih wujud

POLITIK

- Pembentukan Parti Perikatan (UMNO, MIC dan MCA)

- Penubuhan Barisan Nasional (1974)

- Penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu untuk mewujudkan satu negara; Malaysia.

EKONOMI

Sistem ekonomi laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British

Wujud 3 sektor
- Sektor ekonomi tradisional (pengusahaan ladang getah, kelapa dan padi dan nelayan) dikuasai oleh Melayu.

- Sektor ekonomi moden (perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan)- 10% dikuasai oleh etnik Cina.

- Sektor ketiga – Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan. India pula terlibat dalam sector pengangkutan awam, perniagaan dan kewangan.

SISTEM LIMFATIK & IMUNITI

Apa itu sistem limfatik?

Sistem limfatik adalah rangkaian saluran yang membawa suatu cecair jernih yang dipanggil limfa. Sistem limfa ada di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang belakang).

Apa itu sistem imuniti?

Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang bertindak melindungi organisma tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenalpasti dan membunuh patogen dan sel tumor.

Apa hubungan sistem limfa dengan imuniti?
Sistem limfa adalah bahagian utama dalam sistem imuniti.
Sistem limfa terdiri daripada:
- Lymph
- Lymphatic Tissue
- Lymphatic Vessels
- Thymus
- Bone Marrow
- Spleen

Lymph:
Berasal daripada cecair interstis yang terdapat di kawasan perantaraan sel- sel.
Cecair ini masuk ke dalam salur limfa melalui penapisan di dinding kapilari.
Mengandungi sel darah putih.

Lymphatic Tissue :
Sejenis tisu yang kaya dengan lymphocytes dan sel- sel tambahan seperti macrophages dan reticular sel.
Tisu ini terdiri daripada:
- lymph nodes
- spleen
- tonsils
- adenoids
-thymus (sejenis organ di dada yang bersaiz besar ketika masih bayi).

Adenoids:
Adenoids adalah sekelompok tisu di belakang hidung (nasopharynx).

Thymus:
Sejenis organ di dalam sistem imunisasi.
Fungsinya untuk menghasilkan T-lymphocytes (T cells).

Lymphatic Vessels :
Sejenis salur yang mempunyai dinding yang nipis dan berstruktur injap yang membawa dan mengangkut lymph dan protein.

Bone Marrow:
Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior tulang.
Berfungsi menghasilkan sel darah yang baru.

Spleen :
Sejenis organ yang terdapat dalam badan haiwan vertebrate.
Fungsinya berkaitan dengan sel darah merah dan sistem imunisasi.
Ia menyingkirkan sel darah merah yang lama .
Mengandungi stok darah untuk keperluan jika terjadi hemorrhagic shock (situasi kecemasan di mana berlaku kehilangan darah dan cecair yang menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh badan ).
Mengitar semula iron.
Mensintesis antibodi.

FUNGSI- FUNGSI SISTEM LIMFA:
- Menyerap cecair interstis yang berlebihan dan mengalirkan semula cecair itu ke dalam salur darah (ke jantung).
- Menyerap lemak dari vilus di usus kecil.
- Mempertahankan badan daripada serangan patogen.

PERGERAKAN LIMFA:
Salur limfa mengitar semula cecair tisu berlebihan yang terkumpul di interstium yang disebabkan oleh kebocoran normal kapilari (normal capillary leakage).
Dinding salur limfa tiada tekanan dan bertindak sebagai injap sehala (hanya membenarkan cecair masuk).
Kemudian, limfa (lymph) bergerak ke peredaran sistemik.
Sepanjang perjalanan, limfa ini dituras melalui noda limfa yang mengandungi sel darah putih yang bertindak untuk menyingkirkan mikroorganisma dan membunuh bakteria yang terdapat pada limfa.
Apabila sampai ke tiub toraks (thoracic duct), limfa itu masuk semula ke sistem peredaran darah ke vena yang besar berdekatan jantung.

SISTEM PERTAHANAN TIDAK KHUSUS:
Terdiri daripada kulit, membran mukus, rembesan asid, enzim di perut, dan fagositosis.
Mengandungi 2 jenis pertahanan:
1) Benteng pertahanan pertama
2) Benteng pertahanan kedua

Benteng pertahanan pertama:
Kulit luar dan membran mukus (membran yang melapisi salur pencernaan dan salur pernafasan).
Kulit mengandungi berjuta- juta mikroorganisma berguna yang boleh merencat pembiakan patogen.
Peluh dan sebum di kulit mengandungi bahan kimia yang boleh memusnahkan beberapa jenis bakteria.
Mikroorganisma yang masuk ke salur pencernaan dimusnahkan oleh asid dan enzim yang dirembeskan di perut.
Mikroorganisma yang masuk ke salur pernafasan ditapis oleh bulu hidung atau mukus.

Benteng pertahanan kedua:
Fagositosis (jika benteng pertahanan pertama telah berjaya dicerobohi).
Patogen dikepung oleh fagosit (sel darah putih).
Sel darah putih mengandungi neutrofil dan monosit.
Neutrofil menelan patogen dengan melingkunginya.
Monosit bertukar menjadi makrofaj (sel fagosit yang terbesar) dan memakan patogen.

SISTEM PERTAHANAN KHUSUS:
Merupakan benteng pertahanan ketiga.
Memerlukan beberapa hari untuk diaktifkan.
Dikenali sebagai keimunan.
Patogen tertentu diserang secara khusus oleh limfosit atau antibodi yang dihasilkan oleh limfosit.
Antibodi ialah molekul protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh organisma untuk melawan antigen.

Antigen ialah molekul yang meransang gerak balas keimunan.
Antigen boleh jadi patogen atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria, ular, lipan dan sebagainya.
Oleh itu, antigen perlu dikenalpasti secara spesifik oleh limfosit atau antibodi sebelum dihapuskan.

JENIS KEIMUNAN:
Keimunan = keupayaan sistem badan melawan sesuatu patogen setelah pernah dijangkiti oleh sesuatu patogen.
Terdapat 4 jenis keimunan:
1) Keimunan aktif semulajadi
2) Keimunan pasif semulajadi
3) Keimunan aktif buatan
4) Keimunan pasif buatan

Keimunan aktif semulajadi
- Keimunan terhadap sesuatu penyakit selepas mendapat penyakit tersebut.

Keimunan pasif semulajadi
- Keimunan yang diperoleh oleh anak apabila antibodi daripada susu ibu atau daripada darah ibu merentas dinding plasenta ke dalam darah anak.

Keimunan aktif buatan
- Terhasil apabila vaksin antigen yang mati atau yang dilemahkan dimasukkan ke dalam badan dan sistem imun bergerak balas dengan menghasilkan antibodi.

Keimunan pasif buatan
- Terhasil apabila antibodi daripada individu yang imun disuntik ke dalam pesakit dan antibodi itu melawan patogen tanpa mengganggu sistem keimunan pesakit tersebut.

An introduction.

This is the first time I write a post here. I try not to make this blog as a medium to share my feeling even I feel really empty right now. Empty? Yes. Just empty. No more explanation. I do the same at Face Book. InsyaAllah there will be no status that related to my feeling. I will try. Let me keep my feeling alone and keep it as a secrete. It is much better.




This is blog I named it as " Kopi dan Gula". Why? Because both of these substances give meaning of life. Life is not so happy and not so sad. It is mixed up. But I am not going to talk just about life here. I will talk about many things. My target is I want to make this blog as a place to gain knowledge. Something that is so valuable to share is knowledge. So, let people know about knowledge that I have rather than my personal life.
This is my introduction. Later on, I will post many other things. InsyaAllah...