Sunday, October 30, 2011

Tentang pemimpin

Kali ini seorang lagi pemimpin Islam dibunuh.Siapa? Beliau adalah Muammar Gaddafi. Siapa membunuh? Pemberontak yang ingin merampas kuasa.

Membunuh seorang pemimpin? Apakah tiada langsung sumbangan yang pernah diberikan oleh beliau sehingga tergamak rakyatnya sendiri membunuhnya? Jikalau sekalipun dia mempunyai kesalahan, adakah dengan membunuh secara kejam itu adalah penyelesaiannya? Tatkala jenazah Muammar Gaddafi terbujur kaku, pemberontak pun naik takhta dan meraikan kemenangan itu. Hahaha....sampai bila kamu boleh ketawa gembira sedemikian rupa??

Menyentuh tentang hal ini, saya membayangkan jikalau ia berlaku di Malaysia. Katakanlah ada pemberontak sedemikian rupa., sanggupkah kita melihat pemimpin kita ditembak mati dengan mayat yang berlumuran darah dan pengebumiannya tidak dihormati? Mungkin dia bukan pemimpin yang kita sanjungi, mungkin dia banyak kelemahan di sana sini, tapi membunuh secara kejam bukan cara kita. Syukur Malaysia tidak begitu.Keamanan masih kekal.

Hal ini juga membuat saya berfikir tentang pemansuhan ISA. Selama ini, sesiapa sahaja yang berpotensi untuk menggugat keamanan negara akan ditangkap oleh ISA. Tujuan penubuhan ISA itu sebenarnya murni. Ia adalah bertujuan untuk menjaga keamanan negara. Tapi ISA acap kali ditentang terutama oleh golongan pembangkang kerajaan. ISA dikatakan menghalang rakyat bersuara. Ada relevannya di situ. Walaubagaimanapun, menurut pandangan saya, ISA itu adalah sesuatu yang wajar diwujudkan tetapi dengan syarat ia dikendalikan oleh orang yang benar- benar adil dan jujur. Orang yang adil dan jujur itu sudah tentu pemimpin negara kita. Perlunya adil dan jujur di sini supaya orang yang ditangkap ISA itu adalah orang yang benar- benar wajar ditangkap, bukan sekadar orang yang punya potensi meranapkan kerajaan dan mengurangkan jumlah undi dalam pilihanraya.

Saya terkenang dengan pemimpin- pemimpin Islam dahulu. Contoh yang paling dekat ialah Nabi Muhammad. Baginda bukanlah pemimpin yang dilimpahi emas permata, bukan pemimpin yang duduk di atas takhta dan dikipas seperti mana raja- raja. Tapi beliau sungguh dihormati, bukan sekadar di dunia malah juga di akhirat. Di Malaysia, ada seorang pemimpin yang sungguh saya kagumi dan punya sifat seperti Nabi Muhammad. Beliau adalah  Nik Aziz. Nik Aziz boleh saja makan di warung tanpa ditemani pengawal keselamatan. Beliau tidak kelihatan seperti orang kenamaan. Beliau dekat dengan rakyatnya. Pemimpin lain pula bagaimana? Turun padang sekali setahun atau hanya apabila dekat pilihanraya? Kalau nak pergi satu daerah terpencil pun pakai helikopter. Mana nak nampak jalan yang teruk dan tak berturap!

Di akhirat kelak, pemimpin akan ditanya pelbagai soalan. Amanah yang tidak dijalankan akan dipersoalkan. Susah sebenarnya menjadi seorang pemimpin. Walaupun pemimpin dianggap senang tapi bebannya tinggi. Jadilah pemimpin yang memimpin dengan telus berpaksikan agama, bukan sekadar kerana harta dunia sahaja. 

No comments:

Post a Comment