Thursday, May 27, 2010

SISTEM LIMFATIK & IMUNITI

Apa itu sistem limfatik?

Sistem limfatik adalah rangkaian saluran yang membawa suatu cecair jernih yang dipanggil limfa. Sistem limfa ada di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang belakang).

Apa itu sistem imuniti?

Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang bertindak melindungi organisma tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenalpasti dan membunuh patogen dan sel tumor.

Apa hubungan sistem limfa dengan imuniti?
Sistem limfa adalah bahagian utama dalam sistem imuniti.
Sistem limfa terdiri daripada:
- Lymph
- Lymphatic Tissue
- Lymphatic Vessels
- Thymus
- Bone Marrow
- Spleen

Lymph:
Berasal daripada cecair interstis yang terdapat di kawasan perantaraan sel- sel.
Cecair ini masuk ke dalam salur limfa melalui penapisan di dinding kapilari.
Mengandungi sel darah putih.

Lymphatic Tissue :
Sejenis tisu yang kaya dengan lymphocytes dan sel- sel tambahan seperti macrophages dan reticular sel.
Tisu ini terdiri daripada:
- lymph nodes
- spleen
- tonsils
- adenoids
-thymus (sejenis organ di dada yang bersaiz besar ketika masih bayi).

Adenoids:
Adenoids adalah sekelompok tisu di belakang hidung (nasopharynx).

Thymus:
Sejenis organ di dalam sistem imunisasi.
Fungsinya untuk menghasilkan T-lymphocytes (T cells).

Lymphatic Vessels :
Sejenis salur yang mempunyai dinding yang nipis dan berstruktur injap yang membawa dan mengangkut lymph dan protein.

Bone Marrow:
Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior tulang.
Berfungsi menghasilkan sel darah yang baru.

Spleen :
Sejenis organ yang terdapat dalam badan haiwan vertebrate.
Fungsinya berkaitan dengan sel darah merah dan sistem imunisasi.
Ia menyingkirkan sel darah merah yang lama .
Mengandungi stok darah untuk keperluan jika terjadi hemorrhagic shock (situasi kecemasan di mana berlaku kehilangan darah dan cecair yang menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh badan ).
Mengitar semula iron.
Mensintesis antibodi.

FUNGSI- FUNGSI SISTEM LIMFA:
- Menyerap cecair interstis yang berlebihan dan mengalirkan semula cecair itu ke dalam salur darah (ke jantung).
- Menyerap lemak dari vilus di usus kecil.
- Mempertahankan badan daripada serangan patogen.

PERGERAKAN LIMFA:
Salur limfa mengitar semula cecair tisu berlebihan yang terkumpul di interstium yang disebabkan oleh kebocoran normal kapilari (normal capillary leakage).
Dinding salur limfa tiada tekanan dan bertindak sebagai injap sehala (hanya membenarkan cecair masuk).
Kemudian, limfa (lymph) bergerak ke peredaran sistemik.
Sepanjang perjalanan, limfa ini dituras melalui noda limfa yang mengandungi sel darah putih yang bertindak untuk menyingkirkan mikroorganisma dan membunuh bakteria yang terdapat pada limfa.
Apabila sampai ke tiub toraks (thoracic duct), limfa itu masuk semula ke sistem peredaran darah ke vena yang besar berdekatan jantung.

SISTEM PERTAHANAN TIDAK KHUSUS:
Terdiri daripada kulit, membran mukus, rembesan asid, enzim di perut, dan fagositosis.
Mengandungi 2 jenis pertahanan:
1) Benteng pertahanan pertama
2) Benteng pertahanan kedua

Benteng pertahanan pertama:
Kulit luar dan membran mukus (membran yang melapisi salur pencernaan dan salur pernafasan).
Kulit mengandungi berjuta- juta mikroorganisma berguna yang boleh merencat pembiakan patogen.
Peluh dan sebum di kulit mengandungi bahan kimia yang boleh memusnahkan beberapa jenis bakteria.
Mikroorganisma yang masuk ke salur pencernaan dimusnahkan oleh asid dan enzim yang dirembeskan di perut.
Mikroorganisma yang masuk ke salur pernafasan ditapis oleh bulu hidung atau mukus.

Benteng pertahanan kedua:
Fagositosis (jika benteng pertahanan pertama telah berjaya dicerobohi).
Patogen dikepung oleh fagosit (sel darah putih).
Sel darah putih mengandungi neutrofil dan monosit.
Neutrofil menelan patogen dengan melingkunginya.
Monosit bertukar menjadi makrofaj (sel fagosit yang terbesar) dan memakan patogen.

SISTEM PERTAHANAN KHUSUS:
Merupakan benteng pertahanan ketiga.
Memerlukan beberapa hari untuk diaktifkan.
Dikenali sebagai keimunan.
Patogen tertentu diserang secara khusus oleh limfosit atau antibodi yang dihasilkan oleh limfosit.
Antibodi ialah molekul protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh organisma untuk melawan antigen.

Antigen ialah molekul yang meransang gerak balas keimunan.
Antigen boleh jadi patogen atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria, ular, lipan dan sebagainya.
Oleh itu, antigen perlu dikenalpasti secara spesifik oleh limfosit atau antibodi sebelum dihapuskan.

JENIS KEIMUNAN:
Keimunan = keupayaan sistem badan melawan sesuatu patogen setelah pernah dijangkiti oleh sesuatu patogen.
Terdapat 4 jenis keimunan:
1) Keimunan aktif semulajadi
2) Keimunan pasif semulajadi
3) Keimunan aktif buatan
4) Keimunan pasif buatan

Keimunan aktif semulajadi
- Keimunan terhadap sesuatu penyakit selepas mendapat penyakit tersebut.

Keimunan pasif semulajadi
- Keimunan yang diperoleh oleh anak apabila antibodi daripada susu ibu atau daripada darah ibu merentas dinding plasenta ke dalam darah anak.

Keimunan aktif buatan
- Terhasil apabila vaksin antigen yang mati atau yang dilemahkan dimasukkan ke dalam badan dan sistem imun bergerak balas dengan menghasilkan antibodi.

Keimunan pasif buatan
- Terhasil apabila antibodi daripada individu yang imun disuntik ke dalam pesakit dan antibodi itu melawan patogen tanpa mengganggu sistem keimunan pesakit tersebut.

4 comments:

  1. boleh terangkan lagi mengenai keimunan pasif buatan?saya kurang faham

    ReplyDelete
  2. Keimunan pasif buatan:
    Setiap individu mempunyai antibodi yang berbeza. Contohnya, apabila seseorang individu pernah diserang campak, maka dia telah mempunyai antibodi untuk melawan campak. Antibodi ini boleh disuntik ke atas individu lain yang tidak mempunyai antibodi melawan campak. Antibodi yang baru ini tidak akan mengganggu fungsi antibodi lain yang memang sedia ada pada individu itu. Jadi, individu tersebut tidak akan diserang campak dan antibodinya yang asal masih berfungsi dengan baik.

    ReplyDelete
  3. boleh terangkan lebih tentang keimunan aktif buatan dan keimunan aktif semulajadi?
    tlg email ke bibie_1992@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. minta izin ambil maklumat..tq :)

    ReplyDelete