Etnik Bisaya adalah salah satu etnik pribumi di Kepulauan Borneo. Etnik Bisaya biasanya tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias di Sabah dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Mengikut banci penduduk yang telah dibuat pada tahun 1991 yang lalu, jumlah penduduk Bisaya di seluruh Negeri Sabah ialah seramai 30,000 orang. Suku kaum ini dikatakan mempunyai kaitan dengan suku kaum Visaya di Filipina. Walaubagaimanapun menurut kajian, suku kaum ini hanya terdapat di Borneo sahaja. Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di Borneo. Berdasarkan kajian bahasa dan budaya, etnik Bisaya ini berasal daripada kelompok etnik Dusun yang merupakan penduduk terawal di Sabah.
Bagaimanakah wujudnya perkataan ‘Bisaya’? Asal usul perkataan ‘Bisaya’ tidak dapat dipastikan dengan jelas. Walaubagaimanapum, terdapat pelbagai teori yang menyatakan tentang kewujudan perkataan ini. Dr. Otley Beyer pada tahun 1926 berpendapat bahawa perkataan ‘Bisaya’ berasal daripada perkataan ‘Sri Vijaya’ yang merupakan salah satu empayar yang hebat pada ketika itu. Derek Headly (1950) pula menyatakan legenda asal usul perkataan ‘Bisaya’ berasal daripada perkataan ‘bisai-yah’. Menurutnya, perkataan ini diucapkan oleh Sultan Brunei yang pada ketika itu mengunjungi tempat tinggal orang Bisaya. Baginda merasakan bahawa tempat itu sungguh cantik lalu timbullah perkataan itu.
Kebanyakan daripada kaum Bisaya bekerja sebagai petani, penternak dan nelayan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan. Namun kini,faktor sosioekonomi yang lebih baik, menyebabkan ada di antara mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan, berniaga, dan bergiat dalam kegiatan ekonomi yang lebih komersial.
Pada masa lampau, etnik Bisaya mengamalkan kepercayaan animisme. Akan tetapi apabila Islam datang ke kepulauan Borneo, etnik ini mula menerima agama Islam. Bisaya dikatakan di antara etnik yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Mereka menerima pengaruh agama Islam daripada Kesultanan Brunei yang menguasai kawasan persisiran pantai barat Sabah ketika itu. Rentetan daripada penerimaan agama Islam dalam masyarakat Bisaya, budaya etnik ini sedikit sebanyak yang dipengaruhi oleh agama Islam terutamanya dalam adat istiadat perkahwinan. Namun begitu, masyarakat Bisaya di negeri Sabah berbeza dengan masyarakat Bisaya yang menetap di daerah Limbang, Sarawak. Ini kerana kaum Bisaya di Sabah beragama Islam manakala kaum Bisaya di Sarawak pula sebaliknya.
Pertalian antara etnik Bisaya dan Kesultanan Brunei dikatakan rapat pada zaman lampau. Sultan Brunei yang pertama adalah seorang yang berbangsa Bisaya iaitu Awang Alak Betatar. Awang Alak Betatar ini kemudiannya memeluk agama Islam lalu bergelar Sultan Muhammad Shah.
aku bisaya :D tapi pandai cakap dialek brunei. all my family use brunei dialek. mostly bisaya di sabah biasa nya pakai dialek brunei to talk each other espicially budak2 kecik mcm aku. wkwkwkwkwk
ReplyDeletehai..saya pun org bisaya but from beaufort...
ReplyDelete