Malam ni rasa down lagi. markah ELE tak seberapa..em...tapi kalau kita rasa down pun, markah tu takkan berubah. Hidup ni kekadang di atas dan kekadang di bawah. Macamlah best student yang last2 jadi cikgu ni.Tapi kalau difikir tiap hari benda tu, takkan berubah apa pun..jadi, anggaplah benda satu perkara yang normal dalam hidup.
Menurut Phunsukh Wangdu, menang atau kalah, no.1 dari depan atau dari belakang itu tidak penting. Tapi makna ilmu itu lebih penting. Orang berlumba- lumba untuk dapat jawab soalan dalam masa 30 saat dan orang berlumba- lumba untuk dapat no.1. Tapi adakah di antara mereka yang excited untuk dapatkan ilmu itu? Adakah ilmu satu pertandingan? Chase the excellent and the success will follow you. Tetapkan satu perkara dalam hidup bahawa saya ingin mendapat ilmu dan saya ingin cemerlang. Tidak kisahlah saya di depan atau di belakang. Jika untuk exam kali ni saya nak target pointer 3.8, jika ada orang lain dapat 3.9, kita tak rasa apa- apa pun. Ilmu bukan untuk dipertandingkan.
Em..markah ni taklah rendah sangat pun..masih A rasanya dan paling kurang pun still lulus ape..haha..apa2 pun.jiwa kena maintain..
No comments:
Post a Comment