Wednesday, January 11, 2012

Sabina Spielrein

Saya mengenali Sabina Spielrein melalui sebuah filem yang bertajuk ' The Soul Keeper'. Sabina Spielrein adalah seorang wanita Yahudi yang merupakan salah seorang pesakit mental Carl Jung (seorang doktor sakit mental di Switzerland).Sabina dilayan dengan cara yang teruk sehinggalah kedatangan Carl Jung. Melalui rawatan Carl Jung, Sabina akhirnya pulih dari sakit mentalnya.

Apa yang menarik tentang Sabina bukanlah tentang hubungan cintanya dengan Carl Jung tetapi bagaimana seorang bekas pesakit jiwa boleh melanjutkan pelajaran sehingga menjadi seorang doktor dan bagaimana riwayat hidupnya yang berakhir di hujung senapang tentera Nazi Jerman.

Bagi saya, kisah Sabina Spielrein memberi satu pengajaran bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Seorang pekebun seperti Wahidan juga boleh menjadi finalist dalam MasterChef. Biar siapa pun diri kita dalam masa lalu kita hatta pelacur sekali pun, kita masih boleh mengubah masa depan kita mengikut corak yang kita inginkan.

Tentang riwayat hidup Sabina Spielrein, cara kematiannya agak kejam. Sabina adalah seorang Yahudi yang menjadi seteru dan buruan oleh tentera Nazi Jerman di bawah kuasa Hitler pada masa itu. Sabina dan anaknya dikumpulkan bersama orang- orang Yahudi yang lain di sebuah gereja dan ditembak beramai- ramai. Walaubagaimanapun, sumbangannya terhadap dunia psikologi masih diingat sehingga kini.

No comments:

Post a Comment