Sunday, July 22, 2012

Random I believe.

Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan masa silam.

Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ketahuilah bahawa masa depan masih ada.

Kebahagiaan bukan bergantung pada tempat anda berada tetapi dengan siapa anda berada ketika itu. 

Sunday, July 15, 2012

Bookmark










 2 OUT OF 6 I like.

Teks terapi cerita


Cerita: Pengalaman Rosa. 

Di sebuah kampung terdapat seorang budak perempuan bernama Rosa. Rosa adalah budak perempuan yang agak ‘tomboy’. Rosa seorang budak yang nakal dan pemalas. Di sekolah Rosa sangat malas belajar. Sewaktu guru mengajar Rosa asyik bercakap dan mengganggu rakan- rakannya. Dia tidak suka belajar. Di rumah pula dia tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan sering kali tidak menyiapkan kerja rumah. Dia hanya suka melastik burung dan bermain. Walaupun ibu bapanya sudah menasihatinya berkali- kali, namun dia tetap begitu juga. Oleh sebab itulah dia selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan di sekolah. Walaupun berkali- kali gagal, namun Rosa tidak juga ingin berubah.
            Suatu hari, ibu Rosa menyemak beg sekolah Rosa. Ibu Rosa mendapati ada dua tiga kerja rumah yang belum disiapkan oleh Rosa. Ibu Rosa pun menyuruh Rosa menyiapkan semua kerja rumah itu. Tetapi Rosa enggan. Dia pergi berlari menghilangkan diri ke hutan bersama- sama lastiknya untuk melastik burung.
            Di hutan, Rosa pun melastik setiap burung dia nampak hinggap di dahan pokok. Namun tidak seperti hari- hari biasa, tidak ada seekor pun yang berjaya mengena buah lastiknya. Namun Rosa tetap tidak berpuas hati dia terus mencuba dan terus mencuba sehinggalah tanpa dia sedari hari sudah hampir senja dan dia telah masuk ke hutan itu terlalu dalam. Dia tidak pernah sampai ke kawasan itu sebelum itu. Dia tidak tahu jalan pulang untuk kembali ke rumahnya. Dia pun berjalan sahaja di dalam hutan itu mengikut gerak hatinya sehinggalah dia tiba di suatu perkampungan. Pada mulanya dia fikir itu adalah kampungnya. Namun apabila dia melihat orang- orang yang ada di situ, tidak ada sesiapa pun yang dia kenal.
            Dia pun masuk ke kampung itu untuk mencari pertolongan. Semasa dia berjalan- jalan ke sekitar kampung itu, dia terserempak dengan seorang perempuan.
“ Hello mak cik”, sapa Rosa.
“ Hai, siapa kamu ni? Belum pernah mak cik nampak kamu di sini”,  balas pak cik itu.
“saya memang bukan orang di sini. Nama saya Rosa. Saya sesat di hutan sana sehinggalah saya jumpa kampung ini. Apa nama kampung ini?”, tanya Rosa.
“kampung ini namanya Kampung Rajin”. Balas perempuan itu.
“oo...bolehkah mak cik tolong saya pulang semula ke kampung saya?”
“apa nama kampung kamu tu?”, tanya mak cik itu.
“kampung Bungalio. Mak cik pernah dengar?”, tanya Rosa.
“tak pernah dengar. Tapi tak pa, mari pulang ke rumah Mak Cik dulu. Mesti kamu penat kan?”, kata perempuan itu.
“ baiklah”. Rosa menurut sahaja. Walaupun dia sedih kerana perempuan itu mungkin tidak dapat menolongnya, namun dia tahu dia perlu berehat kerana kepenatan.
Dalam perjalanan, perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Mak Cik Embok. Dalam pada itu, Rosa sempat memerhatikan penduduk kampung itu. Semua mereka rajin bekerja. Ada yang memotong kayu, ada yang menumbuk beras, ada yang menanam padi dan sebagainya. Anak- anaknya pula rajin membaca buku secara berkumpulan ataupun berseorangan. Ada juga yang mengambil peranan sebagai guru yang mengajar rakan- rakan lain. Dalam hati Rosa berkata, “patutlah nama kampung ni Kampung Rajin. Orang- orangnya semuanya rajin”.
Setelah beberapa minit perjalanan, sampailah mereka di rumah perempuan itu. Rumah perempuan itu agak besar. Perempuan itu tidak mempunyai suami. Katanya suaminya telah lama meninggal dunia. Dia mempunyai dua orang anak yang hampir sebaya dengan Rosa iaitu Laila dan Lola. Laila dan Lola sangat rajin belajar.
Rosa bertanya, “kenapa kamu rajin belajar sedangkan hidup kamu sudah senang?”.
Laila menjawab, “memang betul kami senang, tapi duit kami boleh habis bila- bila masa sahaja”.
Lola pula menyambung, “kalau kami belajar, ilmu itu takkan boleh habis, ia akan kekal bersama kami. Dengan ilmu yang ada, kami takkan senang ditipu orang dan ia juga membantu kami untuk terus hidup senang”.
“Ooo..begitu”, balas Rosa.
Malam itu Rosa memikirkan kata- kata Laila dan Lola.
“Memang ada betulnya”. Bisik hati Rosa.  
Pada keesokan harinya, Rosa ingin meminta izin Mak Cik Embok untuk mencari jalan pulang ke rumahnya. Mak Cik Embok pun mengizinkan.
Maka pergilah Rosa mencari jalan pulang. Dalam perjalanan, Rosa terserempak dengan seorang lelaki tua yang bertopi dan berjanggut panjang.
Lelaki itu bertanya, “siapa gerangan kamu ini?”
Rosa menjawab, “nama saya Rosa. Saya tersesat dan hendak pulang semula ke kampung saya”.
“Apa nama kampung kamu?”, tanya lelaki itu.
“Kampung Bungalio. Pak Cik pernah dengar?”
“Emm..pernah- pernah! Mari ikut aku”, kata lelaki itu.
Rosa agak ragu- ragu untuk mengikuti lelaki itu namun kerana itulah satu- satunya cara untuk pulang ke rumahnya, maka Rosa pun mengikut sahaja.
Mereka berjalan sampailah tiba di hadapan sebuah rumah di tepi jalan.
“pak cik cakap nak bawa saya pulang ke kampung saya. Ini bukan kampung saya”, Rosa mula khuatir.
“Sabar, bawa bertenang. Kita pergi ambil peta dulu. Jom!”, kata lelaki itu.
Rosa pun mengikut sahaja.
Sampai sahaja di rumah itu, lelaki itu menutup mulut Rosa dan memasukkan Rosa ke dalam kurungan.
“Kau tahu aku siapa? Akulah Albert Einstein. Orang paling bijak di dunia. Hahahaha....”,kata lelaki itu seperti kurang siuman.
“Albert Einstein? Orang puteh ka pulak dia ni?”, Rosa berkata dalam hati.
“Dalam rumah ni, aku mau kau jadi bijak macam aku. hahaha...Jangan kau harap dapat pulang ke kampung kau yang entah di mana tu kalau kau tak dapat jawab soalan ini!”, keras suara lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kertas.
“kau tahu jawab soalan ini?”, tanya lelaki itu.
“ Em...tak tahu”, balas Rosa.
“Haha..aku dah agak dah. Selagi kau tak dapat jawab soalan ini, selagi tu kau kena temankan aku di sini, jadi murid aku..hahaha...”, kata lelaki itu lalu naik ke tingkat atas rumah dua tingkat itu.
Rosa menyesal kerana tidak belajar bersungguh- sungguh. Soalan itu pasti boleh dijawabnya sekiranya dia mengambil perhatian ketika gurunya mengajar di kelas.
Maka tinggallah Rosa dalam kurungan itu selama berhari- hari. Pada setiap hari itulah juga Rosa dapat melihat dari jauh seorang budak lelaki berkaki ayam berjalan dengan memegang buku dan pensil. Jalan itu jarang digunakan oleh orang. Hanya budak itu yang saban hari menggunakannya. Suatu hari Rosa membuat isyarat bunyi untuk memanggil budak itu. pada mulanya budak itu tidak dengar. Namun akhirnya dia mendengar dan berjalan ke arah Rosa.
Rosa menceritakan hal dirinya dan berkenalan dengan budak itu.
Budak itu memperkenalkan dirinya sebagai Lintang, seorang anak pesisir laut. Dia memberitahu perihal dirinya yang miskin dan perlu belajar dengan rajin untuk mengubah hidup keluarganya yang susah.
“Walaupun aku miskin, tak bererti aku tak boleh belajar jadi pandai. Aku mesti belajar. Memang betul belajar itu susah, tapi lebih susah lagi kalau tiada pelajaran”, kata Lintang.
Lintang juga memberitahu bahawa lelaki tuan punya rumah itu sebenarnya orang gila. Namanya Albert Juno, bukannya Albert Einstein. Dia terlalu minat dengan Albert Einstein sehingga belajar 24 jam tanpa henti semata- mata hendak menjadi orang yang paling bijak di dunia. Akhirnya dia menjadi gila.
“Ooo..siapa Albert Einstein tu?”, tanya Rosa.
“dia adalah orang yang paling bijak dalam dunia. Dia adalah seorang saintis. Dulu masa dia kanak- kanak dia adalah murid yang paling lemah sehingga cikgunya selalu mengatakannya bodoh. Tapi akhirnya dia berjaya menjadi orang yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia”, terang Lintang.
“Oo..kalau aku yang bodoh ni belajar rajin- rajin pun mesti boleh jadi macam dia kan? Cita- cita aku pun mau jadi saintis”, kata Rosa.
“ tiada yang mustahil dalam dunia ni. Yang penting usaha. Tapi jangan pula melebih- lebih macam si Albert Juno tu”, kata Lintang.
“Oklah rasanya baik kita cepat. Nanti si Albert tu datang”, sambung Lintang.
Lintang menggunakan satu alat ciptaannya yang secara kebetulannya dibawanya pada hari itu untuk ditunjukkan kepada cikgunya. Ianya adalah sejenis pisau yang menggunakan elektrik dan boleh memotong besi. Dia menggunakan bateri yang dicasnya semula di bawah cahaya matahari. Dengan alat itu, maka bolehlah Rosa keluar dari kurungannya dan melepaskan diri daripada Si Albert yang gila itu.
“Baguslah ciptaan kau ni. Mana kau belajar?”, tanya Rosa.
“Itulah gunanya aku belajar Sains, hehe”, kata Lintang.
“Lepas ni aku pun mahu belajar rajin- rajin macam kau la supaya boleh buat ciptaan sendiri, hehe”, kata Rosa.
“Tapi asalkan jangan jadi macam Albert Juno”, kata Lintang dan Rosa serentak lalu ketawa.
“ok lah , aku kena balik kampung aku ni. Aku tak tahu la macam mana nak balik”, kata Rosa.
“senang jak. Kau baliklah ke hutan tu semula, cuba ingat semula jalan- jalan yang pernah kau lalui dan jangan lupa doa sama Tuhan”, kata Lintang.
“em..kalau macam tu aku akan cuba”, kata Rosa penuh dengan semangat.
“macam tu la. Semoga berjaya”, kata Lintang.
Masing- masing mengucapkan selamat tinggal.
Rosa pun pulang semula ke hutan itu dan cuba mengingat semula jalan- jalan yang pernah dilaluinya. Akhirnya Rosa berjaya pulang semula ke rumahnya.
Ibu bapanya cukup risau kerana sebenarnya Rosa telah hilang selama dua minggu. Rosa menceritakan pengalamannya dan berjanji akan berubah. Sejak hari itu Rosa mula rajin belajar, dia mendapat tempat pertama setiap kali peperiksaan dan mendapat 5 A dalam UPSR. 15 tahun selepas itu, Rosa telah berjaya menjadi saintis seperti Albert Einstein. Sekali lagi seperti Albert Einstein, bukan seperti Albert Juno. ~ TAMAT ~

D  Diceritakan sepenuhnya oleh: Suzitah Joas

Friday, July 13, 2012

Cooperation Master Chef

To win is a desire but it is not a must. So within a work, enjoy it together without stress. Cooperation comprise of many things. Working in a team need a very good rapport or at least professional manner. Everybody must take part and no passenger. That is the first rule. To me, it is better to accept a person who has less knowledge and skill but able to give full commitment and obey instruction of the leader for the sake of the team THAN a person who has many knowledge and skill but has no commitment or act as the GOD of knowledge. Dealing with people who give very minimum commitment is very usual. I am totally mad with this kind of manner. Dealing with people who act as the GOD of knowledge is a different case. If you in a team with this person, you will find that you are useless. Everything is a mistake and for sure you will never feel comfortable. Watching Master Chef give me view of cooperation. In addition, I really respect Dr. Fazley for his gentleman and positive manner. He gives his opponent a good condition that it seems to be easily done and accept a difficult condition as a challenge. To win when you have a good condition is pretty fine but no great. But to win when you have a difficult condition is a great achievement.

The Good Old Days

1. My childhood
    All the days with full of joy with my cousins and friends. Playing anything from many sources. Explore many places; to the jungle and farm. Going to school is to play. Never get bored, never get sleepy. The bright in class I achieved makes my confident up and the days are all fine.

2. The fasting month with my family.
     Variety foods prepared by my mother and I have no worry for it. No need to buy from the stall.Gathering with my siblings without any term and condition. Always accepted. Family is too precious for me.

3. The days with love song.
    The cloud was dark. I kiss the rain.

Thursday, July 12, 2012

Akal Untuk Memilih

Hati mungkin tidak boleh memilih tapi kita masih ada akal untuk memilih yang wajar untuk diri kita. Kerana itu, saya memilih untuk mengikut kata akal saya, bukan kata hati.

Monday, July 9, 2012

Human's differences

No one have the same trait. We are not raised up by the same mom and the same situation. We have different background. So, we have different priority and life style. All need to be considered for the sake of harmony. It teaches me to tolerate even it is hard and hurt. It is less than a year. So, let it be and just stand for it.