Sunday, September 19, 2010

Cinta vs keluarga.

Semalam saya menonton satu cerekarama. Kalau tidak silap tajuknya 'air mata Nur Salina'. Kalau tidak silap la sebab saya tidak begitu ingat tajuknya. Cerita ini benar- benar membuat saya berfikir tentang panahan cinta yang ditentang oleh keluarga dan natijahnya di kemudian hari.  

Cinta yang ditentang keluarga menyebabkan mereka kahwin lari. Dek kerana masalah ekonomi, si suami menjadi kaki judi sehingga mengabaikan anak isteri. Pada masa yang sama berhutang pulak dengan Along sehingga terpaksa lari ke kawasan setinggan. Kemudian si suami terlibat pulak dengan pengedaran dadah dan yang amat menyedihkan yang pada saya sangat tidak boleh diterima ialah apabila si suami sanggup untuk memperjudikan maruah isterinya kerana judi. Dia sanggup untuk bertaruh dengan kawannya jika dia kalah, kawannya itu boleh meniduri isterinya semalam. Inikah namanya cinta? Kerana cinta inilah si perempuan membuang keluarga. Kerana cinta inilah si perempuan mengecewakan kedua ibu bapanya.

Cinta itu memang indah, tapi sesuatu yang kita tidak boleh sangkal ialah cinta juga boleh pudar. Sebab itulah jika seseorang itu sudah berkeluarga, cinta bukanlah satu- satunya perkara yang dipegang. Selepas berkahwin, si suami boleh sahaja jatuh hati dengan perempuan lain. Bukankah cinta datang tanpa diundang? Jika berlaku hal sebegini, maka sudah tentu cinta kepada pasangan sudah pudar. Akan tetapi satu perkara yang perlu difikirkan tak lain tak bukan ialah tangggungkjawab terutamanya kepada anak- anak. Itu sebabnya satu kriteria yang perlu dititikberatkan dalam memilih suami ialah bertanggungjawab. Selain itu, saya percaya bahawa faktor agama sangat penting kerana dengan adanya pegangan agama yang kukuh, maka perkara buruk seperti berjudi dan sebagainya tidak akan dilakukan.

Ya, sememangnya kita tidak boleh meramal masa depan. Akan tetapi restu daripada orang tua itu amat penting. Jangan kerana cinta kita sanggup buang keluarga. Ingat!Seburuk- buruk keluarga, merekalah tempat kita mengadu jika susah. Jika hari ini kita memilih cinta sehingga menitiskan air mata orang tua kita, suatu masa nanti kita juga akan menitiskan air mata kerana cinta yang diagungkan itu.

Saya terpanggil untuk bercerita tentang ini bukan kerana obses dengan drama tersebut tetapi apa yang berlaku di sekeliling saya membuat saya takut jika cerita itu berakhir seperti dalam drama tersebut. Nauzubillah min zalik. Semoga kita dijauhkan daripada perkara- perkara buruk itu. Amin..

No comments:

Post a Comment