Friday, August 26, 2011

The dark air.

It is dark and quite. Full with loneliness but I like!



The dark air mix with the dark cloud on the sky. Horrible but amazing!


You know, just like it is a doom day. OMG!


The dark air is mysterious thing. Strange and dangerous. But it just what you see with your eyes. Sometimes the colourfull thing that shows happiness would be dangerous too. It is more dangerous because it is a silent killer. A clown give you a candy to kidnap you and kill you. Don't you ever think about it? Haha...I just brought you something to think about; it is between dark and colourful things around you. Don't be cheated with smile cause some smile is fake!

Rindu la plak...

Rindu la plak dgn tmpat tu..tudung labuh, bahasa Arab. Daripada cuma 'arnabun' sampai kepada membina ayat dan bercakap. Tapi taklah fasih mana..sekarang vocab dah jauh melayang. Kalau ikut result saya sebenarnya lebih sesuai ambil agama or bahasa Arab tapi saya tak mahu jadi Ustazah. Bagi saya jadi Ustazah besar cabarannya dan saya tak yakin untuk menghadapi itu semua. What so ever, dah 6 tahun dah.. budak- budak sana pun tak kenal dah..Its been a long time. I was there and so many things happened.. just in memory.

Segi Tiga Bermuda

Kisah tentang Segi Tiga Bermuda ni saya tahu sejak saya di sekolah rendah lagi melalui Mastika. Segi tiga bermuda menjadi satu tempat yang sangat misteri kerana apa sahaja objek yang melaluinya pasti akan hilang. Salah satunya ialah pesawat yang dinaiki oleh seorang wanita yang bersemangat waja mengelilingi dunia secara solo. Sampai sekarang kehilangannya masih menjadi tanda tanya. Segi Tiga Bermuda ini terletak di Lautan Atlantik seperti peta di bawah.



Ada yang mengatakan tempat ni adalah satu kawasan jin yang sangat besar. Ada juga menyatakan di tempat inilah Dajal keluar. Mungkin ada kebenarannya. Bagi saya, secara peribadi memang saya percaya kawasan itu adalah kawasan jin. Saya ada mendengar cerita bahawa ada yang terselamat di kawasan ini apabila dia melaungkan 'Allahuakbar'. Tapi saya lupa dah sapa namanya.

Kenapa kapal boleh hilang tanpa jejak? Bukan satu tapi banyak dah. Kisah ini menggamit kenangan saya tentang misteri kehilangan helikopter di Bario, Sarawak. Kisah ini dibukukan dan saya baca ketika saya Tingkatan 5. Kejadian ini berlaku pada tahun 2004. Oleh kerana saya takut saya tersalah fakta sebab saya pun dah lupa2 kisahnya, saya ambil hasil tulisan ini: 

Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.

- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya

- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Sarawak

- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.

1.Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua
>orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana ? di
alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"

Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS ? Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.

Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan ? kaum pribumi
Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya.

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.

Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!

4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."

Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan
>melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih
>menaiki
helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".

5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.

Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.

6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!"

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib. Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada RSAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba ? pemadam kebakaran ? yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.

7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ). Operasi itu dilakukan waktu siang terang ?benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam.


Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata ?kata ini di dinding helikopter yang ditemui " Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.

Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"

Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.

Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris ? Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.

Akhbar ?akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb ? pendespatch e-mail]

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz didampingi jin?"

Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin?Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."

Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini?

*******************************************************************************

Nah! cuba kaitkan kisah ini dengan kes Segi Tiga Bermuda. Teknologi manusia masa kini masih tidak dapat menandingi teknologi jin. Jin adalah makhluk yang lebih awal diciptakan daripada manusia. Malah jin juga mempunya usia yang jauh lebih panjang daripada manusia. Ada jin yang hidup pada zaman nabi Adam masih hidup sampai sekarang. Cuba bayangkan. Kadangkala kita tak boleh terlalu berharap dengan teknologi sahaja sedangkan apa sahaja yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah SWT. Semuanya balik semula kepada Allah. Kisah ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa Segi Tiga Bermuda didiami oleh jin dan semua kapal yang hilang itu sebenarnya masih ada di situ cuma ditutup oleh jin daripada dipandang oleh manusia.

Oleh itu, moral valuenya di sini: berhati- hatilah apabila meneroka atau melintasi satu tempat yang baru kerana mungkin ada yang tinggal di situ tanpa kita ketahui. Wallahulam..

Laut Mati.

Daripada satu topik sains 'float and sink' yang dalam bahasa Melayunya 'timbul dan tenggelam', kita dapat mengajar sejarah dan juga pendidikan Islam. Tak caya? Mari saya cerita.

Salah satu topik sains Tahun 1 ialah 'timbul dan tenggelam'. Salah satu hasil pembelajarannya ialah murid dapat mengubahsuai sesuatu benda yang timbul menjadi tenggelam dan benda yang tenggelam menjadi timbul. Untuk menjadikan sesuatu benda yang timbul menjadi tenggelam agak mudah sebab kita cuma perlu tambah berat pada bahan itu. Contohnya satu perahu kertas yang timbul di atas air boleh tenggelam bila kita letak benda berat seperti batu di atasnya. Tapi, untuk menjadikan bahan yang tenggelam menjadi timbul, kita perlu berfikir lebih 'up' sikit. Saya bawakan satu contoh. Telur ayam adalah bahan yang tenggelam dalam air (kecualilah dah masuk angin dan buruk). Apabila garam ditambah ke dalam air dan dilarutkan, maka telur boleh terapung di atas air. Tak caya? cuba kat rumah ek..tapi eksperimen ni mungkin takkan berjaya jika:
1) garam yang dimasukkan sedikit. 2) air yang digunakan banyak.
Air yang digunakan perlulah cukup masin supaya ketumpatannya lebih tinggi daripada telur lalu membolehkan telur terapung di atas air.
Ramai mungkin tak tahu tentang ni. Tapi cuba kaitkan benda ni dengan Laut Mati. Di mana Laut Mati tu? Laut Mati terletak di Jordan.



Tempat ni adalah kawasan tempat tinggal kaum Nabi Lut  suatu masa dahulu. Siapa Nabi Lut? Check balik senarai 25 nabi kita. Kaum ni namanya kaum Sodom. Masalah kaum ni ialah habit tak normal mereka iaitu homoseks dan lesbian. Ish10x...Habit tak normal ini membawa kemurkaan kepada Allah SWT. Nabi Lut A.S sudah puas menasihati mereka namun mereka tetap enggan. Isteri nabi Lut sendiri jugak terlibat bersubahat dalam hal ini. Suatu hari muncul dua orang pemuda yang agak kacak datang ke rumah Nabi Lut. Nabi Lut risau dengan kedatangan dua orang pemuda ini kerana dibimbangi keselamatan mereka dek kerana kekacakan mereka mungkin bakal menarik minat lelaki- lelaki di situ. Rupanya dua orang pemuda itu adalah malaikat yang diperintahkan untuk membawa perintah kepada Nabi Lut untuk meninggalkan tempat itu. Dengan hati yang agak berat, nabi Lut pun berangkat. Dia berusaha untuk memujuk isterinya untuk turut serta tetapi isterinya enggan. Malaikat melarang Nabi Lut untuk berpaling ke belakang sepanjang perjalanan meninggalkan tempat itu. Rupanya tempat itu hendak dijahanamkan. Bagaimana caranya? Muka bumi di kawasan itu diterbalikkan. Maka musnahlah kaum Sodom itu. Tempat itu menjadi sebuah lautan. Oleh kerana ramai jiwa yang mati di situ maka air laut itu menjadi terlalu masin. Tiada hidupan yang dapat tinggal di situ. Semua benda yang diletakkan di air laut ini pasti akan timbul. Hatta manusia sekalipun pasti akan timbul di permukaan laut. Jadi memang tak da kejadian mati lemas la. Oleh kerana laut ini tidak menampung sebarang hidupan maka ia digelar Laut Mati.

Nampak tak boleh selitkan subjek sejarah dan Pendidikan Islam di situ? Sejarah tentang Laut Mati dan juga kisah Nabi Lut serta kemurkaan Allah terhadap gejala Homoseks dan Lesbian. Jadi janganlah pulak berangan jadi kaum Sodom dan nak buat satu Laut Mati di Malaysia ni yek..sekian.

P/S: Tak berniat nak mengguris hati Mak Nyah. Peace No War.


Monday, August 22, 2011

James Dean

Malam ni tribute untk James Dean..dan baru pulak sy tau Elizabeth Tailor dah meninggal tahun ni..
Tapi sy lebih suka cerita pasal James Dean yang meninggal pada usia 24 tahun. 02/08/1931 - 30/09/1955. Punca? Car accident. Kereta kesayangannya. Memang patutlah ramai orang minat kat dia. Bukan just sebab dia hensem tapi mungkin perwatakannya. Dia ni macam Jimmy Lim la lebih kurang. Tak tinggi mana tapi cute and I like his style..hehe

Saturday, August 20, 2011

IMPORTANT QUALITIES OF A GOOD TEACHER.

A student talk to his friend, “I don’t like the teacher. She is not fair. She only give attention to Rashid”. Then, his friend answer, “but I like her because she never give up to explain about the topic that we don’t understand”. This conversation is about pro and con about a teacher’s characters. What will happen if the teacher has both of the qualities that the students want? Of course the boys will satisfy on her. So, every teacher should have qualities of a good teacher.
            What are the qualities of a good teacher? There are many qualities of a good teacher. The first quality is work hard to make his or her student achieve a good result in exam. In other words, a good teacher will make sure that all the lessons that she or he taught to her or his students are understandable. As we know the main task of teachers at school is teaching. Is it only teaching? Of course it is not enough. If a teacher just deliver the notes without ensure that all the students understand about it, it will not make sense. Therefore, a teacher should not give up explaining many times when students did not understand about certain topic. If necessary, extra class can be made by the teacher as an initiative to make students understand and can memorize the lessons.
            Beside that, a teacher should be ready to be a mother or a father and a friend for the students. The teacher supposes to know her or his students background and get ready to listen to their problems. As a mother or a father, she or he needs to give advices to them, guide them toward virtue and motivate them to success in their life. Well, as a friend she or he should adapt to the students’ life. For example if the students are children, the teacher can play with them and share their interest to make them fun. If they are teenagers, the teacher can share about teenager’s issues and problems. For example, if the students have problem in friendship, the teacher can share the problem and give some advices. Therefore, if the students cannot do the task given by the teacher, the teacher can consider because of the conditions and problems of the students like poverty and family’s broken.
            A good teacher supposes to be fair with all the students. She or he should never give attention to only certain students. May be there are some students who very excellent in the subject that she or he taught and may be some of them are talkative and always praise the teacher. But that is not the reason why the teacher gives them special attendance. As a teacher, whatever the student’s responses, she or he should accept it positively. By that way, the teacher will able to know the students better. At the same time the teacher should not keep comparing the students to another student. If this happen, of course the teacher will not be liked by the students and the worst thing is it might be the source of quarreling between students.
            Since the teachers are always full of burden, ability to control the emotion is very important.  All the problems at home should be leaved behind when the teacher are at school. The teacher should not bring the bad mood or the sadness to the class because it will influence the appearance of the teacher and perspective of the students to the teacher. Some of the teachers are always get angry to students until embarrass the students without check the students’ mistake. It is not a good behavior of a teacher unless the students truly did a big mistake. When facing the naughty students, the teacher should maintain cool and be professional when her or his order did not obeyed by the students. Every action of a teacher should not follow her or his emotion. The rationality is the priority. In guiding students, there are many ways depend on the situation. Large or small punishment is depending to the case. For some reason, psychology approach may be useful in handling students.
            As the conclusion, every teacher should prepare herself or himself with many good qualities that supposed to be possessed by all the teachers. Since being a teacher need a lot of sacrifices and responsibilities, it makes this occupation noble and respected. With all the positive perspectives to this profession, teachers should maintain it by having the good qualities of a good teacher.    
         

PROSES PEMBENTUKAN KATA


1)      Definisi Pembentukan Kata:
Penghasilan kata dalam bahasa Melayu melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.
2)      Pembahagian:
a)      Pengimbuhan
b)      Pemajmukan
c)      Penggandaan
3)      Proses Pengimbuhan
- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
- Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber-+ tapa (bertapa) dan  ke-+tawa (ketawa).
- Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan.
- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses  pengimbuhan kali kedua. Misalnya, ter-+libat (terlibat). Terlibat + ke…an (keterlibatan).
- Imbuhan Awalan.
Ø  Contoh:
Pe….pelari             pem…. pembawa                     pen….pendakwah
Peng….penggubal              penge….pengebom                  pel….pelajar
- Imbuhan Akhiran.
Ø  Contoh:
-wan….angkasawan           -man….budiman           -wati….wirawati
-in….hadirin                       -at….muslimat  - ah….ustazah
            - Imbuhan Apitan
Ø  Contoh:
Me…kan  = melaporkan                men…kan  = mendapatkan      
Ber…kan  = bertemankan              di…kan  = dipamerkan
Ke…an  = kemalasan                     memper…kan  = memperbetulkan
- Imbuhan Sisipan
Ø  Contoh:
Tunjuk….telunjuk
Gilang….gemilang
Tulang….temulang
4)      Proses Pemajmukan
- Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.
- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata.
- Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan.

                                i.            Pemajmukan Rangkai Kata Bebas
-         Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan  kata dan percantuman ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut.
-         Contoh:
Ø  Gambar + rajah = gambar rajah
Ø  Jalan + raya = jalan raya
Ø  Rumah + tangga = rumah tangga
Ø  Perdana + menteri = perdana menteri

                              ii.            Pemajmukan Istilah Khusus
-         Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah.
-         Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata yang digunakan.
-         Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.
                            iii.            Pemajmukan Bentuk Kiasan
-         Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau simpulan bahasa.
-         Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza daripada kata-kata dasar yang membentuknya.
-         Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga lintah.
- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.
Ø  Penggandaan kata majmuk.
-         Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua dikekalkan.
-         Contoh:
Alat tulis……alat-alat tulis
Jalan raya…..jalan-jalan raya
Garis pusat…..garis-garis pusat
              
Ø  Pengimbuhan kata majmuk
Awalan
-         Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.
-         Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.

                                    Akhiran
-         Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas.
-         Contoh: daya serap……….daya serapan, garis rintang....garis rintangan.

                                     Apitan
-         Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja.
-         Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.
5. Proses Penggandaan

- Ada tiga bentuk kata iaitu kata gandaan seluruh, kata gandaan separa, dan kata gandaan berentak.
Ø    Kata Gandaan Seluruh
- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar tersebut berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata adjektif atau kata tugas.
- Contoh:
labah....labah-labah                   Orang....orang-orang                Jari....jari-jari
Ø    Kata Gandaan Separa
- Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di belakang kata dasar.
- Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.
- Penggandaan kata dasar tunggal.
contoh:
 kura....kekura              labi....lelabi                  rambut....rerambut
- Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan pengulangan imbuhan sebaliknya hanya kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia melibatkan golongan kata adjektif dan kata kerja sahaja. Kata dasar boleh terletak di bahagian depan atau belakang.
Contoh: berlari….berlari-lari, mencari….mencari-cari, kasih….kasih-mengasihi.
Ø    Kata Gandaan Berentak
- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau mengalami perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan pengulangan bebas.
§  Pengulangan vokal
-         Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata yang kedua. Misalnya vokal ui, au, ua, ia.
-         Contoh:
Kuih….kuih-muih               lauk….lauk-pauk                     
Suka…suka-duka              hina….hina-dina
§  Pengulangan Konsonan
-         Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.
-         Contoh:
Gunung….gunung-ganang               bukit….bukit-bukau
Lintang….lintang-pukang                            mandi…mandi-manda
§  Pengulangan Bebas
-         Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi konsonan.
-         Contoh:
Lemah….lemah longlai                    tinggi….tinggi lampai
Gemuk…gemuk gedempol cerdik…cerdik pandai

POLITIKUS WATAN

Apa yang cuba dibangkitkan...
Apa yang cuba diperjuangkan...
Jika cuma hari ini wajah dipertontonkan...
Agar jawatan akan berkekalan...

Apa yang cuba dimajukan...
Apa yang cuba diberikan...
Jika lima tahun tiada perubahan...
Tidur berpalit dengan kemewahan...

Apa yang cuba difikirkan...
Apa yang cuba diselesaikan...
Kampung masih sepi kemudahan...
Kemiskinan masih berlarutan...

Wahai para politkus watan...
Jawatan bukan satu permainan...
Kemewahan bukan satu kebanggaan...
Undian bukan  sekadar kudapan...

Wahai para politikus watan...
Warnai baktimu dengan keikhlasan...
Sulamkan amanah dalam pekerjaan...
Kerana undian itu satu kepercayaan...


8.16 malam, 29 Februari 2008.