Friday, November 19, 2010

Macam- macam..

Kenapa bila senior2 Arab n PSV keluar sedih sangat? Ya, sedih. Biarpun aku tak rapat sangat dengan dorang. Banyak kenangan mungkin. Mereka adalah senior yang perihatin terutama time kami awal masuk dulu. Macam sekejap jak masa berlalu. Senior Arab, pengemudi surau Nurul Yaqin. Perjuangan mereka disambung oleh junior2 PAI. Senior PSV pula selalu buat pameran. Aku akan ingat mereka kalau melihat tugu yang mereka buat sempena hari merdeka dulu. Pentas Dewan Tun masih berbekas hasil tangan mereka. Semuanya kenangan.
Semua yang bermula pasti akan berakhir. Macam lah batch kami nanti. Akan berakhir jua semuanya di sini. Cuma aku percaya satu benda, kalau kita pergi pada ketika kita diperlukan, maka kita akan dikenang. Jika kita pergi ketika kita tidak diperlukan, maka kita tidak akan dikenang. Contohnya seorang pemimpin, berhentilah ketika berada pada zaman kegemilangan/ kemuncak, nescaya pemimpin itu akan dikenang dan ditangisi. Berbeza jika seorang pemimpin berhenti memimpin ketika banyak masalah berlaku contohnya kegawatan ekonomi. Maka pemimpin itu tidak akan dikenang dan dirindui.
Tengah hari ni aku dah nak balik. Tadi sempat mendapat 'harta' dari kak Aisyah. Rezeki dapat barang free..hehe. Apa- apa pun, semoga mereka akan berjaya menjadi guru yang cemerlang. 

When you with me, the world is mine.

How it can be like that? When you are beside me, then the world is mine. You is unknown. Totally not the person that I ever admired and also not the person who ever fall in love with me. You exist in the probability that was hold by the hand of GOD. I just pray for it and I will be so lucky if I have you. When you come to me, I can live and breath without fear. You are my protector and the Hero who save me all the time I am in need.

Thursday, November 18, 2010

Seribu satu cerita.

Dalam kesibukan membuat fail BIG, ada hati berblog. Mungkin terkena inspirasi roomate aku yang tengah nyenyak tidur dan yakin tak hantar fail BIG esok..haha..
Banyak fikir pula time2 ni. Terdengar suara itu, ingat pasal dia yang buat hatiku sakit. Huh! Tak payah la cerita pasal dia. Terbaca post2 perpisahan di FB, teringat pulak dengan Alvin dan konco- konconya yang akan keluar dari sini. Time register sini dorang la yang urus orentasi. Sekarang dah nak pergi dah. 2 tahun lagi kami punya time pula. Gamat sedih la kau time tu.
Depan mata aku sekarang ni pulak CD pemberian seseorang. Sedih jugak la coz CD ni tak dapat buka. Ntah apa isinya. Mungkin kalau aku buka aku boleh bertukar fikiran. Siapa tau kan? Tapi mungkin ini maksudnya tiada jodoh. Memang tiada lah. Apa boleh buat.
Tadi aku buang Mug Chelsea dan perahu- perahu merah dan hijau aku. Nekad betul oo..haha..Ya, itulah yang terbaik. Lagipun benda tu tiada guna pun.
Di bilik aku sekarang ada 10 ekor ikan. Aku dah punya sifat perihatin terhadap haiwan. Ya, sejak kematian kura- kura di kelas itu.
Bercakap tentang itu, mungkin kita perlukan satu point untuk berubah. Bukan mudah untuk berubah. Manusia sukar untuk menerima perubahan. Tapi alah bisa, tegal biasa. Dulu aku tak suka dengar lagu pakai earphone. Tapi oleh sebab aku kena pakai juga untuk tidak mengganggu roomate aku, aku dah biasa guna. Kalau dia tiada pun aku pakai juga sebab dah terbiasa. Pasal tu la juga aku yang dulunya pantang belajar sambil dengar muzik, sekarang dah boleh belajar sambil dengar muzik.
Manusia berubah, beradaptasi dengan masa dan keadaan. Kalau hari ni aku tak boleh terima sesuatu, mungkin suatu masa aku boleh terima benda tu. Mudah- mudahan perubahan yang aku harapkan akan dapat dilaksanakan. Amin..

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Haji.

Hari ni raya haji. First time sambut di maktab. Tadi dengan kelam kabutnya pi surau tuk solat. Nasib baik sempat. Rindu pulak dengan rumah. Tahun lepas raya haji saya pi masjid besar Beaufort tengok kerbau kena sembelih dan dapat pengalaman pertama melihat segala isi perut kerbau. Time tu la saya berkenalan dengan cacing merah yang ada di perut kerbau. Nampak macam bukan cacing tapi macam darah yang berketul- ketul. Sekali dia bergerak barulah tahu rupanya cacing. Saya berfikir macam mana kerbau hidup dengan perutnya ada cacing.
Mungkin di rumah sekarang mama sudah siapkan kelupis dan wajid. Mungkin kakak saya buat kek. Mungkin juga ada masakan special seperti laksa dan soto. Sedih la..tak dapat balik. Tadi call si Mas, konon nak beraya di sana. Dah siap plan kereta sekali tak cukup pulak tuk bawa semua orang. Lepas tu sms dia tak jadilah pi. Rupanya dia bukannya ada di rumah tapi di asrama dan dia memang tak balik. Memang dia mamai tadi baru bangun tidur..tu la di ok jak..haha..lucu plak.
Hari jumaat ni balik kampung. Tapi praktikal 6 dan fail BIG lagi kena minta. Warden pula nak check bilik. Ntah- ntah bilik saya la kena lawat paling awal coz saya exco asrama. Saya ni plak jenis yang tak suka packing barang awal2..hurm..hentam je la..
Lepas ni nak sedut movie dari hard disk reza dulu. Mungkin ada yang berkenan di hati..

Monday, November 15, 2010

I hate this feeling..

I hate this feeling that usually come when it is the time to have holiday. I feel lonely..The hostel will be so quite, and I will feel like I was left even though I also will leave this hostel. I also need to pack up all my things. Next year I will live at a new room. Hopefully that will be fine and makes me happy. I hope I will have a very nice time start from next year. But for the next next year, I will have to live out from the hostel. I think it is so sad. If my house is situated near from this institute, surely I will feel greatly happy. There are 2 more years more I gonna stay here. My boss, Alvin is going to be posted to be a teacher next year. Suddenly I feel sad for that. He is a very committed person actually. I supposed to be grateful for having him as my work partner. Honestly, I feel like I just contribute just a little thing and the rest is his contribution. This is my last post. At least I have a memory that in 2010 I became a JPP in IPG Kampus Kent.

Yang kamu tidak tahu.

Mungkin sudah lebih setahun kan sejak semua ini bermula. Saat hati kamu tertutup, hati saya terbuka dan saat hati kamu terbuka, hati saya pula tertutup. Maknanya kita tiada jodoh. Saya yakin dengan apa yang saya rasa. Ini bukan cinta. Cuma satu perasaan senang tatkala kita diminati oleh seseorang. Kamu mungkin tidak tahu saya buka wall kamu setiap kali saya on FB. Kamu mungkin tidak tahu saya sentiasa ingin mengetahui siapa di hati kamu dan siapa sedang meminati kamu. Kamu mungkin tidak tahu setiap kali saya tengok padang waktu petang saya mencari kamu. Ya, saya mencari kamu tapi hanya ingin melihat sama ada kamu ada di situ atau tidak. Bukan untuk memerhatikan kamu. Adakah itu cinta? Ramai kata saya tidak mengaku dengan perasaan saya sendiri namun saya cukup yakin yang ini bukan namanya cinta. Mungkin saya yang menolak kamu. Sebenarnya keputusan itu adalah terbaik buat kamu. Kenapa? Kamu sebenarnya boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada saya. Saya faham akan erti kelayakan. Kamu datang dengan cinta sebelum kenal siapa saya. Mungkin saja kamu boleh tinggalkan saya selepas tahu segala keburukan saya. Tidakkah begitu? Saya tidak mahu rasa ditinggalkan. Saya tahu ia sangat sakit. Mungkin sekarang kamu sudah temui orang baru, saya tidak kecewa. Belum pernah dalam sejarah saya jatuh cinta dengan orang yang pernah saya tolak. Tapi kalau itu benar, maknanya segala habit saya seperti membuka wall kamu akan berakhir kerana saya sedar kamu bukan seperti yang dulu lagi. Kamu juga berhak bahagia dan bahagia itu bukan milik kamu jika memilih saya.

Sunday, November 14, 2010

Jelous...

Jelous bila saya tak sampai ke sana..
Jelous bila nampak orang lain ke sana..
Jelous bila mereka akan menjadi itu dan ini...
Orang- orang yang dahulunya biasa- biasa saja akademiknya...
Yang meminta tips belajar daripada saya...
Huhu..sedih saya tak sampai ke sana...

Suatu masa dahulu Allah beri banyak nikmat pada saya....
Saya temui banyak kebetulan..
Rezeki melimpah ruah...
Biasiswa sampai dapat dua...
Saya cipta nama sendiri..
Bukan lagi adik si anu yang penolong ketua pengawas...
Bukan lagi adik si pemenang debat atau pidato...
Saya adalah saya...

Ya, hidup ibarat roda..
Kekadang di atas ke kadang di bawah...
Mungkin saya tersilap jejak...
Mimpi saya hilang...
Akhirnya saya di sini...
Ntah, mungkin saya belum jumpa penawarnya...
Apakah hikmah di sebalik semua ini..

Saturday, November 13, 2010

Kosong..

Malam ni kosong..ntah, padahal banyak notes kena baca. I am quite well, jangan bimbang akan apa- apa. Saya tidak akan ambil apa- apa daripada orang lain yang saya tahu kalau saya ambil barang tu, empunyanya akan marah. Senyum sendiri dengan gelagat manusia..ish..ish..Isu pasal asrama buat revision aku terganggu. Agak ya! Tambahan pulak notes ni tak lengkap mana. Harap2 otak aku masih bergeliga untuk mencerna idea nanti. In English of course. Aku harap senario 'kosong' ni boleh berakhir dengan cepat. Bosan benar dengan dunia tapi nak tinggalkan pun satu benda yang rumit juga. Apa- apapun, tegar jaklah teruskan. Takkan nak bunuh diri pulak kan?
Blog aku ni biasa2 jak..ntah. Malas aku nak decorate sangat. Bukan nak sangat menarik orang untuk baca. Biar je la aku syok sendiri kan..menulis banyak2 di sini..hehe..
Tak sabar rasanya nak tamatkan perkhidmatan sebagai jpp. Kalau jadi exco lain tak pa, ni exco asrama. Banyak benda nak urus. Daripada seorang yang tak dikenali, kini dah dikenali dan ramai pulak yang tak suka (aku rasalah). Apa leh buat, bukannya aku boleh atur perasaan orang kan..Tabah je la..Ingat jak la dunia ni sementara. Sejak dari sek rendah lagi sampai sekarang ntah kenapa la aku ni jadi pemimpin jak..Padahal tiada pun sifat kepimpinan..haha..dah penatlah dengan semua ni. Aku nak cakap 'ENOUGH'. Ini adalah jawatan terakhir aku sebagai pemimpin. Lepas ni tak da la. Sebenarnya aku nak sangat menyepikan diri dari FB, tapi ntah kenapa tangan aku gatal betul nak menaip status dan  mengomen orang. Twitter plak aku harap aku akan berjaya untuk tidak buka. Banyak benda yang boleh mengganggu emosi aku..huhu
Aku just nak hidup sederhana jak. Nak kejar impian aku. Tu jak. Biarlah orang tak terima aku, yang penting aku sendiri boleh terima diri aku. Kalau bukan aku, siapa lagi kan? Ok la..byk lagi nak study. Harap2 result boleh gempak kali ni..hehe

Friday, November 12, 2010

Mati

Tiba- tiba ingat arwah bapa. Sedih. Saya teringat ketika hari Rabu itu 30/01/2008. Saya seperti tidak dapat menerima kenyataan yang orang dekat dengan saya tiba- tiba tiada. Bukan merantau ke mana, tapi merantau selama- lamanya dan takkan kembali lagi. Buat pertama kalinya saya rasa kosong dan seperti ingin mati. Saya tak makan biarpun saya lapar dan tak minum walaupun haus. Buat pertama kalinya saya melihat abang saya yang bagi saya sangat garang menangis sampai tak mampu untuk turut serta memandikan jenazah kerana tidak mampu menahan air mata. Apa saja barang tinggalan bapa buat saya teringat dia dan menangis. Seminggu baru saya dapat menerima kehilangan dia.
Tiba- tiba saya teringat peristiwa- peristiwa sebelum dia meninggal iaitu ketika kira- kira sebulan lebih sebelum dia meninggal. Tiada siapa dapat meneka yang dia akan meninggal tidak lama selepas itu. Tiada petanda. Saya hanya sempat berjumpa dengannya 10 hari sebelum dia pergi. Itulah kali pertama saya lihat dia sungguh lemah sampai tidak mampu untuk berdiri. Saya positifkan diri bahawa sakitnya pasti sembuh. Tapi, mungkin sudah takdir dia pergi juga.
Bagaimana pula jika saya yang pergi? Seperti mana bapa saya pergi tanpa petanda awal, semuanya mungkin terjadi. Jika saya pergi tanpa bekalan yang cukup, saya pasti menyesal kerana tidak menggunakan masa yang saya ada di dunia untuk melakukan amal kebajikan. Saya pasti menyesal kerana apabila mati, maknanya saya tidak punya peluang lagi untuk menebus segalanya.
Ingat mati itu baik. Ia buat kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara. Ia akan buat kita rasa apa saja di dunia ini sebenarnya tidak guna. Kecantikan, harta, pangkat semuanya tidak berguna. Bermusuh juga tidak berguna. Tiada guna juga untuk kita asyik mengata orang. Biarpun kita kerap kali cakap kita tidak benci, namun mengata itu juga adalah satu dosa. Kalau yang kita katakan itu dikongsi pula dengan orang lain, maka jadilah mengumpat. Apa saja yang kita katakan dengan orang lain tentang orang lain yang mana kata- kata itu jika didengari oleh orang yang empunya badan dan dia tidak akan suka dengannya ditakrifkan sebagai mengumpat. Hatta sekalipun kita tidak menyebut nama orang yang diumpat itu, tapi jika orang yang dengan kita bercerita itu tahu siapa orang yang dimaksudkan maka itu juga satu umpatan. Dosa mengumpat pula hanya boleh diampunkan oleh orang yang diumpat itu. Tambahan pula, walau sebanyak mana pahala yang diterima oleh si pengumpat dek kerna amalannya, pasti akan dipindahkan kepada orang yang diumpat itu. Pengumpat sebenarnya orang yang paling kesian sekali. Kerana apa? Kerana sudahlah dia hilang pahala, mendapat ampunan pun susah kerana bukan Allah yang dapat mengampunkannya tapi orang diumpat itu sahaja.
Oleh itu, marilah sama- sama kita menjauhkan diri daripada amalan mengumpat. Walaupun bukan secara lisan, memberi komen di FB, Twitter, YM dan sebagainya itu juga boleh jadi mengumpat jika konsepnya sama. Takut- takut daripada mengumpat menjadi pula fitnah. Ini bukan ditujukan buat siapa- siapa kerana saya juga pernah mengumpat dan saya juga belajar untuk menjauhkan diri daripada amalan ini. Buat sesiapa yang mengenali saya mahupun tidak mengenali saya yang mungkin saya pernah mengumpat dia, saya mohon agar dosa saya diampunkan.
Sekian, banyak- banyakkanlah mengingat mati dan buanglah jauh- jauh tabiat mengumpat.

Exam

This is the exam week. But problems still never leave me alone. I think of many things. Someone hurt me too much. But I teach myself to be patient and think positively. Everything gonna be just fine. I am looking forward to seek something beautiful within this world that I can insert in my life. So many things happened this year and I supposed to be so glad that all of them already past. If some of them is bad, at least I have an experience. My two persons that I am looking for still don't come yet. I don't know when but I never put my hope down. If I analyze my future moment, what will I go through, I see so many darkness and so many sadness. But I hope Allah will help me. Yes, Allah will always help me.

Saja- saja..

Macam best berkongsi cerita dengan orang lain..haha..walaupun saya tahu mungkin blog saya tidak dikunjungi pun..atau mungkin dikunjungi secara diam- diam..sebab blog saya pernah mengundang kontroversi di hati seseorang..never mind peristiwa lama. Saya bukan jenis yg suka baca blog orang..tapi bila baca, mostly tentang diri sendiri..mcm best pulak share cerita kan..hehe..mcm berminat tapi sikit2 jak la..actually nak taip banyak lagi ni..tapi masa semacam tak mengizinkan..mungkin saya akan terus mengisi lagi blog ini..dengan lebih aktif lagi.

Thursday, November 11, 2010

Mereka- mereka...

Mereka- mereka yang pernah saya kenali...
ada yang dah berumahtangga, ada yang dah ada anak, ada yang bakal jadi bapa..
Ada menuntut nun jauh di tanah seberang, ada yang bakal begelar doktor..
Pelbagai cerita..saya tersenyum mengetahuinya..
Masa dah lalu...jauh kenangan dulu.

Saya masih macam dulu..
Tidak banyak yang berubah...
Cuma catatan peristiwa saya tak sehebat dulu..
Dulu saya pernah membina nama...
Tapi itu dulu...sekarang saya tahu ada apa pada nama..

Dunia berubah...
Bersama cita- cita saya yang musnah..
Jika saya tidak mampu untuk telan,
mana mungkin saya mampu untuk berada di sini...
sekarang ini..

Ada yang tidak kena dengan percaturan hidup ini...
Lima tahun dah berlalu..
Guru kelas tingkatan lima dulu pun dah jauh pergi...
Pergi takkan kembali...
Saya hanya mampu menggapai angin di awangan...
Saya bina mimpi di siang hari...
Bilalah datang bintang yang saya dambakan...

Sehingga satu waktu saya cuba mencari...
Apa yang saya mahukan dalam hidup..
Sesuatu yang memberikan kepuasan, kebebasan, dan kegembiraan..
Lama saya mencari sehingga ke saat ini..
Saya masih tidak jumpa..
Mungkin kamu akan ketawa atau tersengih mungkin...
Dungu apakah saya ini tidak mampu mencari sesuatu yang mudah...
Kamu mungkin tidak tahu...
Cerita manusia itu tidakkan sama.