Wednesday, November 7, 2012

The Last Time You See Me..

Perhaps yes...and perhaps not. Will you miss me? Nay... 5 years and half is a long duration. I've gone through many hard moments. A new chapter will come soon and I hope I can reach happiness.

Thursday, November 1, 2012

Hari ni birthday dia...

1 November..tapi tahun tak tahu la plak..dia birthday hari ni. I dah wish tapi mungkin dia tak on twitter dia. Perhaps ada celebration kot.

Why I minat kat dia? Bukan sebab BFF. Tapi sebab Mati Hidup Semula. May be character dia situ yg buat saya suka kot. Lain pula kalau dalam Tangkal Besi, dia jadi penjenayah. Apa2 pun, cuma minat jak la...I tak fikir jauh even dia ni anak menteri. At least, dia boleh gantikan HaHa yang tak lama lagi kawin dengan Byul. Huh! sedey!

Dia ni orang bahasa yang suka bermadah- madah. I like gaya bahasa dia. Saya pun orang bahasa tapi tersesat dalam dunia Sains. Tu yang tak pro Sains tu. Orang bahasa tak direct to the point tapi lebih mudah lentur dalam bab emosi dan perasaan. Agak beza dengan orang Sains. Tapi, orang Sains ni baiknya tak banyak fikir perkara remeh bab perasaan dan emosi. Senang kerja, tak banyak kerenah. Apa2 pun, Sains dan bahasa boleh saling melengkapi. Tapi saya tetap suka gaya bahasa dia ni. M. I.




Wednesday, October 31, 2012

Plastik

Plastik. Kena bakar tetap ada. Manusia plastik, kena bakar takkan hapus.Apa-apa la..
Tahap burn out. Keletihan emosi, fizikal, dan mental. Ada sesuatu menekan hati saya. Yang buat saya berfikir banyak perkara. Manusia-manusia. Ah! sama saja. Seperti saya ingin membunuh, mengerat, dan membakar manusia-manusia yang menyakitkan hati. Will Smith kata, berhenti membiarkan orang yang melakukan perkara yang sangat sedikit untuk kamu mengawal emosi dan perasaan kamu. Benar kata-kata ini. Tapi siapa yang didefinisikan melakukan perkara yang banyak untuk kamu? Perkara yang jahat tapi banyak bagaimana pula?

 Dunia...seperti saya ingin meninggalkannya. Saya tidak akan pergi barangkali...Tiadagunanyasia-sia.

Wednesday, October 24, 2012

Kata Will Smith

Stop letting people who do so little for you control so much of your mind, feelings and emotions. Good quote to apply.

Thursday, October 18, 2012

Upset

I was too upset actually...
Too upset.

Sunday, August 26, 2012

Akhir

Setiap kali saya temukan novel, saya pasti akan baca ending. Kalau ending tak best, maka saya takkan baca. Saya pentingkan pengakhiran. Walau secantik mana permulaan dan walau seindah mana perjalanan cerita, tapi kalau ending menyedihkan dan mengecewakan, ianya takkan membawa kesan yang menggembirakan. Begitu juga satu perkenalan. Jika pertemuan bermula dengan senyuman, di tengahnya dengan ketawa, tetapi akhirnya dengan tangisan kesedihan dan kekecewaaan, maka ia hanya akan memberi memori yang pahit.

Wednesday, August 15, 2012

Saram

Saram...
Untuk dia yang jauh...
Untuk dia yang tak pernah  ditemu...
Untuk dia yang selalu mengubat hati...
Untuk dia yang mendorong belajar satu bahasa baru.

Dia...
Punya keinginan sendiri...
Punya mimpi sendiri...
Ingin dicinta dan mencinta serta punya keluarga...
Biarlah dia bahagia...


Sarangheyo Mr. Quan :)

Sunday, July 22, 2012

Random I believe.

Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan masa silam.

Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ketahuilah bahawa masa depan masih ada.

Kebahagiaan bukan bergantung pada tempat anda berada tetapi dengan siapa anda berada ketika itu. 

Sunday, July 15, 2012

Bookmark










 2 OUT OF 6 I like.

Teks terapi cerita


Cerita: Pengalaman Rosa. 

Di sebuah kampung terdapat seorang budak perempuan bernama Rosa. Rosa adalah budak perempuan yang agak ‘tomboy’. Rosa seorang budak yang nakal dan pemalas. Di sekolah Rosa sangat malas belajar. Sewaktu guru mengajar Rosa asyik bercakap dan mengganggu rakan- rakannya. Dia tidak suka belajar. Di rumah pula dia tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan sering kali tidak menyiapkan kerja rumah. Dia hanya suka melastik burung dan bermain. Walaupun ibu bapanya sudah menasihatinya berkali- kali, namun dia tetap begitu juga. Oleh sebab itulah dia selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan di sekolah. Walaupun berkali- kali gagal, namun Rosa tidak juga ingin berubah.
            Suatu hari, ibu Rosa menyemak beg sekolah Rosa. Ibu Rosa mendapati ada dua tiga kerja rumah yang belum disiapkan oleh Rosa. Ibu Rosa pun menyuruh Rosa menyiapkan semua kerja rumah itu. Tetapi Rosa enggan. Dia pergi berlari menghilangkan diri ke hutan bersama- sama lastiknya untuk melastik burung.
            Di hutan, Rosa pun melastik setiap burung dia nampak hinggap di dahan pokok. Namun tidak seperti hari- hari biasa, tidak ada seekor pun yang berjaya mengena buah lastiknya. Namun Rosa tetap tidak berpuas hati dia terus mencuba dan terus mencuba sehinggalah tanpa dia sedari hari sudah hampir senja dan dia telah masuk ke hutan itu terlalu dalam. Dia tidak pernah sampai ke kawasan itu sebelum itu. Dia tidak tahu jalan pulang untuk kembali ke rumahnya. Dia pun berjalan sahaja di dalam hutan itu mengikut gerak hatinya sehinggalah dia tiba di suatu perkampungan. Pada mulanya dia fikir itu adalah kampungnya. Namun apabila dia melihat orang- orang yang ada di situ, tidak ada sesiapa pun yang dia kenal.
            Dia pun masuk ke kampung itu untuk mencari pertolongan. Semasa dia berjalan- jalan ke sekitar kampung itu, dia terserempak dengan seorang perempuan.
“ Hello mak cik”, sapa Rosa.
“ Hai, siapa kamu ni? Belum pernah mak cik nampak kamu di sini”,  balas pak cik itu.
“saya memang bukan orang di sini. Nama saya Rosa. Saya sesat di hutan sana sehinggalah saya jumpa kampung ini. Apa nama kampung ini?”, tanya Rosa.
“kampung ini namanya Kampung Rajin”. Balas perempuan itu.
“oo...bolehkah mak cik tolong saya pulang semula ke kampung saya?”
“apa nama kampung kamu tu?”, tanya mak cik itu.
“kampung Bungalio. Mak cik pernah dengar?”, tanya Rosa.
“tak pernah dengar. Tapi tak pa, mari pulang ke rumah Mak Cik dulu. Mesti kamu penat kan?”, kata perempuan itu.
“ baiklah”. Rosa menurut sahaja. Walaupun dia sedih kerana perempuan itu mungkin tidak dapat menolongnya, namun dia tahu dia perlu berehat kerana kepenatan.
Dalam perjalanan, perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Mak Cik Embok. Dalam pada itu, Rosa sempat memerhatikan penduduk kampung itu. Semua mereka rajin bekerja. Ada yang memotong kayu, ada yang menumbuk beras, ada yang menanam padi dan sebagainya. Anak- anaknya pula rajin membaca buku secara berkumpulan ataupun berseorangan. Ada juga yang mengambil peranan sebagai guru yang mengajar rakan- rakan lain. Dalam hati Rosa berkata, “patutlah nama kampung ni Kampung Rajin. Orang- orangnya semuanya rajin”.
Setelah beberapa minit perjalanan, sampailah mereka di rumah perempuan itu. Rumah perempuan itu agak besar. Perempuan itu tidak mempunyai suami. Katanya suaminya telah lama meninggal dunia. Dia mempunyai dua orang anak yang hampir sebaya dengan Rosa iaitu Laila dan Lola. Laila dan Lola sangat rajin belajar.
Rosa bertanya, “kenapa kamu rajin belajar sedangkan hidup kamu sudah senang?”.
Laila menjawab, “memang betul kami senang, tapi duit kami boleh habis bila- bila masa sahaja”.
Lola pula menyambung, “kalau kami belajar, ilmu itu takkan boleh habis, ia akan kekal bersama kami. Dengan ilmu yang ada, kami takkan senang ditipu orang dan ia juga membantu kami untuk terus hidup senang”.
“Ooo..begitu”, balas Rosa.
Malam itu Rosa memikirkan kata- kata Laila dan Lola.
“Memang ada betulnya”. Bisik hati Rosa.  
Pada keesokan harinya, Rosa ingin meminta izin Mak Cik Embok untuk mencari jalan pulang ke rumahnya. Mak Cik Embok pun mengizinkan.
Maka pergilah Rosa mencari jalan pulang. Dalam perjalanan, Rosa terserempak dengan seorang lelaki tua yang bertopi dan berjanggut panjang.
Lelaki itu bertanya, “siapa gerangan kamu ini?”
Rosa menjawab, “nama saya Rosa. Saya tersesat dan hendak pulang semula ke kampung saya”.
“Apa nama kampung kamu?”, tanya lelaki itu.
“Kampung Bungalio. Pak Cik pernah dengar?”
“Emm..pernah- pernah! Mari ikut aku”, kata lelaki itu.
Rosa agak ragu- ragu untuk mengikuti lelaki itu namun kerana itulah satu- satunya cara untuk pulang ke rumahnya, maka Rosa pun mengikut sahaja.
Mereka berjalan sampailah tiba di hadapan sebuah rumah di tepi jalan.
“pak cik cakap nak bawa saya pulang ke kampung saya. Ini bukan kampung saya”, Rosa mula khuatir.
“Sabar, bawa bertenang. Kita pergi ambil peta dulu. Jom!”, kata lelaki itu.
Rosa pun mengikut sahaja.
Sampai sahaja di rumah itu, lelaki itu menutup mulut Rosa dan memasukkan Rosa ke dalam kurungan.
“Kau tahu aku siapa? Akulah Albert Einstein. Orang paling bijak di dunia. Hahahaha....”,kata lelaki itu seperti kurang siuman.
“Albert Einstein? Orang puteh ka pulak dia ni?”, Rosa berkata dalam hati.
“Dalam rumah ni, aku mau kau jadi bijak macam aku. hahaha...Jangan kau harap dapat pulang ke kampung kau yang entah di mana tu kalau kau tak dapat jawab soalan ini!”, keras suara lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kertas.
“kau tahu jawab soalan ini?”, tanya lelaki itu.
“ Em...tak tahu”, balas Rosa.
“Haha..aku dah agak dah. Selagi kau tak dapat jawab soalan ini, selagi tu kau kena temankan aku di sini, jadi murid aku..hahaha...”, kata lelaki itu lalu naik ke tingkat atas rumah dua tingkat itu.
Rosa menyesal kerana tidak belajar bersungguh- sungguh. Soalan itu pasti boleh dijawabnya sekiranya dia mengambil perhatian ketika gurunya mengajar di kelas.
Maka tinggallah Rosa dalam kurungan itu selama berhari- hari. Pada setiap hari itulah juga Rosa dapat melihat dari jauh seorang budak lelaki berkaki ayam berjalan dengan memegang buku dan pensil. Jalan itu jarang digunakan oleh orang. Hanya budak itu yang saban hari menggunakannya. Suatu hari Rosa membuat isyarat bunyi untuk memanggil budak itu. pada mulanya budak itu tidak dengar. Namun akhirnya dia mendengar dan berjalan ke arah Rosa.
Rosa menceritakan hal dirinya dan berkenalan dengan budak itu.
Budak itu memperkenalkan dirinya sebagai Lintang, seorang anak pesisir laut. Dia memberitahu perihal dirinya yang miskin dan perlu belajar dengan rajin untuk mengubah hidup keluarganya yang susah.
“Walaupun aku miskin, tak bererti aku tak boleh belajar jadi pandai. Aku mesti belajar. Memang betul belajar itu susah, tapi lebih susah lagi kalau tiada pelajaran”, kata Lintang.
Lintang juga memberitahu bahawa lelaki tuan punya rumah itu sebenarnya orang gila. Namanya Albert Juno, bukannya Albert Einstein. Dia terlalu minat dengan Albert Einstein sehingga belajar 24 jam tanpa henti semata- mata hendak menjadi orang yang paling bijak di dunia. Akhirnya dia menjadi gila.
“Ooo..siapa Albert Einstein tu?”, tanya Rosa.
“dia adalah orang yang paling bijak dalam dunia. Dia adalah seorang saintis. Dulu masa dia kanak- kanak dia adalah murid yang paling lemah sehingga cikgunya selalu mengatakannya bodoh. Tapi akhirnya dia berjaya menjadi orang yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia”, terang Lintang.
“Oo..kalau aku yang bodoh ni belajar rajin- rajin pun mesti boleh jadi macam dia kan? Cita- cita aku pun mau jadi saintis”, kata Rosa.
“ tiada yang mustahil dalam dunia ni. Yang penting usaha. Tapi jangan pula melebih- lebih macam si Albert Juno tu”, kata Lintang.
“Oklah rasanya baik kita cepat. Nanti si Albert tu datang”, sambung Lintang.
Lintang menggunakan satu alat ciptaannya yang secara kebetulannya dibawanya pada hari itu untuk ditunjukkan kepada cikgunya. Ianya adalah sejenis pisau yang menggunakan elektrik dan boleh memotong besi. Dia menggunakan bateri yang dicasnya semula di bawah cahaya matahari. Dengan alat itu, maka bolehlah Rosa keluar dari kurungannya dan melepaskan diri daripada Si Albert yang gila itu.
“Baguslah ciptaan kau ni. Mana kau belajar?”, tanya Rosa.
“Itulah gunanya aku belajar Sains, hehe”, kata Lintang.
“Lepas ni aku pun mahu belajar rajin- rajin macam kau la supaya boleh buat ciptaan sendiri, hehe”, kata Rosa.
“Tapi asalkan jangan jadi macam Albert Juno”, kata Lintang dan Rosa serentak lalu ketawa.
“ok lah , aku kena balik kampung aku ni. Aku tak tahu la macam mana nak balik”, kata Rosa.
“senang jak. Kau baliklah ke hutan tu semula, cuba ingat semula jalan- jalan yang pernah kau lalui dan jangan lupa doa sama Tuhan”, kata Lintang.
“em..kalau macam tu aku akan cuba”, kata Rosa penuh dengan semangat.
“macam tu la. Semoga berjaya”, kata Lintang.
Masing- masing mengucapkan selamat tinggal.
Rosa pun pulang semula ke hutan itu dan cuba mengingat semula jalan- jalan yang pernah dilaluinya. Akhirnya Rosa berjaya pulang semula ke rumahnya.
Ibu bapanya cukup risau kerana sebenarnya Rosa telah hilang selama dua minggu. Rosa menceritakan pengalamannya dan berjanji akan berubah. Sejak hari itu Rosa mula rajin belajar, dia mendapat tempat pertama setiap kali peperiksaan dan mendapat 5 A dalam UPSR. 15 tahun selepas itu, Rosa telah berjaya menjadi saintis seperti Albert Einstein. Sekali lagi seperti Albert Einstein, bukan seperti Albert Juno. ~ TAMAT ~

D  Diceritakan sepenuhnya oleh: Suzitah Joas

Friday, July 13, 2012

Cooperation Master Chef

To win is a desire but it is not a must. So within a work, enjoy it together without stress. Cooperation comprise of many things. Working in a team need a very good rapport or at least professional manner. Everybody must take part and no passenger. That is the first rule. To me, it is better to accept a person who has less knowledge and skill but able to give full commitment and obey instruction of the leader for the sake of the team THAN a person who has many knowledge and skill but has no commitment or act as the GOD of knowledge. Dealing with people who give very minimum commitment is very usual. I am totally mad with this kind of manner. Dealing with people who act as the GOD of knowledge is a different case. If you in a team with this person, you will find that you are useless. Everything is a mistake and for sure you will never feel comfortable. Watching Master Chef give me view of cooperation. In addition, I really respect Dr. Fazley for his gentleman and positive manner. He gives his opponent a good condition that it seems to be easily done and accept a difficult condition as a challenge. To win when you have a good condition is pretty fine but no great. But to win when you have a difficult condition is a great achievement.

The Good Old Days

1. My childhood
    All the days with full of joy with my cousins and friends. Playing anything from many sources. Explore many places; to the jungle and farm. Going to school is to play. Never get bored, never get sleepy. The bright in class I achieved makes my confident up and the days are all fine.

2. The fasting month with my family.
     Variety foods prepared by my mother and I have no worry for it. No need to buy from the stall.Gathering with my siblings without any term and condition. Always accepted. Family is too precious for me.

3. The days with love song.
    The cloud was dark. I kiss the rain.

Thursday, July 12, 2012

Akal Untuk Memilih

Hati mungkin tidak boleh memilih tapi kita masih ada akal untuk memilih yang wajar untuk diri kita. Kerana itu, saya memilih untuk mengikut kata akal saya, bukan kata hati.

Monday, July 9, 2012

Human's differences

No one have the same trait. We are not raised up by the same mom and the same situation. We have different background. So, we have different priority and life style. All need to be considered for the sake of harmony. It teaches me to tolerate even it is hard and hurt. It is less than a year. So, let it be and just stand for it.

Friday, June 29, 2012

CHINCA!

Every day I have to listen to the stupid joke. It is not joking anymore la. That kind of teasing for you is a joke but for me it is annoying. Even I showed how I dislike it, you still do it. CHINCA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! STRESS!!!!!!!!!! Just like i want to slap your face.

Wednesday, June 27, 2012

Stupid LOL.

Stupid LOL is when you say something that you think funny but actually not funny but boring. Sometimes when you have to listen the same thing every day, the same tease it makes you feel so stress. Its not cool at all, but extremely boring. Oh My GOD! CHINCA! What to do to solve this problem. Perhaps we just need to say directly 'its not funny at all!' or pretend not listening to the words. Talk to the hand!

Tuesday, June 19, 2012

Expectation

If you afraid of disappointment, keep your expectation low.
When your expectation is low, you will hope for nothing.
When you hope for nothing, you will learn to accept the hardest thing in your life.
Then, you will live without depending on creature. You know ALLAH is always with you.

Friday, May 11, 2012

Something I've learnt.

Today I've learn something important. God showed me the truth that i need to trust. Thanks by the way.

Friday, April 20, 2012

Talent.

Every person got talent. No one is useless. May be the talent is hidden and not explored. One will shine brightly if the talent is exposed.The one who success is the person who have experienced the failure. But, just so you know, the success is not permanent be there. This world is globe. You will be up and down. Don't be arrogant when you're up and don't be upset and cannot stand up when you're down. God does not evaluate all that. Stand in realistic that all people will die and the permanent place is not the world. Until when you can proud with yourself? Let's think about it.

Tuesday, April 10, 2012

May be we will meet again.

On 18th April 2012, perhaps we will meet again, in the contest. My memory never get rid from my mind. You'll see later on our same level. The bite still bleeding though.

Thursday, April 5, 2012

Mr. Quan

Do you know what is the meaning of match?
having difference in similarities.

I think that is you my Mr. Quan..
hahaha...what ever people think i am a day dreamer..
it doesn't matter cause I love my Mr. Quan..
HahA..

~ Just to make a foot print ~

Sunday, March 18, 2012

Bahagia dan berjaya.

Kerana saya meminjam buku itu..maka saya berkata begini.

Bahagia itu meliputi keredhaan dengan qada dan qadar serta kegembiraan. Jika anda bahagia maka, anda gembira. Tapi jika anda gembira belum tentu anda bahagia.

Berjaya itu luas ertinya bergantung pada apa yang kita usahakan.  Apa tujuan kita wujud di muka bumi ini? Pada Allah tidak ada beza antara hamba- hambaNYA melainkan amal ibadah hamba itu. Apa tujuan kita wujud di muka bumi ini? tepuk dada tanya iman. Jika tujuan ini dapat kita capai, maka kitalah orang yang berjaya.

Jika kegembiraan kita berlandaskan duniawi, dengan adanya harta material, orang- orang tersayang, maka kegembiraan itu pasti akan lesap kerana semuanya itu pasti akan lenyap jua akhirnya. Yang tinggal hanyalah akhirat. Kesenangan dan kesusahan adalah ujian Tuhan. Kita diuji dengan kesenangan untuk mengetahui adakah kesenangan itu melalaikan kita atau sebaliknya. Kita diuji dengan kesusahan untuk mengetahui adakah kesusahan itu melalaikan kita atau sebaliknya. Percayalah.

Friday, March 9, 2012

My novel Chapter 1.

It is just the beginning when I found something in the Leap Year. Perhaps it seems to be a dream, but who knows it can be real.

Saturday, March 3, 2012

How gonna trust..

Pretending..
pretender...
an actor..
an actress...
zipping is better...
let there is no script.

Monday, February 27, 2012

Dream could be a reality.

If dream doesn't harm me, I prefer dream than reality. A little spot among the shadow is hardly seen but it still can be lighted though. There are resembles and differences and that's common. Sometimes, when dream is compared to reality, I almost loss it. But, if dream can make me smile..it is better than nothing. The Sunway Lagoon is started with laugh. Incredible imaginary invention. How can you turn a very wide jungle into a recreation place like what you imagine? Dream became a reality. Just hopefully like that..

Friday, February 10, 2012

The difference.

Humans are difference. Every people has their own life principle. That is my last help. LAST HELP.

Tuesday, January 31, 2012

Haha 1

Teaching English is not easy. Writing and speaking are absolutely different. When your grammar is lost, when your vocab is slight, when your students not understand and zipping their mouth and activities are not working. Its better sleep my mind first by watching Haha.

Thursday, January 19, 2012

Life Not lie.

There is only one success - to be able to spend your life in your own way.

    - Christoper Morley, 1890 - 1957.

By the way, thanks for visiting my blog. I know you always do that.

Friday, January 13, 2012

Sharing Di Pagi Sabtu


1.      Kejayaan.
Saya pernah mengunjungi sebuah sekolah rendah yang berasrama di Kota Belud. Salah satu tarikan di sekolah ini selain daripada kawasan sekitar yang cantik, adalah sekolah ini kaya dengan kata- kata hikmah yang menusuk kalbu (pada pandangan saya). Salah satu yang masih segar dalam ingatan saya ialah kata- kata hikmah ini: ‘Betul, belajar itu susah. Tapi lebih susah lagi kalau tiada pelajaran’.

Kata- kata ini bagi saya dalam maksudnya. Realitinya ramai manusia menganggap belajar itu susah. Tapi kalau tanpa pelajaran, hidup akan lebih susah lagi. Jika murid- murid sedar akan hal ini, maka sesusah mana pun belajar itu, tetap akan diredah juga. Bak kata pepatah, ‘bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian’. Susah itu pahit, tapi kalau akhirnya membuahkan kejayaan, kesusahan itu akan menjadi suatu kenangan yang manis.

2.      Tentang hidup.
Saya telah meminjam sebuah buku yang bertajuk ‘ You Can’. Di dalamnya terdapat banyak kata- kata hikmah yang menarik. Antaranya adalah:
-          Never minds the sneers, the criticisms, the misjudgments of others. Time will fade them all away from you if your accumulated strength of character has taught you how to wait.
-          Be glad to give as much as you take.
-          Silence has one major advantage: it gives no clue as what your next move will be.
Mungkin ada yang bermakna untuk anda wahai si pembaca. Mungkin boleh menjadi panduan dalam hidup anda. 

3.      Rancangan Allah SWT.
Saya berfikir tentang banyak kebarangkalian pada masa depan dan merancang menyediakan payung sebelum hujan. Namun rancangan Allah SWT itu lagi hebat. Tapi tidak bermakna kita perlu berhenti memohon kepadaNya.
Seorang teman selalu berkata, ‘rancangan Allah lebih hebat’. Memang benar. Adakalanya terdapat sesuatu yang tidak boleh kita usahakan melainkan berdoa. Tapi Allah tak bagi yang kita mahu tetapi apa yang kita perlu. Redha dan terima.

4.      Jodoh dan Cinta
Saya telah membaca sebuah novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk ‘Rahsia Ummi’. Ia mengisahkan tentang cerita antara dua darjat – perbezaan keturunan menghalang penyatuan cinta. Atas keperluan meneruskan keturunan Syed dan Syarifah maka si pemuda terpaksa berkahwin dengan perempuan yang tak dicintainya. Baginya dia adalah jodoh tapi bukan cinta. Perkahwinan berkekalan hingga di hujung usia dengan dikurniakan anak- anak tapi tanpa rasa cinta dan bahagia. Adakah cinta dan jodoh dua perkara berbeza? 

Terdapat seorang ibu yang pada masa mudanya dipaksa berkahwin dengan pemuda pilihan ibunya. Perkahwinan berkekalan sehingga suaminya meninggal dunia dan beliau telah dikurniakan 8 orang anak. Namun tidak pernah pun dia menceritakan kasih sayangnya terhadap suaminya melainkan kepahitan yang terpaksa ditanggung sepanjang kehidupan berumah tangganya dan penyesalan yang tak sudah terhadap nasibnya. Itukah jodoh tanpa cinta? Jadi di mana cintanya? Jodoh tanpa cinta takkan bahagia. Cuma jika sudah berjodoh, maka cubalah mencintai agar kebahagiaan dikecapi. Jika tiada juga kebahagiaan, maka janganlah terus memanggang diri. Penceraian adalah jalan penyelesaian. Tiada salahnya bercerai. Saya pernah terbaca bahawa hadis yang menyatakan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah SWT adalah hadis palsu. Mengekalkan alam perkahwinan yang tanpa kasih sayang adalah sia- sia. Hidup Cuma sekali dan di akhirat nanti kita berdoa untuk dapat bersama- sama orang yang kita cintai, pasangan hidup kita. Carilah dia di dunia ini.

Wednesday, January 11, 2012

Sabina Spielrein

Saya mengenali Sabina Spielrein melalui sebuah filem yang bertajuk ' The Soul Keeper'. Sabina Spielrein adalah seorang wanita Yahudi yang merupakan salah seorang pesakit mental Carl Jung (seorang doktor sakit mental di Switzerland).Sabina dilayan dengan cara yang teruk sehinggalah kedatangan Carl Jung. Melalui rawatan Carl Jung, Sabina akhirnya pulih dari sakit mentalnya.

Apa yang menarik tentang Sabina bukanlah tentang hubungan cintanya dengan Carl Jung tetapi bagaimana seorang bekas pesakit jiwa boleh melanjutkan pelajaran sehingga menjadi seorang doktor dan bagaimana riwayat hidupnya yang berakhir di hujung senapang tentera Nazi Jerman.

Bagi saya, kisah Sabina Spielrein memberi satu pengajaran bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Seorang pekebun seperti Wahidan juga boleh menjadi finalist dalam MasterChef. Biar siapa pun diri kita dalam masa lalu kita hatta pelacur sekali pun, kita masih boleh mengubah masa depan kita mengikut corak yang kita inginkan.

Tentang riwayat hidup Sabina Spielrein, cara kematiannya agak kejam. Sabina adalah seorang Yahudi yang menjadi seteru dan buruan oleh tentera Nazi Jerman di bawah kuasa Hitler pada masa itu. Sabina dan anaknya dikumpulkan bersama orang- orang Yahudi yang lain di sebuah gereja dan ditembak beramai- ramai. Walaubagaimanapun, sumbangannya terhadap dunia psikologi masih diingat sehingga kini.