Saturday, August 20, 2011

PROSES PEMBENTUKAN KATA


1)      Definisi Pembentukan Kata:
Penghasilan kata dalam bahasa Melayu melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.
2)      Pembahagian:
a)      Pengimbuhan
b)      Pemajmukan
c)      Penggandaan
3)      Proses Pengimbuhan
- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
- Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber-+ tapa (bertapa) dan  ke-+tawa (ketawa).
- Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan.
- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses  pengimbuhan kali kedua. Misalnya, ter-+libat (terlibat). Terlibat + ke…an (keterlibatan).
- Imbuhan Awalan.
Ø  Contoh:
Pe….pelari             pem…. pembawa                     pen….pendakwah
Peng….penggubal              penge….pengebom                  pel….pelajar
- Imbuhan Akhiran.
Ø  Contoh:
-wan….angkasawan           -man….budiman           -wati….wirawati
-in….hadirin                       -at….muslimat  - ah….ustazah
            - Imbuhan Apitan
Ø  Contoh:
Me…kan  = melaporkan                men…kan  = mendapatkan      
Ber…kan  = bertemankan              di…kan  = dipamerkan
Ke…an  = kemalasan                     memper…kan  = memperbetulkan
- Imbuhan Sisipan
Ø  Contoh:
Tunjuk….telunjuk
Gilang….gemilang
Tulang….temulang
4)      Proses Pemajmukan
- Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.
- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata.
- Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan.

                                i.            Pemajmukan Rangkai Kata Bebas
-         Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan  kata dan percantuman ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut.
-         Contoh:
Ø  Gambar + rajah = gambar rajah
Ø  Jalan + raya = jalan raya
Ø  Rumah + tangga = rumah tangga
Ø  Perdana + menteri = perdana menteri

                              ii.            Pemajmukan Istilah Khusus
-         Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah.
-         Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata yang digunakan.
-         Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.
                            iii.            Pemajmukan Bentuk Kiasan
-         Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau simpulan bahasa.
-         Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza daripada kata-kata dasar yang membentuknya.
-         Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga lintah.
- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.
Ø  Penggandaan kata majmuk.
-         Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua dikekalkan.
-         Contoh:
Alat tulis……alat-alat tulis
Jalan raya…..jalan-jalan raya
Garis pusat…..garis-garis pusat
              
Ø  Pengimbuhan kata majmuk
Awalan
-         Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.
-         Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.

                                    Akhiran
-         Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas.
-         Contoh: daya serap……….daya serapan, garis rintang....garis rintangan.

                                     Apitan
-         Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja.
-         Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.
5. Proses Penggandaan

- Ada tiga bentuk kata iaitu kata gandaan seluruh, kata gandaan separa, dan kata gandaan berentak.
Ø    Kata Gandaan Seluruh
- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar tersebut berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata adjektif atau kata tugas.
- Contoh:
labah....labah-labah                   Orang....orang-orang                Jari....jari-jari
Ø    Kata Gandaan Separa
- Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di belakang kata dasar.
- Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.
- Penggandaan kata dasar tunggal.
contoh:
 kura....kekura              labi....lelabi                  rambut....rerambut
- Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan pengulangan imbuhan sebaliknya hanya kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia melibatkan golongan kata adjektif dan kata kerja sahaja. Kata dasar boleh terletak di bahagian depan atau belakang.
Contoh: berlari….berlari-lari, mencari….mencari-cari, kasih….kasih-mengasihi.
Ø    Kata Gandaan Berentak
- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau mengalami perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan pengulangan bebas.
§  Pengulangan vokal
-         Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata yang kedua. Misalnya vokal ui, au, ua, ia.
-         Contoh:
Kuih….kuih-muih               lauk….lauk-pauk                     
Suka…suka-duka              hina….hina-dina
§  Pengulangan Konsonan
-         Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.
-         Contoh:
Gunung….gunung-ganang               bukit….bukit-bukau
Lintang….lintang-pukang                            mandi…mandi-manda
§  Pengulangan Bebas
-         Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi konsonan.
-         Contoh:
Lemah….lemah longlai                    tinggi….tinggi lampai
Gemuk…gemuk gedempol cerdik…cerdik pandai

POLITIKUS WATAN

Apa yang cuba dibangkitkan...
Apa yang cuba diperjuangkan...
Jika cuma hari ini wajah dipertontonkan...
Agar jawatan akan berkekalan...

Apa yang cuba dimajukan...
Apa yang cuba diberikan...
Jika lima tahun tiada perubahan...
Tidur berpalit dengan kemewahan...

Apa yang cuba difikirkan...
Apa yang cuba diselesaikan...
Kampung masih sepi kemudahan...
Kemiskinan masih berlarutan...

Wahai para politkus watan...
Jawatan bukan satu permainan...
Kemewahan bukan satu kebanggaan...
Undian bukan  sekadar kudapan...

Wahai para politikus watan...
Warnai baktimu dengan keikhlasan...
Sulamkan amanah dalam pekerjaan...
Kerana undian itu satu kepercayaan...


8.16 malam, 29 Februari 2008.

Monday, August 15, 2011

Bila King Kong naik angin.

Bila king kong naik angin, pengaruhnya sampai ke pelusuk dunia. Macam ni la yang terjadi di sebuah sekolah yang kecil saja. Kerana benda yang kecil saja, King Kong dah sakit hati dan naik angin. King Kong period agaknya, tapi dia cakap depan murid dia yang dia puasa. Dia tipu kot.

King Kong ni sebenarnya salah faham tapi dia tak fikir yang dia salah faham. Dia fikir dia betul. Bila orang panggil dia, dia buat tak dengar. Rasanya kalau Allah betul- betul bagi dia tuli mungkin baru dia tahu erti bersyukur. Bila orang explain ngan dia, dia buat muka sombong toleh pun tak mahu. King Kong ni ramai kawan. Cuma kawan- kawan dia bukanlah king kong macam dia. Dia pun mengajak kawan- kawan dia untuk sama- sama angkat banner membenci orang. Kerana King Kong punya pengaruh yang besar, maka kawan- kawan dia pun percaya cakap dia yang sebenarnya salah faham. Dalam erti kata lain, dia memfitnah. Dosa besar tau memfitnah. Dia memfitnah masa bulan puasa.

Sejak King Kong naik angin, orang dah anggap dia tak wujud. Orang dah tak nak tengok muka dia lagi. King Kong yang berlagak betul dalam segala hal dan marah orang tanpa usul periksa. Inilah dia cerita King Kong yang besar tetapi hatiya mudah pecah biarpun benda sekecil kuman. Mudah- mudahan King Kong akan sedar suatu hari nanti yang dia salah faham dengan orang.

Sunday, August 14, 2011

Berkasih berpada- pada.

Memanglah mengasihi dan dikasihi itu hak setiap manusia. Tapi takkanlah suami orang pun kau nak kebas sayang? Dah terang dan nyata dia tu suami orang yang dah ada anak lima, kau terima jugak. Kau ingat bini dia boleh jadi macam tunggul? Memanglah dia tu nampak alim. Ada title imam la katakan, pandai ubat orang sakit pulak tu (kononlah, kawan kau sakit tak sembuh pun), tapi takat mana alimnya tu kalau dok pelempang bini dia, dok tuih- tuih kepala bini dia. Imam macam mana dia tu? Kalau bini dia la ni dia dok buat lagu tu, tak mustahil kalau hang jadi bini dia, hang pun kena lagu tu.(aik, kenapa plak aku cakap penang ni??..haha).

Hari tu bini dia dah serang ko. Sampai tudung besar ko tu yang ala- ala orang alim tu pun tebuka. Tak malu ka? Kau tak kesian ka tengok muka bini dia tu yang ada kesan kena belasah oleh laki dia. Kau tahu tak siapa puncanya? KAU! Dorang ada anak lima orang lagi, kau tak kesian dengan anak- anaknya tu? Macam drama TV la pulak cerita kau ni. Kalah cerita Memey dgn Norman Hakim. Cerita kau ni unik sikit pasal ni cerita kecurangan suami yang bergelar imam yang bercinta dengan seorang gadis yang berperwatakan gadis solehah. Aku macam susah nak caya ko ni sungguh kejam begini sebab aku tengok ko ni molek betul. Tapi tu la orang cakap, don't judge the book by its cover. Kekadang orang yang kita fikir baik tu, itulah orang paling jahat. Satu lagi pengajarannya di sini, jangan cepat terpedaya dengan lelaki yang berperwatakan alim, hatta ada gelaran ustaz atau imam, belum tentu dia alim yang seperti kita fikirkan. Tapi aku cayalah Nik Aziz tu alim sebab dia hidup biasa2 saja walaupun dia mampu hidup lebih senang daripada tu dan satu yang menarik, bini dia satu saja walaupun ramai perempuan offer diri jadi bini dia. hehe..ni la suami yang perempuan mahu..

Friday, August 12, 2011

Hikmah Bumi berputar pada paksinya selama sehari.

Malam ni time pulang dari solat terawih nampak bulan penuh yg sangat cantik. Oleh sebab saya pernah belajar tentang Earth n Space, maka saya cuba mengimbau ilmu itu. Tapi mungkin bagi orang yang tak belajar, menengok bulan tu nampak macam nonsense. Tapi tak pa, itu fikiran Hamba Tuhan yang tak menghargai ciptaan Tuhan.


Sebenarnya malam ini saya terfikir satu perkara. Apa hikmah Allah jadikan bumi berputar pada paksinya selama sehari? Selain daripada siang dan malam, apa lagi? Cuba bayangkan bumi tak berputar selama sehari tetapi bulan mengelilingi bumi selama sebulan. Keadaan bumi yang statik ini akan mengakibatkan satu part bumi boleh jadi menghadap anak bulan sahaja dan 1 part lagi menghadap bulan penuh. Hal ini beralih hanya selepas 1 bulan. Bagaimana pula dengan hari raya? Kalaulah bumi tak berputar pada paksinya selama sehari, maka 1 part bumi meraikan hari raya, tapi 1 part bumi lain terpaksa menunggu mungkin sebulan lagi untuk hari raya. Begitulah juga puasa. Umat Islam satu dunia tak berpuasa dan beraya pada masa yang sama. Macam tak ada kesatuan di situ. Maka sebab itulah Allah jadikan bumi berputar pada paksinya selama sehari. Biar umat Islam satu dunia berpuasa dan berhari raya bersama- sama. Kalaupun ada beza, bezanya tidak lama. Mungkin sehari sahaja. Bila bumi berputar selama sehari semua bahagian bumi merasa untuk melihat anak bulan dalam masa sehari (24 jam).  Maka 1 dunia pun berpuasa dan berhari raya. Hebatnya kuasa Allah! Sangat adil bukan?

Oleh itu jangan fikir tengok bulan itu nonsense. Memerhatikan ciptaan Allah dan mensyukurinya itu kadangkala lebih baik berbanding sembahyang 5 waktu yang tak tahu khusyuk ke tak.

Sekian, dan selamat berpuasa buat umat Islam di seluruh dunia.

Thursday, August 11, 2011

Sudirman

Tujuan online nk cari lagu patriotik ats permintaan seorang guru di SK. Tapi terbuka plak pasal Sudirman. Anak Melayu kacukan cina ni. Layan sekejap la..Lawyer yang menjadi seorang penyanyi. Cukup mantap penangannya pada masyarakat Malaysia. Bukan saja Melayu yang kenal, cina dan India juga kenal. Saya tak minat pada mana- mana artis sebelum ni. Saya just minat lagu dorang yang kebanyakannya bukan dicipta oleh mereka sendiri. Tapi dengan Sudirman, saya memang minat dia sebagai seorang artis. Bukan sekadar kerana lagunya tetapi kerana personalitinya. Hatinya pada seni, bukan semata- mata duit. Sukar mencari artis sepertinya. Kalau nak minta artis yang levelnya tinggi macam s***, demandnya pun tinggi. Bayarannya mungkin mencecah ribuan ringgit. Tapi adakah artis yang sanggup buat show free macam Sudirman? Di Chow Kit pulak tu. Nak cari sekarang memang takkan jumpa. Itulah dia seniman rakyat.

Tuesday, August 9, 2011

FB

Manusia bergaduh di FB, saya just jadi pemerhati. Like mana2 yg saya suka. No comment.

Manusia curhat di FB, ala2 jiwang, memanas pun ada. Saya juga pernah begitu. Normal la. Tapi sekarang saya dok perhati je la..Like mana2 status yg saya suka.

Manusia dok guna pancing kat FB. Nak pancing mana2 ikan yang lawa2 profile picturenya atau yg dah kenal karakternya. Sy just perhati. Like mana2 yang saya rasa sepadan.

Manusia set info berpasangan di FB. Kalau saya rasa sweet, saya like la. 

Manusia set status yang menginsafkan. Saya just perhati. Like mana2 yang bersesuaian.

Manusia share berita terkini seperti isu halal dan haram. Sy just perhati dan tumpang baca. Sekali sekali sambung share jugak.

Manusia like mana2 page. Sy perhati dan like jugaklah kalau saya pun suka.

Manusia friend ngan itu dan ini. Kalau saya kenal dan tak da masalah ngan orang tu, saya pun join sekali la.

FB..FB..Macam2 ada..