Pena menulis lagi dan lagi, bukan cuma di atas kertas tapi di ruangan ini. Semoga apa yang ditulis oleh pena ini dapat dikongsi bersama dan bermanfaat untuk semua.
Tuesday, January 31, 2012
Haha 1
Teaching English is not easy. Writing and speaking are absolutely different. When your grammar is lost, when your vocab is slight, when your students not understand and zipping their mouth and activities are not working. Its better sleep my mind first by watching Haha.
Thursday, January 19, 2012
Life Not lie.
There is only one success - to be able to spend your life in your own way.
- Christoper Morley, 1890 - 1957.
By the way, thanks for visiting my blog. I know you always do that.
- Christoper Morley, 1890 - 1957.
By the way, thanks for visiting my blog. I know you always do that.
Friday, January 13, 2012
Sharing Di Pagi Sabtu
1. Kejayaan.
Saya pernah mengunjungi sebuah sekolah rendah yang berasrama di Kota Belud. Salah satu tarikan di sekolah ini selain daripada kawasan sekitar yang cantik, adalah sekolah ini kaya dengan kata- kata hikmah yang menusuk kalbu (pada pandangan saya). Salah satu yang masih segar dalam ingatan saya ialah kata- kata hikmah ini: ‘Betul, belajar itu susah. Tapi lebih susah lagi kalau tiada pelajaran’.
Kata- kata ini bagi saya dalam maksudnya. Realitinya ramai manusia menganggap belajar itu susah. Tapi kalau tanpa pelajaran, hidup akan lebih susah lagi. Jika murid- murid sedar akan hal ini, maka sesusah mana pun belajar itu, tetap akan diredah juga. Bak kata pepatah, ‘bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian’. Susah itu pahit, tapi kalau akhirnya membuahkan kejayaan, kesusahan itu akan menjadi suatu kenangan yang manis.
2. Tentang hidup.
Saya telah meminjam sebuah buku yang bertajuk ‘ You Can’. Di dalamnya terdapat banyak kata- kata hikmah yang menarik. Antaranya adalah:
- Never minds the sneers, the criticisms, the misjudgments of others. Time will fade them all away from you if your accumulated strength of character has taught you how to wait.
- Be glad to give as much as you take.
- Silence has one major advantage: it gives no clue as what your next move will be.
Mungkin ada yang bermakna untuk anda wahai si pembaca. Mungkin boleh menjadi panduan dalam hidup anda.
3. Rancangan Allah SWT.
Saya berfikir tentang banyak kebarangkalian pada masa depan dan merancang menyediakan payung sebelum hujan. Namun rancangan Allah SWT itu lagi hebat. Tapi tidak bermakna kita perlu berhenti memohon kepadaNya.
Seorang teman selalu berkata, ‘rancangan Allah lebih hebat’. Memang benar. Adakalanya terdapat sesuatu yang tidak boleh kita usahakan melainkan berdoa. Tapi Allah tak bagi yang kita mahu tetapi apa yang kita perlu. Redha dan terima.
4. Jodoh dan Cinta
Saya telah membaca sebuah novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk ‘Rahsia Ummi’. Ia mengisahkan tentang cerita antara dua darjat – perbezaan keturunan menghalang penyatuan cinta. Atas keperluan meneruskan keturunan Syed dan Syarifah maka si pemuda terpaksa berkahwin dengan perempuan yang tak dicintainya. Baginya dia adalah jodoh tapi bukan cinta. Perkahwinan berkekalan hingga di hujung usia dengan dikurniakan anak- anak tapi tanpa rasa cinta dan bahagia. Adakah cinta dan jodoh dua perkara berbeza?
Terdapat seorang ibu yang pada masa mudanya dipaksa berkahwin dengan pemuda pilihan ibunya. Perkahwinan berkekalan sehingga suaminya meninggal dunia dan beliau telah dikurniakan 8 orang anak. Namun tidak pernah pun dia menceritakan kasih sayangnya terhadap suaminya melainkan kepahitan yang terpaksa ditanggung sepanjang kehidupan berumah tangganya dan penyesalan yang tak sudah terhadap nasibnya. Itukah jodoh tanpa cinta? Jadi di mana cintanya? Jodoh tanpa cinta takkan bahagia. Cuma jika sudah berjodoh, maka cubalah mencintai agar kebahagiaan dikecapi. Jika tiada juga kebahagiaan, maka janganlah terus memanggang diri. Penceraian adalah jalan penyelesaian. Tiada salahnya bercerai. Saya pernah terbaca bahawa hadis yang menyatakan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah SWT adalah hadis palsu. Mengekalkan alam perkahwinan yang tanpa kasih sayang adalah sia- sia. Hidup Cuma sekali dan di akhirat nanti kita berdoa untuk dapat bersama- sama orang yang kita cintai, pasangan hidup kita. Carilah dia di dunia ini.
Wednesday, January 11, 2012
Sabina Spielrein
Saya mengenali Sabina Spielrein melalui sebuah filem yang bertajuk ' The Soul Keeper'. Sabina Spielrein adalah seorang wanita Yahudi yang merupakan salah seorang pesakit mental Carl Jung (seorang doktor sakit mental di Switzerland).Sabina dilayan dengan cara yang teruk sehinggalah kedatangan Carl Jung. Melalui rawatan Carl Jung, Sabina akhirnya pulih dari sakit mentalnya.
Apa yang menarik tentang Sabina bukanlah tentang hubungan cintanya dengan Carl Jung tetapi bagaimana seorang bekas pesakit jiwa boleh melanjutkan pelajaran sehingga menjadi seorang doktor dan bagaimana riwayat hidupnya yang berakhir di hujung senapang tentera Nazi Jerman.
Bagi saya, kisah Sabina Spielrein memberi satu pengajaran bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Seorang pekebun seperti Wahidan juga boleh menjadi finalist dalam MasterChef. Biar siapa pun diri kita dalam masa lalu kita hatta pelacur sekali pun, kita masih boleh mengubah masa depan kita mengikut corak yang kita inginkan.
Tentang riwayat hidup Sabina Spielrein, cara kematiannya agak kejam. Sabina adalah seorang Yahudi yang menjadi seteru dan buruan oleh tentera Nazi Jerman di bawah kuasa Hitler pada masa itu. Sabina dan anaknya dikumpulkan bersama orang- orang Yahudi yang lain di sebuah gereja dan ditembak beramai- ramai. Walaubagaimanapun, sumbangannya terhadap dunia psikologi masih diingat sehingga kini.

Friday, November 18, 2011
Yang Terakhir.
Malam terakhir di Asrama Kent..
Selepas lebih kurang 4 tahun setengah menginap di tempat ini..
Dan akhirnya akan meninggalkannya jua..
Huhu...sedey plak dah.
Yang bermula pasti akan berakhir..
seteruk mana pun tempat ni, tapi tempat nilah tempat tumpang berteduh..huhu
Masih ingat lagi time first masuk sini.
Penuh dengan pandangan negatif : gelap, sempit, kotor, bertikus..
Tapi, lama- lama dah biasa..
Asrama ni adalah asrama terakhir aku duduk..
Selepas 10 tahun setengah bergelar budak asrama.(lama tuh!)
Lepas ni tak lagi tinggal asrama..maka,
menataplah aku katil, tilam, meja, kerusi, locker sepuas- puasnya.
Lama sungguh di sini macam tak terasa..
Tua di Kent, banyak kisah,
Daripada junior menjadi senior..
Apa- apapun, semua kan merasa perkara yang sama.
Inilah lumrah hidup, bermula dan berakhir.

Thursday, November 17, 2011
Layak
Jika bicara tentang layak, itu kamu...
Dia dan kamu begitu nampak serasi..
Punya perjuangan yang sama..
Punya pengaruh merata...
Dikenali sini dan sana..
Ibarat ayat- ayat cinta..
Ketika Cinta Bertasbih juga umpama.
Tapi cuma satu kamu patut tahu..
Yang aku bukan kamu..
Dan dia bukan untuk aku..
Dia dan kamu begitu nampak serasi..
Punya perjuangan yang sama..
Punya pengaruh merata...
Dikenali sini dan sana..
Ibarat ayat- ayat cinta..
Ketika Cinta Bertasbih juga umpama.
Tapi cuma satu kamu patut tahu..
Yang aku bukan kamu..
Dan dia bukan untuk aku..
Tuesday, November 15, 2011
Kerana aku guru..
Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku masa depan...
'The Future is not ours to see'.
Tapi masa kini aku tahu yang aku bakal jadi guru.
Kecundangan aku suatu masa dulu adalah pengalaman..
Kenapa nak gelak? Albert Einstein juga adalah seorang guru.
Marrie Currie jugak seorang guru.
Apa salah aku jadi guru? Apa hina aku jadi guru?
Yang penting, aku tahu aku mahu jadi guru yang macam mana..
Bukan sekadar guru yang berceloteh di kelas..
Bukan guru yang jadi ahli kelab mengumpat di bilik guru..
Bukan guru yang makan gaji buta..
Bukan guru yang cemerlang kerana pangkat..
Tapi aku mahu jadi guru yang membangunkan yang tiada maya..
Merangsang semangat yang memang ada..
Itu yang aku mahu...
Biar tak dilambung setinggi mana, aku tahu aku berpijak di bumi nyata..

Subscribe to:
Posts (Atom)