Friday, January 28, 2011

Yang terterjah di minda saya untuk dikongsi.

  • Takat didih air akan jatuh apabila berada di kawasan tinggi dari aras laut.
  • Universiti tertua di dunia ialah Universiti Al- Azhar di Mesir. Tetapi menurut barat, universiti tertua di dunia adalah Akademi Plato di Athens. 
  • Beruang kutub tinggal di kutub utara manakala pinguin tinggal di kutub selatan. 
  • Ramai di kalangan askar Jepun yang pernah datang ke Tanah Melayu dan kepulauan Borneo suatu masa dahulu adalah sebenarnya orang Korea- sumber: Azah Aziz, Kartika Di Langit Seni.
  • Terdapat sejenis pil yang boleh merangsang pengeluaran air susu iaitu pil Motilium Tab. Pil ini boleh digunakan oleh ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkatnya dengan susu badan. - sumber: Novel Satu Janji karya Ramli Awang Murshid. 
  • Benito Musollini yang merupakan pemimpin parti Fasis di Itali suatu masa dahulu mati di tangan rakyatnya sendiri bersama- sama dengan wanita simpanannya. Kematiannya sangat dasyat di mana mayatnya digantung kepala di bawah dan kaki di atas sambil diarak.  
  • Ranau yang terletak di Sabah dikatakan mendapat namanya 'Ranau' itu daripada perkataan 'Run now'. Menurut ceritanya, sewaktu Sabah didatangi oleh tentera Jepun, orang- orang British terpaksa lari ke Sandakan. Semasa hendak lari itu, mereka berkata ' Run now'. Oleh sebab itulah tempat itu digelar Ranau.

No comments:

Post a Comment