Friday, November 4, 2011

Akinabalu.

Drama ni ok sebenarnya sebab dia cerita tentang sejarah di Sabah. Tapi malangnya banyak benda yang boleh dipertikaikan dalam drama ni. Satu perkara ialah tentang penggunaan bahasanya. Logik ka orang Jepun yang terkenal sebagai bangsa yang mengagungkan bahasanya itu bertutur bahasa Inggeris dengan bangsanya sendiri? Sungguh tak logik. Kalaupun orang Jepun nak bercakap dengan orang Putih pada zaman itu, dia takkan cakap Inggeris sebab dorang mana tau ckp orang puteh. Lagi satu, orang tempatan dalam cerita itu adalah orang Dusun. Masa tu Malaysia belum ada lagi. Orang Dusun tau cakap dusun saja. Mana tau cakap Melayu. Tu pasal bahasa.

Lokasi drama ini bukannya di Sabah tapi di Semenanjung. Mana real! Tidak nampak pun gunung Kinabalu. Kalau nak buat satu drama atau filem yang berunsur sejarah misalnya biar realistik lah! Haiyya!! Nak buat satu drama/ filem yang berunsur sejarah, kena buat kajian yang mendalam dulu, jangan main redah jak. Jangan anggap bahasa yang digunakan tu tak penting. 

1 comment:

  1. Betul tu..saya pun setuju.. ooh,,bukan di sabah pula dorg berlakun tu filem..alaaa....frust nya.... betul2 saya kecewa oow...ish..apa la..bikin filem pasal sejarah pun alangg2... tapi nda apa...mudah2 an suatu hari nanti org Dusun hasilkan filem sorg sendiri...mudah2an.. anak2 muda dusun kenala majukn diri,bangsa dan negara.. anak2 muda kadazandusun mesti usaha dari detik ini supaya kita dapat naikkan nama kaum kita,iaitu KadazanDusun...Lpas tu tia pyah lg mnghrp dr org lain..biar kita bikin filem kita sndiri..Mudah-mudahan...

    ReplyDelete