Pena menulis lagi dan lagi, bukan cuma di atas kertas tapi di ruangan ini. Semoga apa yang ditulis oleh pena ini dapat dikongsi bersama dan bermanfaat untuk semua.
Saturday, October 30, 2010
7hb atau 8hb Februari 2011
Saya tidak ingin berkongsi sesuatu yang peribadi. Namun ini mungkin boleh jadi iktibar. Malam ini saya banyak menangis kerana saya mengenang bagaimana nasib saya kalau saya mati nanti. Hari ini saya rasa saya telah kesan satu tanda 100 hari sebelum kematian. Petang tadi lepas Asar saya menggigil kesejukan. Tadi saya nampak muka saya di cermin macam mayat. Hati saya berdetik memikirkan mati. Betul atau tidak saya tidak pasti. Tapi saya cukup takut dengan sakitnya mati, azab kubur dan api neraka. Bukan kerana saya cintakan dunia. Itu jauh sekali. Saya terkenang orang- orang yang saya kenali yang telah meninggal dunia. Antaranya bapa saya dan guru kelas saya ketika tingkatan 5 dulu. Apa khabar mereka? Mati itu pasti. Sakitnya tidak boleh dibahagi dan tidak boleh dikongsi. Hati saya cukup bimbang. Saya mencongak jika hari ini 100 hari lagi saya mati, maka bila saya akan mati? Saya mencongak 100 hari selepas hari ini. Jawapannya 7/02/2011. Jika dikira hari esoknya selepas 100 hari, maka 8/02/2011. Saya tahu saya perlu mulakan sekarang. Saya patut buat amal kebajikan dan saya patut minta maaf dengan semua orang. InsyaALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment