Hari ni raya haji. First time sambut di maktab. Tadi dengan kelam kabutnya pi surau tuk solat. Nasib baik sempat. Rindu pulak dengan rumah. Tahun lepas raya haji saya pi masjid besar Beaufort tengok kerbau kena sembelih dan dapat pengalaman pertama melihat segala isi perut kerbau. Time tu la saya berkenalan dengan cacing merah yang ada di perut kerbau. Nampak macam bukan cacing tapi macam darah yang berketul- ketul. Sekali dia bergerak barulah tahu rupanya cacing. Saya berfikir macam mana kerbau hidup dengan perutnya ada cacing.
Mungkin di rumah sekarang mama sudah siapkan kelupis dan wajid. Mungkin kakak saya buat kek. Mungkin juga ada masakan special seperti laksa dan soto. Sedih la..tak dapat balik. Tadi call si Mas, konon nak beraya di sana. Dah siap plan kereta sekali tak cukup pulak tuk bawa semua orang. Lepas tu sms dia tak jadilah pi. Rupanya dia bukannya ada di rumah tapi di asrama dan dia memang tak balik. Memang dia mamai tadi baru bangun tidur..tu la di ok jak..haha..lucu plak.
Hari jumaat ni balik kampung. Tapi praktikal 6 dan fail BIG lagi kena minta. Warden pula nak check bilik. Ntah- ntah bilik saya la kena lawat paling awal coz saya exco asrama. Saya ni plak jenis yang tak suka packing barang awal2..hurm..hentam je la..
Lepas ni nak sedut movie dari hard disk reza dulu. Mungkin ada yang berkenan di hati..
No comments:
Post a Comment