Friday, September 30, 2011

Ada sebuah kisah..

Ini sebuah kisah. Tajuknya 'All About Eve'. Ia adalah drama bersiri Korea. Dah lama drama ni tapi ceritanya best. Ada dua orang gadis, gadis A dan gadis B. Gadis A asalnya dari 'broken family'. Hidupnya tak seindah gadis B yang dilimpahi kasih sayang oleh bapanya walaupun ibunya sudah tiada.

Nak dijadikan cerita, gadis A dan B pun membesar. Gadis B mempunyai seorang sepupu. Saya bagi nama dia lelaki A. Gadis B ada hati ngan sepupunya ni, lelaki A. Ibu lelaki A juga berkenan gadis B menjadi menantunya. Akan tetapi lelaki A cintakan orang lain pula iaitu gadis A. Lalu gadis B terpaksa pasrah. Gadis B kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki Korea. Saya gelar dia lelaki B. Mereka berkawan baik. Gadis B hanya menganggap lelaki B hanya sebagai kawan, akan tetapi rupanya dalam diam lelaki B jatuh cinta dengan gadis B. Dalam pada masa yang sama, lelaki B juga tahu bahawa gadis B masih menyimpan perasaan terhadap lelaki A.

Beberapa tahun kemudian, gadis B dan lelaki B pun tamat study dan balik ke Korea. Di Korea, gadis A dan B bersaing pula dalam bidang pengacaraan TV. Gadis A menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menjatuhkan gadis B. Pada masa yang sama, gadis B masih berhubung dengan lelaki B. Dia fikir lelaki B masih menganggur. Rupanya lelaki B adalah boss mereka di stesen TV tmpt mereka bekerja. Mulanya gadis B rasa dirinya tertipu dan lelaki B pula berterus terang tentang perasaannya terhadap gadis B. Gadis B tidak memberikan kata putus. Lelaki B menyangka dia masih mencintai sepupunya itu. Pelbagai kejadian berlaku dan setiap kali Gadis B rasa sedih dan ditimpa masalah lelaki B pasti akan ada di sisinya. Lelaki B sangat cintakan gadis B dan dia sangat perihatin dengan gadis B. Dia setia menunggu gadis B walaupun dia tahu berkemungkinan akan wujud hubungan antara gadis B dan lelaki A kerana hubungan lelaki A dan gadis A mula renggang dek kerana gadis A cuba memikat lelaki B pula. Dia kan boss...tentulah kaya kan? Walaubagaimanapun lelaki B tak layan gadis A. Dia maintain cinta kat gadis B. Sedikit demi sedikit, gadis B mula rasa yang dia sebenarnya cintakan lelaki B cuma dia tak sedar.

Akhirnya gadis B menerima lelaki B...lelaki A meninggal dunia kerana kemalangan. Gadis A pula melarikan diri kerana identitinya sebenar telah diketahui umum. Dia akhirnya menjadi guru di sebuah rumah kanak- kanak.

Best cerita ni coz lelaki B tu sungguh caring kat gadis B..ala- ala Seth dalam Nora Elena la. And..cerita ni macam ada siiikit cerita saya.. Kalaulah saya boleh jadi gadis B tu dan bertemu dengan Lelaki B tu..dan melupakan lelaki A..tapi lelaki B belum muncul lagi. Mungkinkah dia???? Tapi awal2 lagi sy dah reject..huhu..Apa2 pun..buat perempuan2 di luar sana..kalau nak cari lelaki, biarlah lelaki tu yang sayang kita lebih sebab dengan kasih sayangnya tu boleh buat hati kita cair.. Jangan cari lelaki yang kita sayang dia lebih, tapi dia tak pun appreciate kasih sayang kita tu..Lelaki tak mudah cair macam perempuan. Jadi kasih sayang kita belum tentu dapat mencairkan hati mereka. Carilah lelaki yang boleh sentiasa ada bersama kita sewaktu saat suka dan duka kita. Seorang lelaki yang boleh protect kita dan buat kita rasa selamat berada di sisinya. Dan yang paling penting, dia terima kita seadanya walaupun kita pendek, tak cantik, tak punya status sosial yang tinggi, tak pandai itu dan ini  etc..

Harap- harap semua perempuan akan mendapat lelaki macam lelaki B :)

No comments:

Post a Comment