Malam terakhir di Asrama Kent..
Selepas lebih kurang 4 tahun setengah menginap di tempat ini..
Dan akhirnya akan meninggalkannya jua..
Huhu...sedey plak dah.
Yang bermula pasti akan berakhir..
seteruk mana pun tempat ni, tapi tempat nilah tempat tumpang berteduh..huhu
Masih ingat lagi time first masuk sini.
Penuh dengan pandangan negatif : gelap, sempit, kotor, bertikus..
Tapi, lama- lama dah biasa..
Asrama ni adalah asrama terakhir aku duduk..
Selepas 10 tahun setengah bergelar budak asrama.(lama tuh!)
Lepas ni tak lagi tinggal asrama..maka,
menataplah aku katil, tilam, meja, kerusi, locker sepuas- puasnya.
Lama sungguh di sini macam tak terasa..
Tua di Kent, banyak kisah,
Daripada junior menjadi senior..
Apa- apapun, semua kan merasa perkara yang sama.
Inilah lumrah hidup, bermula dan berakhir.
Pena menulis lagi dan lagi, bukan cuma di atas kertas tapi di ruangan ini. Semoga apa yang ditulis oleh pena ini dapat dikongsi bersama dan bermanfaat untuk semua.
Friday, November 18, 2011
Thursday, November 17, 2011
Layak
Jika bicara tentang layak, itu kamu...
Dia dan kamu begitu nampak serasi..
Punya perjuangan yang sama..
Punya pengaruh merata...
Dikenali sini dan sana..
Ibarat ayat- ayat cinta..
Ketika Cinta Bertasbih juga umpama.
Tapi cuma satu kamu patut tahu..
Yang aku bukan kamu..
Dan dia bukan untuk aku..
Dia dan kamu begitu nampak serasi..
Punya perjuangan yang sama..
Punya pengaruh merata...
Dikenali sini dan sana..
Ibarat ayat- ayat cinta..
Ketika Cinta Bertasbih juga umpama.
Tapi cuma satu kamu patut tahu..
Yang aku bukan kamu..
Dan dia bukan untuk aku..
Tuesday, November 15, 2011
Kerana aku guru..
Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku masa depan...
'The Future is not ours to see'.
Tapi masa kini aku tahu yang aku bakal jadi guru.
Kecundangan aku suatu masa dulu adalah pengalaman..
Kenapa nak gelak? Albert Einstein juga adalah seorang guru.
Marrie Currie jugak seorang guru.
Apa salah aku jadi guru? Apa hina aku jadi guru?
Yang penting, aku tahu aku mahu jadi guru yang macam mana..
Bukan sekadar guru yang berceloteh di kelas..
Bukan guru yang jadi ahli kelab mengumpat di bilik guru..
Bukan guru yang makan gaji buta..
Bukan guru yang cemerlang kerana pangkat..
Tapi aku mahu jadi guru yang membangunkan yang tiada maya..
Merangsang semangat yang memang ada..
Itu yang aku mahu...
Biar tak dilambung setinggi mana, aku tahu aku berpijak di bumi nyata..

Saturday, November 12, 2011
Box of Shadow
I am talking about my box of Shadow...the big box like a coffin. There is a magic inside it, the Magic of Shadow. Not a dead body of baby...haha
I am not creative. People said so and my mind too. I am complicated. People think so but I think I am just systematic. Huahuahua....someone will laugh loudly. Hish! But at least I manage to prepare something that people can say 'wow!'. It is big. I know. My point is just I want to prepare a model that can move. If possible it can move automatically. I never think of making people impress. Sorry, that is not the objective. It is actually a task of my Science assignment. Not in purpose of innovation actually..haha
At first, I got many ideas and when I tell someone about it, it makes me down. It just like I want to prepare something so complicated. Then, I don't tell that kind of person anymore. I find some fellows that I think would support my idea and help me to figure out some solutions for my problems throughout the process.
Before I do it, I feel so afraid to start it because it would be something big to do. I may not be able to accomplish it. Perhaps.. But, then at last I've done it! Thanks to all the people who support me especially the one who give me idea on how to make the 'man inside the box' moving.
This box present the concept of the shadow's size. The size of shadow can change when the distance between the object and the source of light change. This is what can be presented in the box of shadow. The object can be moved forward (close to the light) and backward (far from the light). The changing of the shadow's size can be seen easily. It also help the students in primary school (year 5) to learn to control the variables which is one of the science process skills. The changing of shadow and the changing of distance between the object and the source of light also can be rated in numbers due to numbering rulers provided. Besides, this box also act as convenience for teacher to teach this concept to students in the presence of high light intensity. No need to find the dark area or to make the classroom like the Dracula's bedroom. Just use this box. haha...
Thursday, November 10, 2011
Tentang seorang suami, seorang bapa,
Kisah seorang suami dan bapa.
Kesiannya saya pada seorang suami yang juga bapa ini yang berkata ' biarlah saya menjadi seorang suami yang tidak begitu bahagia asalkan saya dapat menjadi seorang bapa yang bahagia'. Kesian sangat. Dia impikan sebuah keluarga yang bahagia, seorang isteri yang melayannya penuh kasih. Tapi apa yang dia dapat adalah sebaliknya. Isterinya bukan jenis duduk rumah tapi suka hang out dengan kawan2 hatta di waktu malam. Sangat kontra dengan apa yang dia impikan..makanya berlakulah keretakan rumah tangga. Si isteri yang anak orang kaya mana tahan diatur hidupnya oleh sang suami pun minta cerai. Tapi...mereka ada sesuatu yang masih dikongsi, anak. Demi anak, si suami tidak rela menceraikan isterinya walaupun isterinya punya perangai yang tidak sewajarnya dimiliki oleh insan yang bergelar isteri. Sungguh! Dia memang bapa yang penyayang.
Tapi pada pandangan saya, lebih bagus dia ceraikan saja isterinya itu. Dia seharusnya mencari isteri yang seperti diidamkannya. Isterinya tu pun bukan suka dengan dia malah menceritakan keburukannya pada umum. Kalau tentang anak, penceraian tidak semestinya menjadikan anak itu mangsa. Ada ramai orang yang bercerai tapi anak mampu memilik kasih sayang ibu dan ayah. Cuma toleransi antara kedua belah pihak itu yang penting. Lagipun, adakah maknya tu nak jaga anak dia? Mungkin dia lebih pentingkan parti dengan kawan2 lebih daripada anak. Mungkin dia tak kisah pun kalau bapa yang ambil hak penjagaan anak tu.
Apa yang saya mampu lakukan, saya harap si suami tadi dapat memiliki kebahagiaannya, bukan sekadar bahagia sebagai seorang bapa tetapi juga seorang suami. Mungkin bukan sekarang, tapi suatu masa nanti.

Tuesday, November 8, 2011
Maaf.
Maaf bukan lupa..tapi cuma buat tidak ingat.
Maaf bukan seperti tak pernah jadi tapi cukuplah di situ, belajar dan jangan ulang lagi.
Dengan kawan- kawan, maaf itu perlu walau hati ini sakit seperti disiat- siat..
Sebab.. di sebalik buruknya mereka, masih ada baiknya..
Walau kawan bukan adik beradik sedarah,
Yang sehebat manapun pergaduhan pastikan berbaik juga..
Namun, demi menjaga harmoninya hidup..maafkanlah.
Saya belajar dari pengalaman..
Orang biasa bercakap tentang kematangan..
Matang kah anda sebagai kawan jika terguris sedikit terus post di Fb?
Dulu saya begitu..kini tidak lagi.
Saya maafkan sajalah kerana anda kawan saya.
Mungkin bukan yang terrapat, dan bukan yang terbaik tapi..
Cukup untuk mengharmonikan suasana.
Dunia ini ramai manusia. tidak akan ada yang sama dengan diri sendiri..
Belajar untuk terima dan maafkan..
Itu yang saya sedang lakukan..
Perasaan marah hanya akan memakan diri..
Jadi, buangkan rasa marah dan redha..
Ini bumi Allah, bukan bumi kita..

Nasihat.
Bila kita dibagi nasihat...atas kesilapan kita, kadangkala memang kita boleh terima.
Tapi akan jadi sukar untuk terima apabila orang yang menasihati itu tidak layak untuk memberi nasihat.
Apabila yang memberi nasihat itu lebih sudu dari kuah, maka akan timbul rasa sebal yang amat.
Dan...adakah wajar seseorang yang suka memberi nasihat itu marah dan tidak mahu menerima nasihat malah menyalahkan orang yang memberi nasihat? Sedangkan diri sendiri suka bebenor memberi nasihat pada orang lain.
Sekarang...dan selepas ini...buat anda yang sebegitu, saya takkan ingin untuk menadahkan masalah saya untuk dikongsi dan tidak perlu nasihat anda lagi. Terima kasih.

Friday, November 4, 2011
Akinabalu.
Drama ni ok sebenarnya sebab dia cerita tentang sejarah di Sabah. Tapi malangnya banyak benda yang boleh dipertikaikan dalam drama ni. Satu perkara ialah tentang penggunaan bahasanya. Logik ka orang Jepun yang terkenal sebagai bangsa yang mengagungkan bahasanya itu bertutur bahasa Inggeris dengan bangsanya sendiri? Sungguh tak logik. Kalaupun orang Jepun nak bercakap dengan orang Putih pada zaman itu, dia takkan cakap Inggeris sebab dorang mana tau ckp orang puteh. Lagi satu, orang tempatan dalam cerita itu adalah orang Dusun. Masa tu Malaysia belum ada lagi. Orang Dusun tau cakap dusun saja. Mana tau cakap Melayu. Tu pasal bahasa.
Lokasi drama ini bukannya di Sabah tapi di Semenanjung. Mana real! Tidak nampak pun gunung Kinabalu. Kalau nak buat satu drama atau filem yang berunsur sejarah misalnya biar realistik lah! Haiyya!! Nak buat satu drama/ filem yang berunsur sejarah, kena buat kajian yang mendalam dulu, jangan main redah jak. Jangan anggap bahasa yang digunakan tu tak penting.

Wednesday, November 2, 2011
Kisah berani, yakin atau cuma pandai cakap saja.
Gempar berita seorang budak di cina yang mati kena langgar kereta. Satu dunia tahu dan China dapat malu. Orang yang lalu lalang sekadar melihat tapi tak mahu tolong. Seluruh dunia mencemuh. Rupa- rupanya di China, siapa yang hantar orang yang kemalangan atau cedera ke hospital, dia yang kena tanggung segala kos. China sebuah negara Komunis. Rakyat diberi gaji oleh kerajaan. Tiada yang dapat lebih senang daripada orang lain. Sememangnya sifat mementingkan diri itu ada pada mereka dek kerana desakan hidup. Mungkin itu adalah sebab kenapa tiada yang mahu tolong. Jika anda adalah rakyat China, adakah anda akan tolong budak itu? Berani, yakin atau sekadar pandai cakap saja?
Jika anda berada di sebuah negara yang dilanda peperangan, ada seorang askar bersenjata yang tengah memijak perut seorang budak. Orang ramai tengok saja kerana tak berani buat apa- apa. Takut kena tembak. Adakah anda berani untuk menolong budak itu? Jika ini adalah ujian karangan, pasti sekali dengan panjang lebarnya anda akan menyatakan, 'saya dengan beraninya akan menolong budak itu walau dengan apa cara sekalipun'. Tapi kalau berada di situasi sebenar, berani?
Dalam suatu majlis, satu kipas tidak berfungsi. Bukan kerana rosak tapi suisnya tidak dipasang. Suisnya pula nun jauh di depan. Orang lain yang berada di situ tidak buat apa- apa, rela kepanasan. Apabila saja hamba Tuhan ni sampai, saya gelar dia A la..kawan dia si B suruh dia pasang kipas tu. Sedangkan nak memegang tali tuk pusing tu pun tak sampai apatah lagi nak buat kipas tu pusing. Si A rendah, tapi si B tinggi. Si B langsung tak mahu beredar dari tempat duduknya untuk pasang kipas tu. Suisnya yang nun di depan tu pula nampak tinggi. Si A nak pi, tapi dia takut bila dia sampai di sana dia akan terkapai- kapai saja. Dia minta si B yang pi, tapi si B tak mahu, dia cakap x jugak panas pun. Tapi awal2 dia yang suruh. Last2 si A call salah seorang organizer majlis tu tuk on tu suis. Saya rasa si B dan lain- lain yang ada di situ sentiasa berharap ada orang lain akan buat benda tu atau dorang malu untuk ke depan. Takut jadi perhatian. Berdasarkan cerita ini, saya teringat semula beberapa insident yang pernah saya lalui dulu2.
Memang ramai orang begini. Sangat ramai. Selama ni saya cuma pernah jumpa dua orang yang sangat yakin untuk melakukan apa saja perkara yang betul tanpa rasa malu. Hannan dan Aisyah. Bila bersama dengan orang yang tak berani dan tak yakin, saya tambah tak berani dan tak yakin. Jadi, bila bersama dengan orang begini, kita mesti ada keberanian dan keyakinan sendiri. Tahu apa yang kita mahu dan buat dengan yakin. Berada bersama orang sebegini, jangan pernah fikir yang kita selamat dan dilindungi. Orang begini takkan dapat melindungi orang lain. Kita sendiri kena fikir tentang keselamatan kita. Dengan orang begini, tak perlu minta pertolongan yang mungkin buat dia malu dan takut untuk buat. Dia memang takkan tolong.
Suatu masa dulu ketika di sekolah rendah, ada satu geng budak lelaki yang jahat. Dorang suka cabut skru- skru meja dan kerusi budak- budak perempuan. Cuma dengan saya saja dorang tak berani buat. Sebab apa? Sebab saya selalu mengamuk kat kelas kalau kena kacau. Habislah segala beg dorang kena buang oleh saya kalau berani kacau saya..hahaha...Tiada sapa pun antara mereka yang lapor ngan cikgu. Untuk membela nasib budak- budak perempuan yang teraniaya ini, saya pi laporlah perkara ni dengan cikgu..kena lecturelah budak2 tu..semua tahu siapa yang report. Saya la!Tapi apa respon kengkawan yang saya bela nasibnya tu? Dorang bukannya support tapi dok takut- takut saya pula...habislah kau..habislah kau..padahal untuk siapa saya buat tu? Untuk dorang jugak. Kalau beginilah sikap dorang, bek tak payah tolong. Ni sebenarnya berpunca daripada sifat penakut yang dorang ada. Kalau semua bersatu hati, bebudak jahat tu takkan berani. Tapi kalau cuma saya seorang saja, takkan dapat buat apa- apa..Ramai orang mentalitinya begini. Takut terguris sikit. Alaa...ramai lagi yang boleh buat..Baru mau ambil hadiah pun bersuruh- suruhan...apa la tu?
Berbalik pada isu budak mati di China tu, jangan salahkan seratus peratus rakyat China. Tapi Kerajaan China yang patut ambil tindakan buat perubahan. Orang yang menolong patutnya dibagi anugerah bukannya dibebankan dengan kos bayaran hospital. Rasanya kalaupun tiada anugerah, tapi tidak dibebankan dengan kos bayaran hospital...kes macam tu takkan jadi.
Berani, yakin atau cuma pandai cakap saja? Berani menentang arus? Yakin ke depan? Atau cuma pandai cakap saja? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Apa- apapun, jadilah diri kita sendiri..tahu apa yang kita mahu, buat apa yang mahu dan tahu dengan yakin.

Tuesday, November 1, 2011
She
When she got nothing to say as before, it is mean she really upset.
When she change the word she used, it is mean everything is changed.
When she seldom state the word which she ever stated often, it is mean the sticker is pulled off.

Subscribe to:
Posts (Atom)