Wednesday, November 2, 2011

Kisah berani, yakin atau cuma pandai cakap saja.

Gempar berita seorang budak di cina yang mati kena langgar kereta. Satu dunia tahu dan China dapat malu. Orang yang lalu lalang sekadar melihat tapi tak mahu tolong. Seluruh dunia mencemuh. Rupa- rupanya di China, siapa yang hantar orang yang kemalangan atau cedera ke hospital, dia yang kena tanggung segala kos. China sebuah negara Komunis. Rakyat diberi gaji oleh kerajaan. Tiada yang dapat lebih senang daripada orang lain. Sememangnya sifat mementingkan diri itu ada pada mereka dek kerana desakan hidup. Mungkin itu adalah sebab kenapa tiada yang mahu tolong. Jika anda adalah rakyat China, adakah anda akan tolong budak itu? Berani, yakin atau sekadar pandai cakap saja?

Jika anda berada di sebuah negara yang dilanda peperangan, ada seorang askar bersenjata yang tengah memijak perut seorang budak. Orang ramai tengok saja kerana tak berani buat apa- apa. Takut kena tembak. Adakah anda berani untuk menolong budak itu? Jika ini adalah ujian karangan, pasti sekali dengan panjang lebarnya anda akan menyatakan, 'saya dengan beraninya akan menolong budak itu walau dengan apa cara sekalipun'. Tapi kalau berada di situasi sebenar, berani?

Dalam suatu majlis, satu kipas tidak berfungsi. Bukan kerana rosak tapi suisnya tidak dipasang. Suisnya pula nun jauh di depan. Orang lain yang berada di situ tidak buat apa- apa, rela kepanasan. Apabila saja hamba Tuhan ni sampai, saya gelar dia A la..kawan dia si B suruh dia pasang kipas tu. Sedangkan nak memegang tali tuk pusing tu pun tak sampai apatah lagi nak buat kipas tu pusing. Si A rendah, tapi si B tinggi. Si B langsung tak mahu beredar dari tempat duduknya untuk pasang kipas tu. Suisnya yang nun di depan tu pula nampak tinggi. Si A nak pi, tapi dia takut bila dia sampai di sana dia akan terkapai- kapai saja. Dia minta si B yang pi, tapi si B tak mahu, dia cakap x jugak panas pun. Tapi awal2 dia yang suruh. Last2 si A call salah seorang organizer majlis tu tuk on tu suis. Saya rasa si B dan lain- lain yang ada di situ sentiasa berharap ada orang lain akan buat benda tu atau dorang malu untuk ke depan. Takut jadi perhatian. Berdasarkan cerita ini, saya teringat semula beberapa insident yang pernah saya lalui dulu2.

Memang ramai orang begini. Sangat ramai. Selama ni saya cuma pernah jumpa dua orang yang sangat yakin untuk melakukan apa saja perkara yang betul tanpa rasa malu. Hannan dan Aisyah. Bila bersama dengan orang yang tak berani dan tak yakin, saya tambah tak berani dan tak yakin. Jadi, bila bersama dengan orang begini, kita mesti ada keberanian dan keyakinan sendiri. Tahu apa yang kita mahu dan buat dengan yakin. Berada bersama orang sebegini, jangan pernah fikir yang kita selamat dan dilindungi. Orang begini takkan dapat melindungi orang lain. Kita sendiri kena fikir tentang keselamatan kita. Dengan orang begini, tak perlu minta pertolongan yang mungkin buat dia malu dan takut untuk buat. Dia memang takkan tolong.


Suatu masa dulu ketika di sekolah rendah, ada satu geng budak lelaki yang jahat. Dorang suka cabut skru- skru meja dan kerusi budak- budak perempuan. Cuma dengan saya saja dorang tak berani buat. Sebab apa? Sebab saya selalu mengamuk kat kelas kalau kena kacau. Habislah segala beg dorang kena buang oleh saya kalau berani kacau saya..hahaha...Tiada sapa pun antara mereka yang lapor ngan cikgu. Untuk membela nasib budak- budak perempuan yang teraniaya ini, saya pi laporlah perkara ni dengan cikgu..kena lecturelah budak2 tu..semua tahu siapa yang report. Saya la!Tapi apa respon kengkawan yang saya bela nasibnya tu? Dorang bukannya support tapi dok takut- takut saya pula...habislah kau..habislah kau..padahal untuk siapa saya buat tu? Untuk dorang jugak. Kalau beginilah sikap dorang, bek tak payah tolong. Ni sebenarnya berpunca daripada sifat penakut yang dorang ada. Kalau semua bersatu hati, bebudak jahat tu takkan berani. Tapi kalau cuma saya seorang saja, takkan dapat buat apa- apa..Ramai orang mentalitinya begini. Takut terguris sikit. Alaa...ramai lagi yang boleh buat..Baru mau ambil hadiah pun bersuruh- suruhan...apa la tu?

Berbalik pada isu budak mati di China tu, jangan salahkan seratus peratus rakyat China. Tapi Kerajaan China yang patut ambil tindakan buat perubahan. Orang yang menolong patutnya dibagi anugerah bukannya dibebankan dengan kos bayaran hospital. Rasanya kalaupun tiada anugerah, tapi tidak dibebankan dengan kos bayaran hospital...kes macam tu takkan jadi. 


Berani, yakin atau cuma pandai cakap saja? Berani menentang arus? Yakin ke depan? Atau cuma pandai cakap saja? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Apa- apapun, jadilah diri kita sendiri..tahu apa yang kita mahu, buat apa yang mahu dan tahu dengan yakin.

No comments:

Post a Comment