Monday, February 28, 2011

ROKOK


Faktor- faktor pelajar merokok:
  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Setelah mencuba, ketagih.
  • Merasa bergaya dengan merokok/macho dengan merokok.
  • Rokok mudah didapati di kedai.
Fakta tentang merokok di Malaysia:
  • 8% daripada 4.6 juta perokok di Malaysia ialah pelajar.
  • 50-60 orang remaja mula merokok tiap hari.
  • Hampir separuh lelaki Malaysia merokok.
  • Bilangan pelajar perempuan merokok makin bertambah.
Tabiat merokok di seluruh dunia:
  • 1/3 daripada lelaki dewasa merokok.
  • Setiap saat, seorang mati akibat tembakau.
  • Merokok makin bertambah di negara- negara membangun tetapi makin berkurang di negara- negara  maju.

British English and American English



There are some difference between British English and American English. These are some of them that I know. 

British English
American English
Autumn season
Biscuit
Bonnet
Lavatory
Gents
Lift
Lorry
Traffic Light
Petrol
Pillar box/ post box
Fall season
Cookie/cracker
Hood
Washroom/restroom
Men’s room
Elevator
Truck
Stoplight
Gasoline
Mail box

LOVE

Love is both an action and a feeling. The action of love generates a blissful feeling called by the same name. When the action stops, the blissful feeling is replaced with pain. There is a similar feeling called lust which may be confused with love. You need to decipher between the two in order to have a healthy heart. Every person is capable of great love (and its opposite, fear, which generates all painful emotions such as hate, greed and jealousy).
While there are many different ways to define love and there are many different ways to love someone (or even yourself), here is a general guide to loving.

  1. Say it. When you say the word 'I LOVE U, they should carry with them the desire to show someone that you love them,  not what you simply want to feel. When you say it, make sure you really mean it and are willing to do anything for that special person.
  2. Empathize. Put yourself in someone else's shoes. Rather than impose your own expectations or attempt to control them, to understand how they feel, where they come from, and who they are. Realize how they could also love you back just as well.
  3. Love unconditionally. If you cannot love another person without attaching stipulations, then it is not love at all, but deep-seated opportunism (one who makes the most of an advantage, often unmindful of others). If your interest is not in the other person as such, but rather in how that person can enhance your experience of life, then it is not unconditional. If you have no intention of improving that person’s life, or allowing that person to be themselves and accepting them as they are, and not who you want them to be, then you are not striving to love them unconditionally.
  4. Expect nothing in return. That doesn't mean you should allow someone to mistreat or undervalue you. It means that giving love does not guarantee receiving love. Try loving just for the sake of love. Realize that someone may have a different way of showing his or her love for you; do not expect to be loved back in exactly the same way.
  5. Realize it can be lost. If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love. Don't make an idol of the person you love. This will place them under undue pressure and will likely result in you losing them.
  6. Never stop loving. Even if you have been hurt before you should not stop giving love.

Tuesday, February 22, 2011

Lima cara membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.

1.    Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum.

Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu. Bagaimana pula?
Bayangkan apabila murid- murid Cina asyik bercakap bahasa Cina antara mereka. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina akan menyangka bahawa murid- murid Cina itu bercakap tentang mereka. Oleh itu, jika murid pelbagai bangsa dicampurkan, maka hubungan mereka akan bertambah erat. Murid Cina tidak hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga dengan murid berbangsa lain. Jadi, salah faham akan dapat dielakkan.
Selain itu, murid- murid bukan Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu jika mereka kerap bertutur dalam bahasa Melayu. Biasanya, kanak- kanak bukan Melayu seperti Cina dan India tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah mereka bersekolah. Hal ini bukan sekadar anggapan tetapi ianya adalah satu realiti. Ibu bapa mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, maka anak- akan mereka pun tidak akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu sehinggalah mereka belajar bahasa ini di alam persekolahan. Jika di sekolah pun mereka diasingkan mengikut bangsa, maka penguasaan bahasa Melayu mereka pasti akan lemah. Lain halnya jika mereka digabungkan bersama murid- murid yang berbeza bangsa, ini akan menyebabkan mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dengan mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat diterapkan dalam kalangan murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya Satu Malaysia.
Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid- murid ini berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati budaya rakan- rakan lain.

2.    Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid.
Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki.
            Dalam pada itu, guru juga hendaklah memastikan ruang murid- murid belajar adalah dalam keadaan bersih, selesa, dan ceria. Dalam hal ini, guru sememangnya memainkan peranan utama tetapi haruslah juga dibantu oleh murid- murid. Guru berperanan menyediakan jadual bertugas untuk membersihkan bilik darjah setiap hari. Selain itu, guru juga perlu untuk memastikan pencahayaan di dalam sesebuah kelas itu mencukupi manakala pengudaraannya adalah baik. Susun atur bilik darjah seperti susun atur kerusi, meja dan peralatan juga hendaklah kemas dan memudahkan pergerakan murid dan guru. Semua inilah yang dapat memberikan keselesaan kepada murid ketika sesi P&P. Dari segi keceriaan pula, guru perlu mereka bentuk hiasan yang bukan sahaja menarik tetapi juga boleh bersesuaian dengan keadaan bilik darjah. Kadangkala bilik darjah yang dihias keterlaluan boleh menggangu tumpuan murid terhadap P&P serta memburukkan lagi suasana. Oleh itu hiasan bilik darjah hendaklah berpada- pada.
Selain itu, guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan. Daya tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang. Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik.
Sebagai salah satu bonus buat guru, kemudahan yang sedia ada di sekolah boleh digunakan dalam membentuk persekitaran P&P yang mesra budaya. Misalnya kemudahan komputer dan internet di sekolah boleh memupuk budaya celik IT dalam kalangan murid.

3.    Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.
 Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.
            Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi P&P dan tidak takut mencuba.
 Contoh lain pula ialah dengan budaya satu dapat, semua dapat. Jika seorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara ini, disiplin murid akan dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain. Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan pelajar. Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5 biji gula- gula, murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada yang diberi hadiah, murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara ini akan dapat mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab dan ia akan membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam kalangan mereka kerana kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama. Akan ada rasa perkongsian di situ dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan dapat melahirkan murid- murid berbilang kaum yang bersatu ibarat kata pepatah ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa jua’. 
Budaya bukan sekadar rutin hidup atau amalan harian, tetapi ia juga menjadi identiti kepada susuatu kelompok yang mengamalkannya. Contohnya, jika murid- murid di kelas A mempunyai ruang bacaan sendiri dan sering dilihat membaca, maka budaya membaca itu adalah identiti mereka. Jika murid- murid kelas B pula mengamalkan budaya bersalam dengan guru setiap kali hendak pulang ke rumah, maka budaya menghormati guru itu akan menjadi identiti bagi murid- murid kelas B.

4.    Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.
Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan ‘basou’ dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.
Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina.
Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan  budaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka.
Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia sering dilakukan.

5.    Menggunakan kaedah belajar sambil bermain.
Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.
Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.
Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.  



Rujukan:
Boon, P. Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia. (2007). Curriculum Specifications Science Year 6. Putrajaya: Copyright © 2007 Curriculum Development Centre Ministry Of Education Malaysia.
_________. (2009). Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dilayari Daripada Http://Nyongatthesky.Blogspot.Com/2009/05/Konsep-Bilik-Darjah-Yang-Mesra-Budaya_29.Html pada 29 Januari 2011.
Nur Diyana Bt Makhzani, Nur Hidayah Bt Afandi, Nurul Hafifah Bt. Abdul Razak. (__________). Bilik Darjah Mesra Budaya. Dilayari daripada ://Www.Scribd.Com/Doc/46531299/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya pada 29 Januari 2011.
Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (________). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1-3. Putrajaya: Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

JIMAT

Hari ni pi kedai basikal tukar brek basikal yang hangkang, keluar RM28. Masih tak rasa apa- apa. Tapi bila ternampak ada satu basikal ada loceng, baru pulak teringat satu benda yg aku nak tmbh kat basikal aku tu iaitu loceng. Mulalah pulak rasa menyesal kenapa tak minta loceng time beli awal2 dulu? Knpa pulak tak beli terus tadi, mungkin boleh murah sikit. Jawapannya sebab aku lupa. Masalah lupa ni bukan sesuatu yang disengajakan. Jadi, aku rasa aku boleh maafkan diri sendiri. Lagipun, x baik menyesal dan asyik cakap 'kalaulah...'.Justeru kerana aku perlu lagi membeli loceng, maka kerisauan terhadap jumlah duit di akaun mula menghantui. Maka dengan itu aku perlu berJIMAT.

Dari segi kos makanan setiap hari, itulah kos paling tinggi yang aku spend sebenarnya. Tu belum masuk kalau aku tension dan mau makan KFC. Em...mesti kena jimat ni. Paling banyak pun dalam satu hari RM6 la..RM3 siang, RM3 tuk malam.

Satu lagi kos yang boleh diminimakan ialah kos kredit telefon. Kurangkan call, sms jak.

Untuk menjimatkan kos lagi, gunakanlah semua barang dengan cermat agar tak perlu diganti dalam tempoh yang singkat. Contohnya telefon. Setakat ni telefon aku masih boleh guna, so teruskan perkhidmatannya.

Aku terpaksa mencari motivasi daripada beberapa orang tadi untuk mengurangkan kesusahan hati ini. Ada yang cakap, ada di antara kami ni elaunnya kepala 1 dah. Ada yang kepala 2 dah..tapi tu aku tak peduli, mungkin parents dorang bnyk duit nak supply duit ngan dorang. Tapi kalau aku ni, mana da supply2 lagi...Seboleh- bolehnya aku tak nak minta duit ngan sapa2 pun..

Aku rasa aku kena perlu lebih berhemah dalam soal kewangan ni. Apa2 pun, loceng tu bukan tuk satu hari jee..tapi untuk tempoh masa yang panjang..Nak tahu kenapa aku perlu beli lonceng? Sebab supaya orang yg jalan kaki di depan boleh tahu kewujudan aku di belakang dan beri laluan tuk aku nak jalan..

Sunday, February 20, 2011

Di manakah Ar- Raudhah?

Mengenang Rasulullah S.A.W, mengenang perjuangannya, mengenang tamadun Islam dan kehebatan Islam suatu masa dahulu buat hati saya rasa saya perlu berubah menjadi seorang Muslim yang hebat atas nama Islam.  Saya rasa Islam perlu dilihat hebat daripada pencapaian orang Islam yang nampak Islamnya. Bagaimana orang Islam yang nampak Islamnya itu? Biasanya apabila seseorang berjaya, adakah dia bangga dengan kejayaannya itu atas nama Islam atau atas nama dirinya sendiri? Di sini saya cuba untuk muhasabah diri. Mungkin semua apa yang saya inginkan selama ini tidak ditunaikan Allah kerana jika saya mendapatnya saya akan bangga dengan kemampuan saya sendiri sahaja. Hari ini saya terfikir, kenapa Allah tidak menampakkan jumlah pahala dan dosa yang kita terima sebagai motivasi kepada kita agar kita menambahkan pahala. Saya kemudiannya mendapat jawapannya. Insan yang masuk syurga itu bukannya kerana banyak pahalanya tetapi kerana redha Allah. Saya masih ingat kata- kata seorang insan yang bolehlah dikatakan seperti orang alim. Dia pernah kata ' baik tak payah sembahyang kalau tak berjemaah'. Saya rasa kenyataan ini sangat2 tidak boleh diterima. Apapun, mungkin dia tersilap kata.

Saya masih ingat suatu masa dahulu di KML, ajk- ajk suraunya memang nampak sangat bersatu dan nampak Islamnya dan juga hebat dalam bidang akademik. Ada yang dapat sambung medic, farmasi dan sebagainya. Walaupun saya tak sehebat mereka, namun saya tumpang bangga kerana mereka adalah orang Islam yang nampak Islamnya dan hebat.

 Kini saya rasa Islam itu seperti menjadi sesuatu yang asing. Kurangnya perpaduan dan kasih sayang sesama insan seagama. Saya mengimpikan sesuatu yang dinamakan Ar- Raudhah. Suatu tempat atau suasana yang menghimpunkan tenaga Islam dalam suasana Islam yang penuh kasih sayang. Ada masalah yang saya nampak dalam Islam masa kini.
- Wujudnya prejudis di antara orang Islam yang nampak alim (bertudung labuh dan sebagainya) dan orang Islam yang tidak begitu nampak alim. Masing- masing ada simpan prejudis menyebabkan sukarnya perpaduan tercapai.
- Orang- orang Islam yang nampak alim ini tidak menampakkan mereka itu baik dari segi perilakunya dan menyebabkan nama Islam tercemar.
- Wujudnya sifat mengumpat yang sangat merata- rata menyebabkan orang Islam masa kini kurang yakin untuk bangkit maju kerana takut diumpat.

Saya rasa banyak yang tak betul yang harus diperbetulkan. Ada yang nampak alim dan kuat meniupkan obor agama Islam tapi perilakunya kurang baik. Contohnya kuat mengumpat.
Ada yang nampak komited dalam program keagamaan tapi punya prejudis yang tinggi dengan saudara seagama yang tidak sepertinya.
Ada pula orang Islam yang tak suka dengan program- program Islam. Mungkin kerana tak up to date dalam fikirannya.
Ada juga yang punya sifat kepimpinan dalam program Islam tetapi kuat menyerlahkan kesalahan orang lain dan kehebatan diri menyebabkan orang lain tak punya rasa diterima.


Apapun, pokoknya tiada putih dan jernih di sini. Tiada kasih sayang dan ukhuwah yang jitu.
Ada yang menghalang untuk kita bersatu. Oleh sebab itulah Ar- Raudhah itu tidak wujud. Jika kita punya sifat berlapang dada mungkin Ar- Raudhah itu boleh dicapai. Jika si A tak tahu ini, maka tunjukkanlah ia, jangan pula diketawakan atau disindir. Jika si B tak tutup aurat, jangan pulak dijeling dengan tajam. Tambah sakit hati ada la..Jika si C buat sesuatu yang lain daripada lain, jangan pulak diumpat atau disindir. Jikalau semua umat Islam seperti ini, maka Islam itu pasti akan hebat lagi.

Saturday, February 19, 2011

From my experience..

Why I should do other people's task? Just to make sure all things are going well and according to the plan? Just to ensure all works are done? What do I get if I do it all? Haha...no one will appreciate it for sure. That is from my experience. People will think that I have no confident on other people's works. That's all. So, just relax. As long as I know my task and as long as I have the point to answer people if I will be blamed, nothing is wrong with my action. This is not just for myself but for all. So, if people didn't give cooperation all will get the same.
Don't do the same mistakes again. Just relax as others relax. :)

He (2)

I saw him yesterday. But unfortunately I cannot see him too much. Perhaps someone will detect my action if I do it. I have decided to keep this without his sense due to my position that is so not eligible for him.

I ever asked a friend that is so in love with her boyfriend. Do you ever think that you are no eligible for him? She said, she never think of it. She confident with herself and her boyfriend keep making her confident. But I think I cannot be like that. So, just remain like this until it disappear some day later.

I keep on visiting his blog which is the only thing I can do besides visiting his profile at FB. But I found that FB is boring. I offline my chat because I have no intent on chatting with anyone and I often disappointing people who want to chat with me. So, better don't switch it on. There is no attractive profile page that I want to visit since his profile is not active with status.

Well, by remembering him I can forget someone else who hurt me badly. Hahaha...

Wednesday, February 16, 2011

Rasa yang ada..

Bila ada, buang...koyakkan dan jangan simpan.
Rasa nak nangis tadi tapi saya tahan.
Dan saya tahu saya tak perlu menangis.
Saya akan jauh...jauh...dan jauh..
Jangan risau, saya takkan dekat lagi.

Sunday, February 13, 2011

He (1)

He is a good smiler. Does the word 'smiler' exist? haha...no la..I create the word for him. The 'smiler'...I think I never talk to him but he ever said something to me. Not so important words..haha..what so ever..I am a silent dreamer of him. The ugly one. It is a thinking day!

Saturday, February 12, 2011

Dia

Saya jengah blognya lagi. Ada new entry..haha...lagi..tadi tak nampak dia coz dia tak datang. Apa boleh buat..huhu

Sibuk

Sibuk sungguh minggu ini. Tapi sempat juga singgah di sini. Malas sangat mau layan fikir tentang kerja2 yang tak sudah2. Kali ini saya nak cakap pasal sibuk.

Bila saya cakap ramai orang sibuk minggu ini, sememangnya ramai yang sibuk. Tapi saya mengkategorikan orang- orang sibuk dan tak sibuk ini kepada beberapa kategori mengikut pandangan saya.
1. Orang sibuk, buat- buat sibuk dan sememangnya dia sibuk depan orang atau belakang orang. (ni orang ada tanggungjawab dan memang komited)
2. Orang sibuk, buat- buat sibuk tapi di belakang orang dia tak sibuk pun. (ni orang hipokrit)
3. Orang sibuk, buat- buat tak sibuk tapi di belakang orang dia sebenarnya sibuk (ni orang cool)
3. Orang tak sibuk, buat- buat sibuk dan dia memang sibuk depan atau belakang orang. (ni orang yang gila kuasa atau dia nak dapat pahala lebih atau ntah apa tujuan sebenarnya)
4. Orang tak sibuk, buat- buat sibuk tapi belakang orang dia sebenarnya tak sibuk. (ni orang minta puji namanya)
5. Orang tak sibuk, buat- buat tak sibuk dan memang tak sibuk pun. (ni namanya orang yang tak ada kerja kena bagi tapi memang wajarlah dia tak sibuk).

Tapi ada juga orang yang penyibuk. Suka menyelongkar privacy orang lain. Contoh tindakan: membaca sms orang lain tanpa kebenaran (aku pernah buat ni dulu tapi sekarang dah taubat dah), membaca diary orang lain (ni memang tak boleh diterima), suka menengok almari orang tanpa kebenaran (kalau dia kawan rapat tak pa jugak). Kalau teman rapat, istilah menyibuk tu boleh ditiadakan. Tapi kalau teman tak rapat, biarlah berpada- pada. Setiap kita punya privacy dan tiada siapa yang mahu privacynya dicerobohi. 

Well, apa2 pun harap2 sesibuk mana pun saya dan semua orang, kita takkan lupa Tuhan. Sibuk tu di dunia saja yang lebih penting di akhirat sana. Jangan kerana sibuk kita tinggal solat. Jangan pergi pasar sampai tinggalkan solat Asar. Jangan pergi main bola sampai tinggal solat Asar. Saya hanya mampu membenci sikap itu tapi tak mampu untuk menegur. Harap Allah berikan hidayah kepada mereka yang berkenaan. Amin..

Friday, February 11, 2011

Sekarang saya nak cakap apa?

Kononnya mau buat assignment, then tdo jam 11. Tapi terparking plak di sini. Ok la, sy nak buat trivia sikit iaitu asal usul permainan bowling. Ia sebenarnya berasal daripada permainan baling kelapa iaitu sejenis permainan tradisional Melayu yang terkenal di suatu tempat yang bernama Tampin.Tampin ini terletak di Negeri Sembilan. Dikisahkan lagi, permainan ini juga dikenali sebagai ' Tam Pin' dan menjadi sebab tempat itu dinamakan Tampin. Perkatan Tam Pin untuk permainan ini diambil daripada loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 10 pin. Pihak British membawa permainan ini ke Eropah lalu dinamakan Tenpin Bowling. Kelapa yang digunakan ditukar kepada bola bowling yang kita ketahui sekarang.

Monday, February 7, 2011

Mungkin.

Suatu masa kau sedar bahawa kau telah hilang aku...
Dan ianya makin lenyap, mungkin boleh dikatakan hilang..
Dan bila aku hilang, kau takkan bisa mencari lagi..
Kerana aku telah ada pengganti...haha...LOL..

Sunday, February 6, 2011

FB?

- Saya ingin cabar diri untuk tidak menaip sebarang status di FB sehinggalah tahun depan.
- Saya ingin cabar diri untuk tidak menaip sebarang komen atas status orang lain kecuali apa yang ditulis di wall saya.
- Saya ingin mencabar diri untuk tidak menaip sebarang komen atas gambar- gambar orang lain ataupun gambar- gambar saya kecuali perlu (jika ada pertanyaan yang perlu dijawab).
- Saya ingin cabar diri untuk tidak menaip sebarang kata- kata di wall orang kecuali untuk perkara penting dan perlu. 
- Tapi saya akan tetap menyemak FB untuk: -melike status yang saya suka menandakan saya masih berlegar di ruangan FB, mendapatkan info semasa, mendapatkan soalan spot ketika study week.

Kalaulah saya dapat buat semua ini, hehe...saya akan beri satu hadiah buat diri saya. 

Jika perlu, saya akan buka profile baru yang lebih private dan berkualiti.