Saturday, February 12, 2011

Sibuk

Sibuk sungguh minggu ini. Tapi sempat juga singgah di sini. Malas sangat mau layan fikir tentang kerja2 yang tak sudah2. Kali ini saya nak cakap pasal sibuk.

Bila saya cakap ramai orang sibuk minggu ini, sememangnya ramai yang sibuk. Tapi saya mengkategorikan orang- orang sibuk dan tak sibuk ini kepada beberapa kategori mengikut pandangan saya.
1. Orang sibuk, buat- buat sibuk dan sememangnya dia sibuk depan orang atau belakang orang. (ni orang ada tanggungjawab dan memang komited)
2. Orang sibuk, buat- buat sibuk tapi di belakang orang dia tak sibuk pun. (ni orang hipokrit)
3. Orang sibuk, buat- buat tak sibuk tapi di belakang orang dia sebenarnya sibuk (ni orang cool)
3. Orang tak sibuk, buat- buat sibuk dan dia memang sibuk depan atau belakang orang. (ni orang yang gila kuasa atau dia nak dapat pahala lebih atau ntah apa tujuan sebenarnya)
4. Orang tak sibuk, buat- buat sibuk tapi belakang orang dia sebenarnya tak sibuk. (ni orang minta puji namanya)
5. Orang tak sibuk, buat- buat tak sibuk dan memang tak sibuk pun. (ni namanya orang yang tak ada kerja kena bagi tapi memang wajarlah dia tak sibuk).

Tapi ada juga orang yang penyibuk. Suka menyelongkar privacy orang lain. Contoh tindakan: membaca sms orang lain tanpa kebenaran (aku pernah buat ni dulu tapi sekarang dah taubat dah), membaca diary orang lain (ni memang tak boleh diterima), suka menengok almari orang tanpa kebenaran (kalau dia kawan rapat tak pa jugak). Kalau teman rapat, istilah menyibuk tu boleh ditiadakan. Tapi kalau teman tak rapat, biarlah berpada- pada. Setiap kita punya privacy dan tiada siapa yang mahu privacynya dicerobohi. 

Well, apa2 pun harap2 sesibuk mana pun saya dan semua orang, kita takkan lupa Tuhan. Sibuk tu di dunia saja yang lebih penting di akhirat sana. Jangan kerana sibuk kita tinggal solat. Jangan pergi pasar sampai tinggalkan solat Asar. Jangan pergi main bola sampai tinggal solat Asar. Saya hanya mampu membenci sikap itu tapi tak mampu untuk menegur. Harap Allah berikan hidayah kepada mereka yang berkenaan. Amin..

No comments:

Post a Comment