Tuesday, February 22, 2011

JIMAT

Hari ni pi kedai basikal tukar brek basikal yang hangkang, keluar RM28. Masih tak rasa apa- apa. Tapi bila ternampak ada satu basikal ada loceng, baru pulak teringat satu benda yg aku nak tmbh kat basikal aku tu iaitu loceng. Mulalah pulak rasa menyesal kenapa tak minta loceng time beli awal2 dulu? Knpa pulak tak beli terus tadi, mungkin boleh murah sikit. Jawapannya sebab aku lupa. Masalah lupa ni bukan sesuatu yang disengajakan. Jadi, aku rasa aku boleh maafkan diri sendiri. Lagipun, x baik menyesal dan asyik cakap 'kalaulah...'.Justeru kerana aku perlu lagi membeli loceng, maka kerisauan terhadap jumlah duit di akaun mula menghantui. Maka dengan itu aku perlu berJIMAT.

Dari segi kos makanan setiap hari, itulah kos paling tinggi yang aku spend sebenarnya. Tu belum masuk kalau aku tension dan mau makan KFC. Em...mesti kena jimat ni. Paling banyak pun dalam satu hari RM6 la..RM3 siang, RM3 tuk malam.

Satu lagi kos yang boleh diminimakan ialah kos kredit telefon. Kurangkan call, sms jak.

Untuk menjimatkan kos lagi, gunakanlah semua barang dengan cermat agar tak perlu diganti dalam tempoh yang singkat. Contohnya telefon. Setakat ni telefon aku masih boleh guna, so teruskan perkhidmatannya.

Aku terpaksa mencari motivasi daripada beberapa orang tadi untuk mengurangkan kesusahan hati ini. Ada yang cakap, ada di antara kami ni elaunnya kepala 1 dah. Ada yang kepala 2 dah..tapi tu aku tak peduli, mungkin parents dorang bnyk duit nak supply duit ngan dorang. Tapi kalau aku ni, mana da supply2 lagi...Seboleh- bolehnya aku tak nak minta duit ngan sapa2 pun..

Aku rasa aku kena perlu lebih berhemah dalam soal kewangan ni. Apa2 pun, loceng tu bukan tuk satu hari jee..tapi untuk tempoh masa yang panjang..Nak tahu kenapa aku perlu beli lonceng? Sebab supaya orang yg jalan kaki di depan boleh tahu kewujudan aku di belakang dan beri laluan tuk aku nak jalan..

No comments:

Post a Comment