Mengenang Rasulullah S.A.W, mengenang perjuangannya, mengenang tamadun Islam dan kehebatan Islam suatu masa dahulu buat hati saya rasa saya perlu berubah menjadi seorang Muslim yang hebat atas nama Islam. Saya rasa Islam perlu dilihat hebat daripada pencapaian orang Islam yang nampak Islamnya. Bagaimana orang Islam yang nampak Islamnya itu? Biasanya apabila seseorang berjaya, adakah dia bangga dengan kejayaannya itu atas nama Islam atau atas nama dirinya sendiri? Di sini saya cuba untuk muhasabah diri. Mungkin semua apa yang saya inginkan selama ini tidak ditunaikan Allah kerana jika saya mendapatnya saya akan bangga dengan kemampuan saya sendiri sahaja. Hari ini saya terfikir, kenapa Allah tidak menampakkan jumlah pahala dan dosa yang kita terima sebagai motivasi kepada kita agar kita menambahkan pahala. Saya kemudiannya mendapat jawapannya. Insan yang masuk syurga itu bukannya kerana banyak pahalanya tetapi kerana redha Allah. Saya masih ingat kata- kata seorang insan yang bolehlah dikatakan seperti orang alim. Dia pernah kata ' baik tak payah sembahyang kalau tak berjemaah'. Saya rasa kenyataan ini sangat2 tidak boleh diterima. Apapun, mungkin dia tersilap kata.
Saya masih ingat suatu masa dahulu di KML, ajk- ajk suraunya memang nampak sangat bersatu dan nampak Islamnya dan juga hebat dalam bidang akademik. Ada yang dapat sambung medic, farmasi dan sebagainya. Walaupun saya tak sehebat mereka, namun saya tumpang bangga kerana mereka adalah orang Islam yang nampak Islamnya dan hebat.
Kini saya rasa Islam itu seperti menjadi sesuatu yang asing. Kurangnya perpaduan dan kasih sayang sesama insan seagama. Saya mengimpikan sesuatu yang dinamakan Ar- Raudhah. Suatu tempat atau suasana yang menghimpunkan tenaga Islam dalam suasana Islam yang penuh kasih sayang. Ada masalah yang saya nampak dalam Islam masa kini.
- Wujudnya prejudis di antara orang Islam yang nampak alim (bertudung labuh dan sebagainya) dan orang Islam yang tidak begitu nampak alim. Masing- masing ada simpan prejudis menyebabkan sukarnya perpaduan tercapai.
- Orang- orang Islam yang nampak alim ini tidak menampakkan mereka itu baik dari segi perilakunya dan menyebabkan nama Islam tercemar.
- Wujudnya sifat mengumpat yang sangat merata- rata menyebabkan orang Islam masa kini kurang yakin untuk bangkit maju kerana takut diumpat.
Saya rasa banyak yang tak betul yang harus diperbetulkan. Ada yang nampak alim dan kuat meniupkan obor agama Islam tapi perilakunya kurang baik. Contohnya kuat mengumpat.
Ada yang nampak komited dalam program keagamaan tapi punya prejudis yang tinggi dengan saudara seagama yang tidak sepertinya.
Ada pula orang Islam yang tak suka dengan program- program Islam. Mungkin kerana tak up to date dalam fikirannya.
Ada juga yang punya sifat kepimpinan dalam program Islam tetapi kuat menyerlahkan kesalahan orang lain dan kehebatan diri menyebabkan orang lain tak punya rasa diterima.
Apapun, pokoknya tiada putih dan jernih di sini. Tiada kasih sayang dan ukhuwah yang jitu.
Ada yang menghalang untuk kita bersatu. Oleh sebab itulah Ar- Raudhah itu tidak wujud. Jika kita punya sifat berlapang dada mungkin Ar- Raudhah itu boleh dicapai. Jika si A tak tahu ini, maka tunjukkanlah ia, jangan pula diketawakan atau disindir. Jika si B tak tutup aurat, jangan pulak dijeling dengan tajam. Tambah sakit hati ada la..Jika si C buat sesuatu yang lain daripada lain, jangan pulak diumpat atau disindir. Jikalau semua umat Islam seperti ini, maka Islam itu pasti akan hebat lagi.
No comments:
Post a Comment