Friday, September 30, 2011

Ada sebuah kisah..

Ini sebuah kisah. Tajuknya 'All About Eve'. Ia adalah drama bersiri Korea. Dah lama drama ni tapi ceritanya best. Ada dua orang gadis, gadis A dan gadis B. Gadis A asalnya dari 'broken family'. Hidupnya tak seindah gadis B yang dilimpahi kasih sayang oleh bapanya walaupun ibunya sudah tiada.

Nak dijadikan cerita, gadis A dan B pun membesar. Gadis B mempunyai seorang sepupu. Saya bagi nama dia lelaki A. Gadis B ada hati ngan sepupunya ni, lelaki A. Ibu lelaki A juga berkenan gadis B menjadi menantunya. Akan tetapi lelaki A cintakan orang lain pula iaitu gadis A. Lalu gadis B terpaksa pasrah. Gadis B kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki Korea. Saya gelar dia lelaki B. Mereka berkawan baik. Gadis B hanya menganggap lelaki B hanya sebagai kawan, akan tetapi rupanya dalam diam lelaki B jatuh cinta dengan gadis B. Dalam pada masa yang sama, lelaki B juga tahu bahawa gadis B masih menyimpan perasaan terhadap lelaki A.

Beberapa tahun kemudian, gadis B dan lelaki B pun tamat study dan balik ke Korea. Di Korea, gadis A dan B bersaing pula dalam bidang pengacaraan TV. Gadis A menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menjatuhkan gadis B. Pada masa yang sama, gadis B masih berhubung dengan lelaki B. Dia fikir lelaki B masih menganggur. Rupanya lelaki B adalah boss mereka di stesen TV tmpt mereka bekerja. Mulanya gadis B rasa dirinya tertipu dan lelaki B pula berterus terang tentang perasaannya terhadap gadis B. Gadis B tidak memberikan kata putus. Lelaki B menyangka dia masih mencintai sepupunya itu. Pelbagai kejadian berlaku dan setiap kali Gadis B rasa sedih dan ditimpa masalah lelaki B pasti akan ada di sisinya. Lelaki B sangat cintakan gadis B dan dia sangat perihatin dengan gadis B. Dia setia menunggu gadis B walaupun dia tahu berkemungkinan akan wujud hubungan antara gadis B dan lelaki A kerana hubungan lelaki A dan gadis A mula renggang dek kerana gadis A cuba memikat lelaki B pula. Dia kan boss...tentulah kaya kan? Walaubagaimanapun lelaki B tak layan gadis A. Dia maintain cinta kat gadis B. Sedikit demi sedikit, gadis B mula rasa yang dia sebenarnya cintakan lelaki B cuma dia tak sedar.

Akhirnya gadis B menerima lelaki B...lelaki A meninggal dunia kerana kemalangan. Gadis A pula melarikan diri kerana identitinya sebenar telah diketahui umum. Dia akhirnya menjadi guru di sebuah rumah kanak- kanak.

Best cerita ni coz lelaki B tu sungguh caring kat gadis B..ala- ala Seth dalam Nora Elena la. And..cerita ni macam ada siiikit cerita saya.. Kalaulah saya boleh jadi gadis B tu dan bertemu dengan Lelaki B tu..dan melupakan lelaki A..tapi lelaki B belum muncul lagi. Mungkinkah dia???? Tapi awal2 lagi sy dah reject..huhu..Apa2 pun..buat perempuan2 di luar sana..kalau nak cari lelaki, biarlah lelaki tu yang sayang kita lebih sebab dengan kasih sayangnya tu boleh buat hati kita cair.. Jangan cari lelaki yang kita sayang dia lebih, tapi dia tak pun appreciate kasih sayang kita tu..Lelaki tak mudah cair macam perempuan. Jadi kasih sayang kita belum tentu dapat mencairkan hati mereka. Carilah lelaki yang boleh sentiasa ada bersama kita sewaktu saat suka dan duka kita. Seorang lelaki yang boleh protect kita dan buat kita rasa selamat berada di sisinya. Dan yang paling penting, dia terima kita seadanya walaupun kita pendek, tak cantik, tak punya status sosial yang tinggi, tak pandai itu dan ini  etc..

Harap- harap semua perempuan akan mendapat lelaki macam lelaki B :)

Saturday, September 24, 2011

Be strong!

When you are not deserve to get what you want..
People know and people laugh..
When an ugly girl wants to date a handsome man..
That man refuse and people laugh..
When a weak girl wants to date a great man..
That man refuse and people laugh..
If you are in the place (except for girl who think she is pretty), what you will do? Be strong! Do not become so weak for asking only a piece of love from someone who never appreciate you. Show people who laugh at you that you can get even a better man. Or if not, you still can live in a very good condition without him. Do not ever show that you are still hoping for him.







Your story could be different and may be like this...




I ever watched a Cantonese drama series when I was a kid. I have forgotten the title but I still remember about the story. There is girl with a big red birth sign on her face. Actually she is not the main character in the drama. But the story of her is interesting that I can still remember until now. That big red birth sign on her face makes her looks ugly. (In that drama la..but for me she is just fine). However, she always feel that there is a man interest at her anywhere she goes (but actually it is wrong).  There is a moment when she and her friends have a lunch at restaurant and there is a handsome man waving his hand. She knows that man and she immediately stand up cause she thought that the man call her.  But actually, that man call somebody else which is a pretty girl.(so embarrassing!) She feel bad for it. Due to her bad behavior that always makes her embarrass, she decide not to feel that way again.

In that story, this girl works with a company. She got a boss who always scold her. However, she never against him. She just obey her boss. Without her conscious her boss fall in love with her. She never realize that because that man always scold her. He ever asked her what are the characteristics of a man that she desires and one of the characteristics is that man should not always scold her. So, he try not to scold her and do many good things to her. That makes her in puzzle. 'Why my boss change? Why he is very kind to me?'. She ever think that her boss might fall into her but because of her bad past experiences she immediately wipe that thought. She try not to think that way again. For her, it is impossible for that man (who supposed to have a high standard taste of woman) can fall in love with an ugly girl like her. But eventually that man confess in front of her that he fall in love to her. She terribly difficult to believe that someone who is always scold her can fall in love with her. But, that is the truth and she finally accept that man.

A happiness can come in very unpredictable time. Your love could come from a very unpredictable man.    So, say good bye for the man who ever you love but refuse to accept and juts makes people laugh at you. 

Sunday, September 18, 2011

Ni yang cheq dok pikiaq...

1. Tanah kubur
Selepas 3 tahun diisi, tanah itu memanggil lagi untuk diisi. Daripada cuma 3 kubur yang selama 13 tahun kami kunjungi, kemudian dia minta diisi pada tanggal 30/01/2008. Selepas 3 tahun dia minta diisi lagi, lalu semuanya menjadi 5. Aku terkejut gilak bila dengar khabar ni. X sangka dia meninggal. Memang dia dah tua, tapi dia selalu cergas berjalan dari rumah ke rumah. Tiada siapa sangka.. Inilah namanya ajal..Menyebut tentang ajal..jadi takut pulak..ada seorang insan pernah cakap aku takut mati sebab cintakan dunia. Cintakan dunia? Apalah sangat dengan dunia ni? Salah betul anggapan itu. Sedangkan dunia buat aku selalu sedih, kenapa pulak aku nak cinta? Mati sesuatu yang menakutkan bagi aku. Nak tahu kenapa? sebab mati tu sakit sangat.Memanglah aku tak pernah rasa tapi kalau Nabi Muhammad pun yang kekasih Allah tu terasa sangat sakitnya mati, apatah lagi aku ni. Sebab kedua ialah aku rasa aku banyak dosa dan amalan aku belum pasti dapat menandingi beratnya dosa aku. Susahkan...

2. Laskar Pelangi.
Malam ni, ada orang minta Laskar Pelangi kat aku. Selepas beberapa tahun aku dah tengok tu cerita. Memang best tu cerita. Bagi aku cerita tu boleh buat aku ketawa dan menangis. Mcm 3 Idiots juga. Cerita tu buat aku teringin untuk menjadi seorang guru pedalaman yang mcm tu. Aku nak ada murid yang sebegitu. Seperti si Lintang yang cerdik, punya impian, punya usaha untuk berjaya tetapi serba kekurangan. Kalau aku menjadi Bu Muslimah, aku takkan biarkan impian Si Lintang terkubur. Aku akan bantu dia. Seorang yang begitu sukar dicari dan sayang sekali jika potensi itu dibiarkan begitu sahaja.

Monday, September 12, 2011

Gaduh dan putus cinta.

Napa couple suka gaduh2 ya? Apa sangat benda yang nak digaduhkan? Belum lagi jadi laki bini dah gaduh? Kalau dah jadi laki bini macam mana pulak? Isunya mungkin lebih besar lagi sebab akan menyentuh soal ekonomi dan anak- anak. Tapi kan..kalau dah kahwin, gaduh- gaduh pun mungkin perlu berbaik juga terutama demi anak- anak. Tu pasal kena pilih betul- betul..takut2 merana dan sengsara berendam air mata lepas kahwin.Di sini bezanya orang kita dengan orang putih. Orang kita lebih utamakan tolak ansur dan beralah. Tu pasal, gaduh2 pun tak bercerai. Tapi kalau orang putih, tak danya tolak ansur dan mengalah. Kalau gaduh boleh cerai terus. Tapi kan..taklah semuanya situasi begini. Ada juga yang menyongsang.

Putus cinta? Siapa putus cinta? Besanya orang yang putus cinta ni postnya jiwang2 dlm FB. Kekadang naik loya jugak. Tapi kan itulah perasaan dia..besa la tu..Mungkin dengan adanya post begitu ada juga bunga atau kumbang yang prihatin untuk mengubat hati yang luka. Tapi ada juga yang suka putus cinta diam2..em..mungkin tuk elakkan kontroversi. Ape2la..

Dulu saya pernah terfikir orang couple kalau dating selalu cakap tentang apa yek? Apalah topik perbualan dorang tu yek?..haha..tu fikiran time form 1. Sekarang, dah ada jawapan dah..well, jodoh ni bukan di tangan kita tetapi di tangan Tuhan. Kadang walau berapa puluh kali pun orang tu bercinta. last2 tak kawin jugak sampai ke tua. Kadang orang yang tak pernah bercinta tu kawin jak terus bahagia. Itulah takdir Tuhan. Patah tumbuh hilang berganti. Manusia ni ramai lagi. Mula2 memanglah sedih setengah mati. Tapi lama2 okeylah.. Tiada kan kekal di dunia ni. Cintakan manusia, manusia kan mati jua. Apa yang kekal ialah Tuhan. Maka cintailah Tuhan. Kalau cintakan Tuhan, Tuhan takkan pernah nak kasi break hubungan cinta tu. Tuhan tak pernah nak merajuk dan minta dipujuk. Malah Tuhan bagi segala nikmat buat kita. Mencintai Tuhan pastikan takkan rugi. Percayalah!

Petunjuk Dari Allah.

Kepala selalu fikir..
Buat masa terbuang..
Buat apa dikenang..
Allah tak bagi ruang.

Situasi berubah..
Otak fikir kenapa..
Mulalah rasa itu dan ini..
Tapi sebenarnya begini dan begitu..

Allah tunjuk dah nyata..
Semuanya takkan lagi sama..
Jadi kenapa perlu dipeduli..
Bukannya ada yang rugi.

Cuba langkah jauh..
Makin jauh, makin lupa..
Hati tak lagi terusik..
Kepala tak lagi bingung.

Pertanyaan tak perlu diungkap..
Sebab jawapan dah ada..
Suburkan rasa bahagia..
Bahagia dengan apa yang ada.

Saturday, September 10, 2011

Ini yang terfikir.

1. Cinta atau harta?
Apa yang ada di mata duitkah semata jika rupa memang tiada?
Jika agama pun tidak seteguh mana, akhlak lagi jauh simpangnya.
Dan pendidikan secubit rasa.
Jangan tipu dunia sebab manusia lumrahnya sama.
Jika jadi papa kedana, masihkah akan tetap bersama?

2. Cinta sedetik cuma.
Benarkah cinta atau cuma berfoya- foya?
Di waktu senang engkau bersama, di waktu susah engkau lari ke mana.
Itukah namanya cinta?

3. Cinta seberat emas.
Entah mahu lari ke mana, kalau emas sentiasa dibawa.
Cinta yang seberat emas, larinya ke situ jua.
Pergi beberapa langkah akhirnya pulang ke hati sama. 


4. Jikalau benci engkau taburkan..
Sejak sebelum berangkat dari tanah engkau berpijak, sampailah di sebelah daratan jiran,
Apalah guna aku mencinta?
Sejak cinta itu engkau pijak, sejak kasihnya engkau kalihkan.
Maka engkau telah layak untuk menerima taburan benci yang sama.


5. Bila yang dinilai cuma kaca yang berkalis permata, engkau tertipu sebenarnya.
Jika kaca itu pernah melukakan manusia lain, maka kau akan terluka jua.
Jangan dekati kaca berkalis permata. Nampak cantik luaran, buruk dalaman.

Jika engkau mencinta, cintailah setulusnya.Bukan kerana hartanya atau harta orang tuanya.
Jika engkau mencinta, cintailah dengan sepenuh jiwa. Bukan hanya di waktu senangnya tetapi juga di waktu susahnya hatta jika hayatnya hampir tiada.
Jika engkau mencinta, tapi tidak dicinta. Maka biarkanlah masa menentukannya hingga manusia punya Tuan melenyapkan rasa cinta itu.
Jika engkau mencinta, cintailah manusia yang mencintaimu. Bukan manusia yang membencimu kerana sesungguhnya manusia yang membencimu layak untuk dibenci. 
Jika engkau mencinta, jangan hanya kerana kecantikan rupa atau kemesraan kata kerana takut engkau kan terpedaya.

Antara benda/perkara yang buat aku geli.

1. Cicak.
2. Ular.
3. Ayat- ayat lelaki yang mengurat.
4. Pasangan yang tak sweet dapat anak. Ntah la napa ada feeling mcm ni..
5. Perempuan yang nampak alim tapi mengurat lelaki.
6. Lelaki yang nampak alim untuk mengurat perempuan. 
7. Lelaki yang dah ada bini dan anak tapi ada hati nak ngorat perempuan lain.
8. Lelaki yang tak hensem tapi hanya suka perempuan cantik. Yang tak cantik dia tak pandang. Beh! 
9. Pasangan gay dan lesbian.
10. Pasangan yang jauh beza umur. Contohnya macam bapa dan anak. (except yang boleh diterima seperti Rasulullah).
11. Sumbang mahram.
12. Benda- benda kotor yang biasa orang gila buat.

Friday, September 9, 2011

Sebelum Cahaya



Ku teringat, hati,
Yang bertabur, mimpi,
Kemana kau pergi, cinta
Perjalanan sunyi,
Yang kau tempuh sendiri,
Kuatkanlah hati, cinta

Ingatkan engkau kepada,
Embun pagi bersahaja,
Yang menemani mu,
Sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada,
Angin yang berhembus mesra,
Yang 'kan membelai mu, cinta

Kekuatan, hati,
Yang berpegang, janji,
Genggamlah tangan ku, cinta
Ku tak akan pergi,
Meninggalkan mu sendiri,
Temani hati mu cinta

Thursday, September 8, 2011

Sedetik Terfikir

1. Ada kala suatu detik buat hati terpujuk. Tapi mungkin ada lebih banyak detik yang buat hati terkuyup. Lalu jangan biarkan satu detik menjadi tonggak keputusan sedangkan lebih banyak detik diabaikan.

2. Si menang gemilang si kalah terhilang. Kalau menang dan menang lagi, dipuji dan dipuji lagi, kepala makin tinggi. Semuanya nampak kecil dan boleh ditendang. Dada digendang, akulah Si Badang! Orang makin puji, orang makin kagum. Cela tak nampak tapi makin galak menyelak kudis orang lain. Bila dipukul dengan kayu oleh tangan yang berkudis, terus melatah. Yang perwatakannya bercanggah dari jantina. Siapa suruh selak kudis orang lain?? Padan muka!

3. Kualiti VS Kuantiti. Letak dahi di sejadah infinitI tapi cuma sekadar sepatukan ayam. Berkuantiti atau berkualiti? Adakah Allah guna mesin kalkulator untuk kira berapa jumlah solat hambaNYA? Sedangkan mati belum tentu menyebut nama Allah. Ingat Allah baik tapi betulkah ia bersandarkan cinta pada Allah atau hanya cinta pada diri sendiri? Mengumpul amal untuk syurga tiada salahnya namun jangan membandingkan amalan kita dengan orang lain kerana mungkin amalan kita yang banyak itu belum tentu diterima Allah berbanding amalan orang lain yang sedikit cuma. Renung- renungkan.

Monday, September 5, 2011

Reraya..

Tajuk je raya. tapi cerita bukan raya..haha..apakah? em..apa yang saya fikir sekarang? DOKTOR. Kerjaya yang besa orang respect. susahnya dapat jadi doktor. Hanya orang brilliant je yang berjaya jadi doktor. Mungkin bukan rezeki jadi doktor. Hidup sebagai mahasiswa U pun tak pernah. Persekitarannya tentu jauh beza dengan di sini. Mungkin saya tak hebat macam dorang yang pi U. uhuuu...sedih la plak.. My brother pun baru je mendaftar UM. Jadilah dia budak U even actually masuk U pilihan terakhir dia selepas tak berjaya masuk IPG. em..macam betuah betul masuk sini kan. Betuahlah..tak perlu pinjam PTPTN. Lepas keluar terus jadi guru. Banding dengan budak lepasan U yang ramai menganggur di luar sana tu. Mungkin dah takdirnya saya jadi guru dan bukan jadi doktor. dek kerana otak tak berapa nak geliga..lagu ni la..Tapi suatu hari nanti saya pasti akan masuk U juga. Itu janji saya!

Em..ada lagi..ada sesuatu yang bermain di kepala otak saya sejak dari kelas tadi. Mula- mula hanya berputar di kepala otak atas kemungkinan itu yang berada di bawah kemustahilan tanpa ada tanda yang lebih meyakinkan. Then, bila saya discover, macam sesuatu yang saya fikirkan itu benar. em...benarkah? Kalau benar apa kaitan dengan saya? Ada kesan dengan saya tak? Jawapannya tiada. Yang nak kepoh tu kenapa? Hehe..saje je nak tahu. Tapi betullah..tak ada maknenye..saya dan insaf dah..soryy saya tak berminat.