1. Tanah kubur
Selepas 3 tahun diisi, tanah itu memanggil lagi untuk diisi. Daripada cuma 3 kubur yang selama 13 tahun kami kunjungi, kemudian dia minta diisi pada tanggal 30/01/2008. Selepas 3 tahun dia minta diisi lagi, lalu semuanya menjadi 5. Aku terkejut gilak bila dengar khabar ni. X sangka dia meninggal. Memang dia dah tua, tapi dia selalu cergas berjalan dari rumah ke rumah. Tiada siapa sangka.. Inilah namanya ajal..Menyebut tentang ajal..jadi takut pulak..ada seorang insan pernah cakap aku takut mati sebab cintakan dunia. Cintakan dunia? Apalah sangat dengan dunia ni? Salah betul anggapan itu. Sedangkan dunia buat aku selalu sedih, kenapa pulak aku nak cinta? Mati sesuatu yang menakutkan bagi aku. Nak tahu kenapa? sebab mati tu sakit sangat.Memanglah aku tak pernah rasa tapi kalau Nabi Muhammad pun yang kekasih Allah tu terasa sangat sakitnya mati, apatah lagi aku ni. Sebab kedua ialah aku rasa aku banyak dosa dan amalan aku belum pasti dapat menandingi beratnya dosa aku. Susahkan...
2. Laskar Pelangi.
Malam ni, ada orang minta Laskar Pelangi kat aku. Selepas beberapa tahun aku dah tengok tu cerita. Memang best tu cerita. Bagi aku cerita tu boleh buat aku ketawa dan menangis. Mcm 3 Idiots juga. Cerita tu buat aku teringin untuk menjadi seorang guru pedalaman yang mcm tu. Aku nak ada murid yang sebegitu. Seperti si Lintang yang cerdik, punya impian, punya usaha untuk berjaya tetapi serba kekurangan. Kalau aku menjadi Bu Muslimah, aku takkan biarkan impian Si Lintang terkubur. Aku akan bantu dia. Seorang yang begitu sukar dicari dan sayang sekali jika potensi itu dibiarkan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment