1. Cinta atau harta?
Apa yang ada di mata duitkah semata jika rupa memang tiada?
Jika agama pun tidak seteguh mana, akhlak lagi jauh simpangnya.
Dan pendidikan secubit rasa.
Jangan tipu dunia sebab manusia lumrahnya sama.
Jika jadi papa kedana, masihkah akan tetap bersama?
2. Cinta sedetik cuma.
Benarkah cinta atau cuma berfoya- foya?
Di waktu senang engkau bersama, di waktu susah engkau lari ke mana.
Itukah namanya cinta?
3. Cinta seberat emas.
Entah mahu lari ke mana, kalau emas sentiasa dibawa.
Cinta yang seberat emas, larinya ke situ jua.
Pergi beberapa langkah akhirnya pulang ke hati sama.
4. Jikalau benci engkau taburkan..
Sejak sebelum berangkat dari tanah engkau berpijak, sampailah di sebelah daratan jiran,
Apalah guna aku mencinta?
Sejak cinta itu engkau pijak, sejak kasihnya engkau kalihkan.
Maka engkau telah layak untuk menerima taburan benci yang sama.
5. Bila yang dinilai cuma kaca yang berkalis permata, engkau tertipu sebenarnya.
Jika kaca itu pernah melukakan manusia lain, maka kau akan terluka jua.
Jangan dekati kaca berkalis permata. Nampak cantik luaran, buruk dalaman.
Jika engkau mencinta, cintailah setulusnya.Bukan kerana hartanya atau harta orang tuanya.
Jika engkau mencinta, cintailah dengan sepenuh jiwa. Bukan hanya di waktu senangnya tetapi juga di waktu susahnya hatta jika hayatnya hampir tiada.
Jika engkau mencinta, tapi tidak dicinta. Maka biarkanlah masa menentukannya hingga manusia punya Tuan melenyapkan rasa cinta itu.
Jika engkau mencinta, cintailah manusia yang mencintaimu. Bukan manusia yang membencimu kerana sesungguhnya manusia yang membencimu layak untuk dibenci.
Jika engkau mencinta, jangan hanya kerana kecantikan rupa atau kemesraan kata kerana takut engkau kan terpedaya.
No comments:
Post a Comment