1. Ada kala suatu detik buat hati terpujuk. Tapi mungkin ada lebih banyak detik yang buat hati terkuyup. Lalu jangan biarkan satu detik menjadi tonggak keputusan sedangkan lebih banyak detik diabaikan.
2. Si menang gemilang si kalah terhilang. Kalau menang dan menang lagi, dipuji dan dipuji lagi, kepala makin tinggi. Semuanya nampak kecil dan boleh ditendang. Dada digendang, akulah Si Badang! Orang makin puji, orang makin kagum. Cela tak nampak tapi makin galak menyelak kudis orang lain. Bila dipukul dengan kayu oleh tangan yang berkudis, terus melatah. Yang perwatakannya bercanggah dari jantina. Siapa suruh selak kudis orang lain?? Padan muka!
3. Kualiti VS Kuantiti. Letak dahi di sejadah infinitI tapi cuma sekadar sepatukan ayam. Berkuantiti atau berkualiti? Adakah Allah guna mesin kalkulator untuk kira berapa jumlah solat hambaNYA? Sedangkan mati belum tentu menyebut nama Allah. Ingat Allah baik tapi betulkah ia bersandarkan cinta pada Allah atau hanya cinta pada diri sendiri? Mengumpul amal untuk syurga tiada salahnya namun jangan membandingkan amalan kita dengan orang lain kerana mungkin amalan kita yang banyak itu belum tentu diterima Allah berbanding amalan orang lain yang sedikit cuma. Renung- renungkan.
No comments:
Post a Comment