Tuesday, August 9, 2011

Lancarkah lidahmu?


Tatkala kau berkata- kata, lancarkah lidahmu?
Tatkala kau bergurau senda, lancarkah lidahmu?
Sedang kau membantah- bantah, lancarkah lidahmu?
Bila kau menyebut ayat Allah, lancarkah lidahmu?

Bila dan di mana lancarnya lidahmu?
Ketika mengguris rasa manusia lain?
Atau ketika mengungkap kudis manusia di  belakang matanya?
Atau di mahkamah yang kau cipta untuk membantah cakap manusia?
Atau di kubur yang tak kau tahu tempatnya?

Masihkah lancar lidahmu ketika maut di atas kepala?
Masihkah lancar lidahmu ketika ulat meniti anggota?
Masihkah lancar lidahmu ketika matahari sejengkal  dari kepala?
Masihkah lancar lidahmu ketika Allah di depan mata?

Lancar lidah, lancarkah pahala?
Atau lancar lidah, lancarlah dosa?
Lidahmu kah yang tahu segala?
Tiada salahmu biar sekecil hama?



~ Nukilan hati selepas Subuh ~

No comments:

Post a Comment