Daripada satu topik sains 'float and sink' yang dalam bahasa Melayunya 'timbul dan tenggelam', kita dapat mengajar sejarah dan juga pendidikan Islam. Tak caya? Mari saya cerita.
Salah satu topik sains Tahun 1 ialah 'timbul dan tenggelam'. Salah satu hasil pembelajarannya ialah murid dapat mengubahsuai sesuatu benda yang timbul menjadi tenggelam dan benda yang tenggelam menjadi timbul. Untuk menjadikan sesuatu benda yang timbul menjadi tenggelam agak mudah sebab kita cuma perlu tambah berat pada bahan itu. Contohnya satu perahu kertas yang timbul di atas air boleh tenggelam bila kita letak benda berat seperti batu di atasnya. Tapi, untuk menjadikan bahan yang tenggelam menjadi timbul, kita perlu berfikir lebih 'up' sikit. Saya bawakan satu contoh. Telur ayam adalah bahan yang tenggelam dalam air (kecualilah dah masuk angin dan buruk). Apabila garam ditambah ke dalam air dan dilarutkan, maka telur boleh terapung di atas air. Tak caya? cuba kat rumah ek..tapi eksperimen ni mungkin takkan berjaya jika:
1) garam yang dimasukkan sedikit. 2) air yang digunakan banyak.
Air yang digunakan perlulah cukup masin supaya ketumpatannya lebih tinggi daripada telur lalu membolehkan telur terapung di atas air.
Ramai mungkin tak tahu tentang ni. Tapi cuba kaitkan benda ni dengan Laut Mati. Di mana Laut Mati tu? Laut Mati terletak di Jordan.
Tempat ni adalah kawasan tempat tinggal kaum Nabi Lut suatu masa dahulu. Siapa Nabi Lut? Check balik senarai 25 nabi kita. Kaum ni namanya kaum Sodom. Masalah kaum ni ialah habit tak normal mereka iaitu homoseks dan lesbian. Ish10x...Habit tak normal ini membawa kemurkaan kepada Allah SWT. Nabi Lut A.S sudah puas menasihati mereka namun mereka tetap enggan. Isteri nabi Lut sendiri jugak terlibat bersubahat dalam hal ini. Suatu hari muncul dua orang pemuda yang agak kacak datang ke rumah Nabi Lut. Nabi Lut risau dengan kedatangan dua orang pemuda ini kerana dibimbangi keselamatan mereka dek kerana kekacakan mereka mungkin bakal menarik minat lelaki- lelaki di situ. Rupanya dua orang pemuda itu adalah malaikat yang diperintahkan untuk membawa perintah kepada Nabi Lut untuk meninggalkan tempat itu. Dengan hati yang agak berat, nabi Lut pun berangkat. Dia berusaha untuk memujuk isterinya untuk turut serta tetapi isterinya enggan. Malaikat melarang Nabi Lut untuk berpaling ke belakang sepanjang perjalanan meninggalkan tempat itu. Rupanya tempat itu hendak dijahanamkan. Bagaimana caranya? Muka bumi di kawasan itu diterbalikkan. Maka musnahlah kaum Sodom itu. Tempat itu menjadi sebuah lautan. Oleh kerana ramai jiwa yang mati di situ maka air laut itu menjadi terlalu masin. Tiada hidupan yang dapat tinggal di situ. Semua benda yang diletakkan di air laut ini pasti akan timbul. Hatta manusia sekalipun pasti akan timbul di permukaan laut. Jadi memang tak da kejadian mati lemas la. Oleh kerana laut ini tidak menampung sebarang hidupan maka ia digelar Laut Mati.
Nampak tak boleh selitkan subjek sejarah dan Pendidikan Islam di situ? Sejarah tentang Laut Mati dan juga kisah Nabi Lut serta kemurkaan Allah terhadap gejala Homoseks dan Lesbian. Jadi janganlah pulak berangan jadi kaum Sodom dan nak buat satu Laut Mati di Malaysia ni yek..sekian.
P/S: Tak berniat nak mengguris hati Mak Nyah. Peace No War.
No comments:
Post a Comment