1) Definisi Pembentukan Kata:
Penghasilan kata dalam bahasa Melayu melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.
2) Pembahagian:
a) Pengimbuhan
b) Pemajmukan
c) Penggandaan
3) Proses Pengimbuhan
- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
- Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber-+ tapa (bertapa) dan ke-+tawa (ketawa).
- Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan.
- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Misalnya, ter-+libat (terlibat). Terlibat + ke…an (keterlibatan).
- Imbuhan Awalan.
Ø Contoh:
Pe….pelari pem…. pembawa pen….pendakwah
Peng….penggubal penge….pengebom pel….pelajar
- Imbuhan Akhiran.
Ø Contoh:
-wan….angkasawan -man….budiman -wati….wirawati
-in….hadirin -at….muslimat - ah….ustazah
- Imbuhan Apitan
Ø Contoh:
Me…kan = melaporkan men…kan = mendapatkan
Ber…kan = bertemankan di…kan = dipamerkan
Ke…an = kemalasan memper…kan = memperbetulkan
- Imbuhan Sisipan
Ø Contoh:
Tunjuk….telunjuk
Gilang….gemilang
Tulang….temulang
4) Proses Pemajmukan
- Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.
- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata.
- Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan.
i. Pemajmukan Rangkai Kata Bebas
- Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan kata dan percantuman ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut.
- Contoh:
Ø Gambar + rajah = gambar rajah
Ø Jalan + raya = jalan raya
Ø Rumah + tangga = rumah tangga
Ø Perdana + menteri = perdana menteri
ii. Pemajmukan Istilah Khusus
- Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah.
- Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata yang digunakan.
- Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.
iii. Pemajmukan Bentuk Kiasan
- Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau simpulan bahasa.
- Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza daripada kata-kata dasar yang membentuknya.
- Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga lintah.
- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.
Ø Penggandaan kata majmuk.
- Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua dikekalkan.
- Contoh:
Alat tulis……alat-alat tulis
Jalan raya…..jalan-jalan raya
Garis pusat…..garis-garis pusat
Ø Pengimbuhan kata majmuk
Awalan
- Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.
- Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.
Akhiran
- Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas.
- Contoh: daya serap……….daya serapan, garis rintang....garis rintangan.
Apitan
- Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja.
- Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.
5. Proses Penggandaan
- Ada tiga bentuk kata iaitu kata gandaan seluruh, kata gandaan separa, dan kata gandaan berentak.
Ø Kata Gandaan Seluruh
- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar tersebut berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata adjektif atau kata tugas.
- Contoh:
labah....labah-labah Orang....orang-orang Jari....jari-jari
Ø Kata Gandaan Separa
- Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di belakang kata dasar.
- Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.
- Penggandaan kata dasar tunggal.
contoh:
kura....kekura labi....lelabi rambut....rerambut
- Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan pengulangan imbuhan sebaliknya hanya kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia melibatkan golongan kata adjektif dan kata kerja sahaja. Kata dasar boleh terletak di bahagian depan atau belakang.
Contoh: berlari….berlari-lari, mencari….mencari-cari, kasih….kasih-mengasihi.
Ø Kata Gandaan Berentak
- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau mengalami perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan pengulangan bebas.
§ Pengulangan vokal
- Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata yang kedua. Misalnya vokal ui, au, ua, ia.
- Contoh:
Kuih….kuih-muih lauk….lauk-pauk
Suka…suka-duka hina….hina-dina
§ Pengulangan Konsonan
- Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.
- Contoh:
Gunung….gunung-ganang bukit….bukit-bukau
Lintang….lintang-pukang mandi…mandi-manda
§ Pengulangan Bebas
- Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi konsonan.
- Contoh:
Lemah….lemah longlai tinggi….tinggi lampai
Gemuk…gemuk gedempol cerdik…cerdik pandai
No comments:
Post a Comment