Friday, November 19, 2010

Macam- macam..

Kenapa bila senior2 Arab n PSV keluar sedih sangat? Ya, sedih. Biarpun aku tak rapat sangat dengan dorang. Banyak kenangan mungkin. Mereka adalah senior yang perihatin terutama time kami awal masuk dulu. Macam sekejap jak masa berlalu. Senior Arab, pengemudi surau Nurul Yaqin. Perjuangan mereka disambung oleh junior2 PAI. Senior PSV pula selalu buat pameran. Aku akan ingat mereka kalau melihat tugu yang mereka buat sempena hari merdeka dulu. Pentas Dewan Tun masih berbekas hasil tangan mereka. Semuanya kenangan.
Semua yang bermula pasti akan berakhir. Macam lah batch kami nanti. Akan berakhir jua semuanya di sini. Cuma aku percaya satu benda, kalau kita pergi pada ketika kita diperlukan, maka kita akan dikenang. Jika kita pergi ketika kita tidak diperlukan, maka kita tidak akan dikenang. Contohnya seorang pemimpin, berhentilah ketika berada pada zaman kegemilangan/ kemuncak, nescaya pemimpin itu akan dikenang dan ditangisi. Berbeza jika seorang pemimpin berhenti memimpin ketika banyak masalah berlaku contohnya kegawatan ekonomi. Maka pemimpin itu tidak akan dikenang dan dirindui.
Tengah hari ni aku dah nak balik. Tadi sempat mendapat 'harta' dari kak Aisyah. Rezeki dapat barang free..hehe. Apa- apa pun, semoga mereka akan berjaya menjadi guru yang cemerlang. 

No comments:

Post a Comment