Monday, November 15, 2010

Yang kamu tidak tahu.

Mungkin sudah lebih setahun kan sejak semua ini bermula. Saat hati kamu tertutup, hati saya terbuka dan saat hati kamu terbuka, hati saya pula tertutup. Maknanya kita tiada jodoh. Saya yakin dengan apa yang saya rasa. Ini bukan cinta. Cuma satu perasaan senang tatkala kita diminati oleh seseorang. Kamu mungkin tidak tahu saya buka wall kamu setiap kali saya on FB. Kamu mungkin tidak tahu saya sentiasa ingin mengetahui siapa di hati kamu dan siapa sedang meminati kamu. Kamu mungkin tidak tahu setiap kali saya tengok padang waktu petang saya mencari kamu. Ya, saya mencari kamu tapi hanya ingin melihat sama ada kamu ada di situ atau tidak. Bukan untuk memerhatikan kamu. Adakah itu cinta? Ramai kata saya tidak mengaku dengan perasaan saya sendiri namun saya cukup yakin yang ini bukan namanya cinta. Mungkin saya yang menolak kamu. Sebenarnya keputusan itu adalah terbaik buat kamu. Kenapa? Kamu sebenarnya boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada saya. Saya faham akan erti kelayakan. Kamu datang dengan cinta sebelum kenal siapa saya. Mungkin saja kamu boleh tinggalkan saya selepas tahu segala keburukan saya. Tidakkah begitu? Saya tidak mahu rasa ditinggalkan. Saya tahu ia sangat sakit. Mungkin sekarang kamu sudah temui orang baru, saya tidak kecewa. Belum pernah dalam sejarah saya jatuh cinta dengan orang yang pernah saya tolak. Tapi kalau itu benar, maknanya segala habit saya seperti membuka wall kamu akan berakhir kerana saya sedar kamu bukan seperti yang dulu lagi. Kamu juga berhak bahagia dan bahagia itu bukan milik kamu jika memilih saya.

No comments:

Post a Comment