Jalan aku..
Lagu hidup aku..
Fikrah aku..
Yang mana mungkin sama dengan sesiapa jua..
Kerana aku adalah aku
Jalan aku..
Jarang sekali jadi jalan kamu..
Kamu- kamu yang tak mungkin jadi aku..
Dan tak pernah mengkagumi aku..
Jalan aku..
Mungkin lenggok tak secantik mana..
Destinasi juga tersilap arah..
Ada liku dan aral yang melimpah..
Namun aku syukur dengan jalan aku..
Jalan aku..
Kuduga terlalu beda dengan jalan sesiapa jua..
Sering saja tidak sama dengan kebanyakan manusia..
Lantas jalan aku itu cuma denai yang berlalang tinggi..
Yang cuma dilangkahi oleh kaki yang pendek ini..
Jalan aku..
Cuma aku yang tahu bagaimana melangkah di dalamnya..
Mungkin tidak layak untuk diredah oleh kereta- kereta mewah..
Terlalu kecil untuk kereta- kereta perkasa..
Terlalu berliku buat kaki- kaki yang mulus..
Jalan aku..
Satu jalan penuh misteri..
Yang destinasinya belum pasti..
Yang sering tidak diyakini..
Tapi itulah jalan aku..
Kerana aku tahu siapa aku.
No comments:
Post a Comment