Teori kecerdasan pelbagai ni saya dah belajar lama dulu.Tapi dah terlupa dan apabila kena membuat RPH PJ, barulah mengorek semula apa ke jadahnye Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) ni..
Menurut teori ni, manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Semuanya ada 8 iaitu:
1. Linguistic Intelligence
2. Logical- mathematical intelligence
3. spatial intelligence
4. bodily- kinesthetic
5. musical intelligence
6. interpersonal intelligence
7. intrapersonal intelligence
8. naturalist intelligence
**************************************************************
1. Linguistic intelligence itu adalah berkenaan dengan perkataan. Orang yang boleh menggunakan perkataan secara berkesan sama ada melalui lisan ataupun tulisan. Contohnya memanipulasi ayat, gaya bahasa dan sebagainya. Orang yang ada kecerdasan ini sesuai jadi penulis, sasterawan, pensyarah sastera, dan penceramah.
2. Logical- mathematical intelligence pula ialah orang yang boleh berfikir secara saintifik iaitu mengutarakan sesuatu sebab secara logik. Biasanya kecerdasan ini dimiliki oleh para ahli saintis.
3. spatial intelligence pula biasanya dimiliki oleh orang yang boleh mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Pelukis dan arkitek biasanya memerlukan kecerdasan ini.
4. bodily- kinestetik pula ialah kecerdasan berkenaan pergerakan dan kemahiran fizikal. Biasanya penari- penari dan orang- orang Pendidikan Jasmani memang punya kecerdasan ini.
5. Musical intelligence ialah kecerdasan berkenaan muzik. Siapa lagi kalau bukan ahli muzik, penggubah lagu, dan penyanyi.
6. Interpersonal intelligence ialah kecerdasan berkenaan komunikasi berkesan dengan orang lain. biasanya ahli politik, pengacara, dan ahli perniagaan punya bakat ini.
7. Intrapersonal intelligence pula ialah kecerdasan berkenaan menilai diri sendiri. Ringkasnya dia boleh buat refleksi yang baek punya. Dia juga berkeupayaan untuk memotivasikan dirinya sendiri. Biasanya pakar motivasi, ahli psikologi, dan ahli falsafah punya kecerdasan ini.
8. Naturalist intelligence adalah kecerdasan mengkategorikan pelbagai flora dan fauna. Ni ahli botani dan biolgi memang ada.
Berdasarkan teori ini, tahulah kita bahawa manusia ini ada berbeza- beza kepandaiannya. Tidak semua kelapan- lapan kepandaian ini akan ada pada manusia. Kalau ada manusia yang punya semua ini, maka dia memang manusia jadi- jadian. Tapi itu bukan masalahnya,masalahnya di sini, ada manusia yang membanding- bandingkan kecerdasan ini. Katanya yang ini low standard la...yang itu lebih hebat la..ape ke bengapnye??
Sebenarnya semua kecerdasan ini tak perlu dibanding- banding. Kalau you hebat dalam sukan dan I hebat dalam bahasa, tak bermakna you lebih hebat daripada I. Dan begitu juga sebaliknya.
Kadang- kadangkan, sesetengah kecerdasan itu lebih diagungkan menyebabkan manusia yang punya kecenderungan ke arah itu dinobatkan sebagai manusia yang hebat. Padahal sebenarnya orang lain pun sama hebat jugak cuma bukan pada bidang yang sama. Oleh kerana ketidakadilan inilah, maka orang yang sebenarnya punya potensi dalam bidang lain tercicir. Orang yang punya kecerdasan lain tak berpeluang memperluaskan lagi kecerdasannya itu. Maka terkuburlah sesuatu yang berharga kurniaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment