Monday, January 3, 2011

1

Nombor 1 yang saya anggap sebagai permulaannya cerita. Di awal ini, ceritanya tidak begitu baik. Dengan kepala yang berdenyut sakit selepas menghadapi satu hari yang amat mencabar. 3 kekecewaan datang sekali gus. Bukan hanya kerana result yang tidak seperti yang diharapkan, tapi lebih dari itu. Walaubagaimanapun, saya tidak akan menceritakan begitu banyak tentang semua ini. Saya cukup belajar dari pengalaman. Biarkan hati saja yang berkata. Apa yang saya lakukan adalah mengikut keselesaan saya. Mungkin saya perlukan masa untuk pulih dan menyesuaikan diri.  Saya sudah diam sekarang dan saya sudah terima semuanya. Tiada apa yang perlu diperbahaskan. PEACE NO WAR.
Dalam tahun yang baru ini, saya harap doa saya setiap hari akan dimakbulkan ALLAH SWT. Walaupun cerita pada awal 1 ini kurang menyenangkan hati, namun saya gagahkan jua untuk berhadapan dengan hari- hari mendatang. Saya akan jalankan suatu dasar yang pernah saya pegang dan laksanakan suatu masa dahulu. Setahun saya memegang dasar itu, saya berjaya mencapai apa yang saya idamkan. InsyaALLAH saya akan lakukannya sekali lagi dan mungkin untuk tahun- tahun akan datang dan sampai mati.

No comments:

Post a Comment