Tuesday, January 11, 2011

Jagalah hati anda.

Hati merupakan satu kurniaan Tuhan kepada kita. Dengan adanya hati, kita punya perasaan. Setiap orang ada hati. Hati yang saya maksudkan ini bukanlah hati yang menjadi sebahagian anatomi badan kita, tetapi hati yang mengandungi perasaan. Kita biasa dididik untuk menjaga hati orang lain dalam pertuturan dan juga tindakan. Ya, itu sememangnya benar. Tapi adakah kita pernah belajar menjaga hati kita sendiri? Menjaga hati kita adalah tanggungjawab kita sendiri kerana jika tidak, kita sendiri yang akan merana.

Jika hati anda sakit akan sesuatu, maka cubalah elakkan ia merasa sakit lagi. Bagaimana? Jika anda tahu bahawa anda akan rasa sakit hati apabila anda mengetahui orang lain mengejek anda atau mengumpat anda, maka elakkan daripada mendengar berita tersebut. Tegas dengan pendirian anda dan ketahui apa yang anda inginkan dalam hidup. Mulut orang bukan boleh ditutup, jadi tiada faedah untuk rasa sakit hati dengan kata- kata orang lain.

Jika anda tahu bahawa jika anda melihat orang yang anda sayangi bersama dengan orang lain setelah meninggalkan anda, anda akan sakit hati, berhenti melihat kemesraan mereka. Jangan sengaja mencari punca anda merasa sakit hati dengan sengaja mencari tahu tentang mereka.

Jika anda tahu bahawa dengan mengetahui perkembangan seseorang yang anda tidak suka itu menyebabkan anda sakit hati, maka berhentilah mengetahui perkembangannya lagi.

Untuk menjaga hati anda, jangan biar anda sakit hati. Tinggalkan punca anda sakit hati itu di tempatnya. Layari kehidupan anda dengan mencari perkara- perkara yang menyenangkan hati. Jaga hati anda, jangan biar ia terluka. PEACE NO WAR.

No comments:

Post a Comment