Pada mulanya fikiran saya adalah pada pencalonan JPP tadi, tapi saya terbuka profile junior saya dulu yang sekarang study medic di Mesir dan fikiran itu bertukar sudah kepada kegagalan saya mencapai cita- cita saya. Entah kenapa saya masih belum boleh menerima 100% bahawa cita- cita saya untuk menjadi doktor telah terkubur. Pelajar cemerlang ini telah hilang kegemilangannya. Tersasar dari landasan lalu menjadi guru. Tapi, walaubagaimanapun benda ni perlu diteruskan juga walau terpaksa.
Berkenaan tadi, pencalonan JPP baru. Saya rasa saya kembali semula ke tempat duduk saya dahulu untuk menjadi pemerhati orang dan tukang tepuk tangan. By the way, saya juga telah menyenaraikan 10 orang calon yang bakal saya undi nanti. Kalau 8, maka saya akan tolak dua. Tapi for sure yang seorang ini saya takkan tolak dari senarai. Kenapa? Sebab saya rasa dia yang paling best antara semua.
Seorang yang saya admire dari dulu lagi kerana sifat kepimpinannya dan senyumannya yang sangat manis itu. Haha...dah memang saya suka dengan lelaki yang bersifat pemimpin even saya ni bukannya orang yang ada sifat kepimpinan. Walaupun saya tak tahu sangat tentang dia and dia memang dari golongan yang saya tak berapa gemari iaitu orang padang (yang pada saya selalu temberang dengan kebolehan mereka tapi bukan semua la) but i like his style..haha..just admire ok.
No comments:
Post a Comment